Friday, May 30, 2008

BERSEDERHANA DALAM SEGALA URUSAN



Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan kita umat yang bersederhana dalam segala urusan dunia ini. Maka hendaklah kita bersederhana dalam segala urusan. Tulisan ini terlitas untuk dikongsikan bersama teman-teman apabila melihat youtube seorang pemuda yang dulu merupakan pejuang paling hebat sebuah parti pembangkang yang halal di Malaysia yang bermati-matian menentang sebuah parti lain yang dianggap begitu kotor namun akhirnya turut mendaftar semula sebagai ahli tersebut. Di dalam Al-Quran Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : Boleh jadi jika kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, boleh jadi jika kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu, sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya ( al-Baqarah:216 ).
Ayat di atas merupakan petujuk kepada kita bagaimana untuk lebih menjadi beradab terhadap perkara yang kita benci atau tidak suka. Apabila kita tidak suka terhadap sesuatu perkara maka jangan terlampau kita membencinya dengan menokok-tambah perkara-perkara buruk, tidak cukup dengan itu kita sengaja mencari sesuatu sumber yang boleh menambahkan kebencian terhadap perkara tersebut, sehingga kita merasakan keputusan kita amat bijak. Renung-renungkanlah...bersederhanalah dalam segala keputusan, kepada Allah s.w.t jualah kita berharap petunjuk.


Ini adalah gambar anak aku yang berumur hampir 3 tahun sekarang nih. gambar nih ketika usia dia baru beberapa bulan.

Wednesday, May 28, 2008

SUMBER REZEKI JANGAN DIKEJI

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud : Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela makanan satu kalipun. Apabila baginda menyukai sesuatu makanan baginda memakannya dan kalau tidak menyukainya baginda meninggalkannya ( Riwayat Muslim ).
Hadis di atas, jika ditafsir dari sudut adab makan, apabila kita menyukai sebarang bentuk makanan yang halal harus kita mengambilnya, tetapi kita dilarang mencemuh atau mencaci makanan yang kita tidak menyukainya seperti mengatakan rasa entah ape-ape, busuk, tak sedap dan sebagainya. Hadis ini mengajar kaedah terbaik apabila kita tidak menyukai sesuatu makanan iaitu dengan cara meninggalkannya. Larangan itu bertujuan memelihara kemuliaan makanan tersebut supaya tidak menjadi dosa kepada kita apabila kita mencemuhnya. Keadaan ini berlaku disebabkan kita mempunyai pilihan terhadap makanan, justeru kita boleh makan, makanan yang kita gemari dan meninggalkan makanan yang tidak digemari oleh kita dengan cara meniggalkannya sahaja, tetapi jika kita tiada pilihan lain kita tetap memerlukan makanan untuk terus hidup, justeru itu janganlah kita mencemuh makanan tidak digemari kerana dikhuatiri menjadi ujian kita suatu hari nanti, makan yang dibenci tadi menjadi santapan utama kita.
Jika dilihat dari sudut yang lebih luas lagi, hadis tersebut boleh dikaitkan punca pendapatan yang menjadi nadi utama dalam melaksanakan pembelanjaan kita. Kita dapati terdapat golongan manusia tidak suka akan kerjaya yang dilakukan sekarang, yang menyumbang kepada pembelanjaannya seharian. Bukan sekadar tidak suka, malahan makian, cacian, kejian dan lain-lain perkara nagetif yang dilemparkan terdapat sumber pendapatan tersebut tetapi tetap membelanjakan pendapatan tersebut di saat memperolehinya. Keadaan ini hanya akan menghilangkan keberkatan dalam rezeki yang kita perolehi, bukankah Allah s.w.t telah menemplak kaum musyrikin dengan pertanyaan: Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu ? lalu mereka menjawab Allah s.w.t. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa ( Yunus : 31 ). Namun mereka tetap mensyirikkan Allah s.w.t. Adakah kita seperti mereka, pasti jawapannya tidak, justeru hendaklah kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t yang telah menetapkan rezeki kita dan Dia jua yang menguji kita dengan kesempitan, sepertimana firmanNya yang bermaksud : Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisahserta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! Jangan demikian, sebenarnya kata-kata kamu itu salah ( Al-Fajr: 16 ). Yang sebenarnya Allah s.w.t hanya ingin menguji keimanan manusia.
Sesungguhnya sesiapa yang bersabar pasti akan mendapat kejayaan kelak. Bersabarlah terhadap ujian Allah s.w.t. Tingkatkan kesyukuran agar Allah s.w.t menambah rezeki kita sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dan andai kamu bersyukur pasti akan ditambah kenikmatan kepada kamu.

MAJLIS AQIQAH

Dijemput kepada semua pembaca bolg ini untuk ke kediaman kami di No 5 Lorong Seri Inderapura 16/1, Taman Seri Inderapura 2, 25300 Kuantan bersempena kelahiran anak kedua kami 'Adl Zahin. Beliau telah dilahirkan pada 6/5/2008 jam 2:10 am dengan berat 3.25 kg di HTAA. Seorang sister dan ditemani 2 Dr pelatih perempuan telah menyambut kelahiran 'Adl. Alhamdulillah, kelahiran kali ini juga menurut isteri saya sangat mudah, mungkin disebabkan pengalaman lepas atau mungkin disebabkan isteri saya telah mengamalkan ayat yang saya minta beliau ulangkali membacanya iaitu ( la ila ha ila anta subha naka inni kuntu minal zolimin ). Isteri saya telah membacanya mula dari dimasukkan ke wad sehingga selamat bersalin.