Tuesday, October 28, 2008

DEBAT: ISU KETUA PEMUDA UMNO


Mukhriz tetap enggan

JITRA 28 Okt. – Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Mahathir tetap dengan pendiriannya tidak mahu menyertai debat terbuka untuk calon-calon yang mahu merebut jawatan tersebut walaupun dua pencabarnya sudah bersetuju meneruskan rancangan berkenaan bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

Ahli Parlimen Jerlun itu yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa debat ala Amerika Syarikat tersebut kurang sesuai kerana bakal mendedahkan masalah parti untuk tatapan umum berkata, ia juga tidak membawa kepada pengukuhan dalam parti...berita lanjut click sini



Debat bukan mahu bercakaran - Khairy

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan debat terbuka bagi calon yang mahu merebut jawatan tersebut bukan bermaksud untuk bercakaran tetapi bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

Beliau yang berterima kasih kepada seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kerana menyahut cadangannya itu berjanji debat tersebut akan dijalankan dengan tanggungjawab dan tertib...berita lanjut..click di sini..


Sorang nak debat..sorang lagi tak berapa setuju...guana cerita nih..nak debat..debat la...jangan main jahat cukup..2..2..ada pengaruh besar tuh....banyak2 doa..wat solat hajat..tiap2 malam...kalau Allah s.w.t tolong sure menangnye...tak yak harap bac up pun tak pe...jangan menang sorak kampung tergadai sudah le...

CERITA ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA

Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?
Azamin Amin
Fri | Oct 24, 08 | 9:28:54 am MYT

Angkasawan pertama negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha didakwa mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah, semenjak menerima pelbagai jemputan di seluruh negara setibanya dari angkasa lepas 21 Oktober tahun lalu...Berita lanjut click di sini...

betoi ka..patut ka...komen sket....

CERITA PELAJAR PEREMPUAN

Pelajar perempuan tendang guru disingkir

28/10/2008 7:11pm

KANGAR 28 Okt. — Seorang pelajar perempuan yang bertindak ganas dengan menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dekat sini baru-baru ini disingkir daripada sekolah itu berkuatkuasa hari ini.

Pengarah Pelajaran Perlis Mansor Lat ketika dihubungi Bernama hari ini berkata keputusan menyingkirkan pelajar tingkatan dua itu diputuskan Jawatankuasa Disiplin sekoleh itu namun beliau tidak menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Sebelum ini, pelajar berusia 14 tahun itu yang menendang guru sivik, Azhana Ibrahim, 27, di dalam bilik darjah sekolah itu pada 16 Okt lalu telah digantung persekolahannya selama seminggu untuk siasatan.

Bagaimanapun setelah siasatan selesai, jawatankuasa itu memutuskan pelajar itu disingkir daripada sekolah yang sebahagian besar pelajarnya berketurunan Cina...berita lanjut click sini...


Cina kat semenanjung ni berbeza sedikit dengan cina dekat sabah&sarawak kot...kat sana bagus2 la aku rasa..setakat yang aku penah jumpa la...anak2 murid wife aku semua cina waktu kat Sarikei dulu..tapi hormat orang tahap maksima...kurang hajo tuh ada..tapi time kene marah dia diam je..wife aku kata la...kat semenanjung nih tak semua la kot..ada hok aku kenai baik je..anak jiran aku ..bagus je..setakat hari nih la...

ADAB MAKAN DAN MINUM

adis Umar bin Abu Salamah r.a katanya:
Aku pernah berada di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w. Ketika waktu makan, tanganku terhulur hendak menjangkau talam, lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Wahai anak muda! Bacalah Basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan mulakan dengan makanan yang terdekat denganmu ( Riwayat Muslim )..nih adab kalau makan berhidang la...bebaru nih aku jumpa anak kawan aku makan tangan kiri..aku tanya bapak dia..dia kata anak dia dah biasa..aku cakap ..kene ajo anak tuh makan tangan kanan..syaitan je makan tangan kiri...sebab tuh nabi suruh makan tangan kanan...kalau pakai sudu camne yek...sudu pun ok..tapi time suap belah kanan la...janji kanan...yang penting jangan mencela makanan..dalam riwayat lain daripada Abu Hurairah R.A mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah mencela makanan..jika suka dia makan..jika tidak dia tinggalkan ( Riwayat Muslim ).... so...sendiri pikir la bro...


Hadis Anas r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasanya minum dengan tiga kali bernafas ( Riwayat Muslim ).. kita biasa berapa kali nafas...hadis nih bermaksud minum dalam cawan atau gelas yang sedang2 je saiz nye..jangan la sekali nafas je....tak ikut sunah la...time dahaga memang senafas je dok...maksud tiga kali nafas tuh..jarak kan gelas dari mulut..bukan mernafas dalam air...makruh hukumnye..dalam kitab sahih muslim ada hadis tentang makruh bernafas dalam air...sebab nye..aku penah baca la kan..kalau salah..betulkan..kita mengeluarkan karbon dioksida kan..ke salah.. he he..pastuh air tuh plak..dia terdiri dari unsur H2O..jadi bila karbon dia gabung dengan H2O...dia jadi asid..dok begituh..he he....