Sunday, January 8, 2012

INI YANG MAHAL! MARI SOLAT



ini antara faktor mengapa sekolah SRA jadi pilihan. seingat teman rakan2 yang menghantar anak ke sini paling jauh yang teman tau tinggal di Gambang> pergi balik dalam 60km tak kurang...bayangkan...semua nak terbaik utk anak. apa2 pun jangan terlalu bergantung kepada sistem. bergantung hanya kepada allah.

setiap hari . jam 1230. pelajar2 darjah 1 akan berbaris untuk ke surau sekolah. hampir 120 pelajar. sampai disurau. mereka akan dipantau cara mengambil wudu'. di beri tazkirah. kemudia mereka sama2 akan mendirikan solat zohor.

habis solat. mereka akan pergi berbaris utuk makan. kemudian akan menyambung kelas hingga jam 3 petang. kelas mencakupi pelajaran KAFA. so balik rumah anak hanya perlu menyiapkan kerja dan duduk berehat sahaja.

MAKAN T/HARI DI SRAI


berbaris membasuh tangan sebelum makan t/hari


mencari pasangan2 untuk makan. 1 talam utk 4 orang.


beginilah keadaan sebelum makan. 1 talam. 1 lauk. 1 sayur. + nasi + air sirap.



bismillah


tenang!


di SRAI pelajar disediakan makan t/hari selepas solat zohor. sewaktu pelajar2 darjah 1 makan. pelajar2 lain akan gi solat terlebih dahulu.

mula2 pengawas akan makan terlebih dahulu sebelum pelajar2 lain dibenarkan makan. bila pengawas dah settle makan. pengawas akan membantu mualim @ mualimah untuk menyediakan makanan di kantin.suasana agak riuh seketika melihat kepada gelagat budok2 ini berebut mengambil makanan. adakalanya kelihatan mualimah pertempik. sebb budak2 tak dengar kata.

ANAK SULONG KE SEKOLAH SUDAH


first day nak ke sekolah. agak liat jugak nak bangun. siap kene angkat lagi. mohammad cuba bagi semangat kepada abang long supaya pantas bangun.



sarapan pagi di hari pertama. cococrunch + susu. nampak berselera. sekarang nih memang telah manjadi sarapan harian anak teman.
AA
Aini gambar waktu sampai sekolah. masa rehat pertama dalam jam 9 pagi. di SRAI rehat jam 9 pagi bagi pelajar darjah satu.

dah lama tak mencoret aktiviti-aktiviti untuk tatapan kawan2 blogger. awal tahun nih. insa'allah akan mula semula mencoret dengan kisah2 hidup dan isu2 semasa yang tidak menyentuh mana2 perasaan pihak2 lain.
2012 adalah tahun ke 7 perkahwinan. dengan berkat rezeki allah bg anak teman jua sudah berumur 7 tahun. ini bermakna anak teman sudah masuk darjah satu tahun ini.tahun ini teman hantar ke SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-IRSYAD. satu2 nye sekolah agama swasta yang berhampiran rumah teman. kira2 14km. org tanya kenapa hantar SRAI tak hantar sekolah di rumah (sr bunut rendang 2km dr rumah). jawapan teman faktor kerja sebenarnya. kalau hantar sekolah rendah biasanya pelajar akan balik rumah jam 130 t/hr. so sapa nak gi amik dia kat sekolah. mak kerja ayah kerja. nak harap van. camna lak dia nak gi KAFA..baju dia. makan dia. so adalah beberapa kekangan2 yang menguatkan utk teman hantar ke SRAI. sekolah SRAI masuk jam 8 pg keluar jam 3 petang. siap makan t/hari + solat zohor. teman pun boleh arrange masa rehat lewat sket. bagi anak2 buah kenyang dulu...