Monday, June 8, 2009

HADKAN 10 SUBJEK UNTUK SPM: RELEVEN ATAU TIDAK


satu keputusan ini yang telah pun diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya”, katanya. ini bermakna tak de dah selepas ini pelajar yang akan mendapat lebih daripada 10A1. maka akan hilanglah warna-warni keputusan pelajar spm di malaysia. apakah yang akan terjadi kepada pelajar2 sekolah agama dan sekolah agama yang mempunyai aliran sains. adakah mereka ini dikecualikan daripada 10 subjek sahaja. perkara ini pun perlu dibincangkan dengan lebih detail lagi.

andaian yang mengatakan pelajar yang mengambil melebihi 10 subjek membebankan, pada blogger kurang tepat. ini kerana kebanyakan pelajar yang berjaya mendapat 20a1 atau 19a1 semuanya mengambil pelajaran tersebut kerana minat termasuk pelajar cemerlang tahun ini. bukan dipaksa ambil. apabila kita lakukan sesuatu perkara kerana minat, blogger yakin pembaca boleh tahu hasilnya bagaimana. tapi jika belajar kerana mengikut orang itu yang menimbulkan masalah.

blogger juga berpandangan bagi sebahagian subjek tidak perlu kepada kelas tambahan, cuma perlu ulangkaji atau membuat sedikit latihan sahaja, sebagai contoh subjek sains moden, mungkin bagi pelajar aliran sains yang mengambil fizik, biologi & kimia tiada masalah kalau ingin menambah subek tersebut. begitu juga subjek pengajian islam dan tasawwur islam yang kelihatan ringan pada pelajar aliran agama.

tunggu dan lihat sahaja warna-warni suasana keputusan spm nanti, mungkin tiada yang akan menanti2 untuk melihat siapakah yang mendapat pelajar berjaya mendapat keputusan tertinggi ..kerana seluruh malaysia sudah tahu..pelajar yang tertinggi akan mendapat 10a1 sahaja.

bebaru nih blogger ada dengar cerita dari seorang parent tentang nur amalina pelajar cemerlang tahun 200* , tapi cerita tak seronok...betul ke..sesiapa yang tahu..bleh cite sket.... azali azan pulak ape citer yek...takde dah ke nak wat liputan tentang pelajar2 tersebut...

BUAT SAHABAT SAHABAT NAK BERHIJRAH...

kata keramat buat yang akan berhijrah ke tempat lain. mungkin allah sudah memakbulkan doa hambanya yang inginkan sesuatu yang lebih baik dari pandangan mata. semoga kehidupan yang bakal dilalui lebih menyeronokkan.... dan bertambahlah ke syukuran kepada allah s.w.t atas perkenannya...doa2kan sahabat di sini supaya ditambah nikmat kesyukuran.