Sebagai seorang yang beragama Islam, kita hendaklah reda dengan ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t kepada kita, ini kerana setiap perkara yang berlaku telah ditulis oleh Allah s.w.t di dalam ketentuannya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya yang bermaksud : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ( Surah Al-Hadid:22 ). Manakala di dalam surah Al-Thoghabun: 22 pula Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Kedua-dua ayat ini, menunjukkan bahawa setiap perkara yang terjadi kepada kita adalah ketentuan Allah s.w.t, maka hendaklah kita menerimanya dengan tenang walaupun perit untuk kita hadapi kerana penerimaan tersebut adalah bukti bahawa kita masih lagi memiliki keimanan terhadap Allah s.w.t dan masih lagi diberi hadayah oleh Allah s.w.t. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud, Rasulullah s.a.w
telah bersabda : Terdapat tiga golongan yang akan mendapat keuntungan dunia dan akhirat. Pertama golongan yang reda dengan takdir qada’ dan qadar, kedua bersabar di atas setiap ujian yang dturunkan kepadanya, dan ketiga berdoa di waktu senang. Ketika ini untuk menjadikan kita orang yang untung di dunia dan di akhirat hendaklah kita menerima dengan reda yang telah terjadi dan bersabar untuk menghadapi perkara tersebut di samping terus berikhtiar untuk menyelesaikan masalah kenaikkan harga yang sedang berlaku. Mungkin keadaan ini adalah ujian sebenar kepada kita untuk membuktikan memang kita benar-benar beriman dengan Allah s.w.t. sepertiman
mafhum sebuah hadis yang bermaksud : Seseorang itu masih lagi belum dikatakan beriman selagi mana tidak diuji dengan kehilangan hartanya atau ditimpa musibah, jika Allah s.w.t berkehendak kebaikan akan dia pasti diuji dengan ujian, lalu ia bersabar. Jika dilihat dari sudut yang negatif pelbagai prasangka buruk akan timbul dalam diri kita terhadap kenaikan harga barang dan minyak baru-baru ini. Apa yang pasti tunding menunding untuk menyalahkan orang lain pasti akan terjadi. Bagi menenangkan jiwa, kita hendaklah melihat perkara ini dari sudut positif terhadap perkara yang telah terjadi. Memperkatakan perihal kenaikan harga makanan di negara ini, mungkin telah sampai masa kepada kita untuk mengamalkan apa yang telah disarankan oleh baginda Rasulullah
s.a.w terdahulu iaitu makan ketika berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Di dalam hadis juga Rasulullah s.a.w bersabda : Makanan untuk 2 orang mencukupi untuk 3 orang, makanan 3 orang mencukupi untuk 4 orang ( muttafaq alaih ). Tahukah kita berapa ramai rakyat
Tuesday, June 10, 2008
ADA HIKMAH BUKAN SIA-SIA MANUSIA DIUJI
Kenaikkan harga barang dan minyak bukanlah suatu perkara yang dinantikan oleh rakyat Malaysia , malah ia merupakan suatu ujian yang amat besar perlu diharungi oleh rakyat Malaysia dalam menempuhii kehidupan harian. Mungkin bagi golongan yang berharta mereka tidak sangat merasai penderitaan ini,namun bagi mereka yang bekerja sebagai penjawat awam atau swasta yang menerima imbuhan atau gaji di setiap hujung bulan, kenaikan harga barang semestinya memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)