Tuesday, October 21, 2008

FAKTA SEBENAR BERSEDEKAH

Kadang2..bila kita nampak orang mintak sedekah..mula2 kita rasa nak bagi..tetiba je terlintas dalam hati mengatakan bahawa derang nih bukan miskin..sesaja mintak sedekah..malas keje...pastu kita pun masuk semula duit dalam kocek...tak pun..orang2 yang datang mintak derma nak buat masjid lah..pondok lah..asrama lah...mesti ada syak dalam diri kan....jangan bimbang..tuh bukan masalah kita....kalau kita sedekah ketahuilah sedekah kita tetap diterima Allah s.w.t..masalah orang tuh nak tipu ke dak ke..lantak dia la..yang penting kita telus...hal nih diceritakan dalam sebuah hadis...
Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Seorang lelaki berkata: Aku akan memberikan sedekah pada malam ini. Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan seorang perempuan yang berzina iaitu pelacur. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai perempuan tersebut yang telah diberikan sedekah pada malam tadi. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada wanita yang berzina. Aku akan bersedekah lagi, lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan orang kaya. Keesokan harinya orang ramai mula memperkatakan mengenai seorang kaya yang telah diberikan sedekah. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian. Sedekahku telah aku berikan kepada seorang yang kaya. Aku akan bersedekah lagi, lantas dia keluar dengan membawa sedekah dan meletakkannya di tangan seorang pencuri. Esoknya orang ramai mulai bercakap-cakap mengenai seorang pencuri telah diberikan sedekah. Dia berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pada pencuri. Lalu dia didatangi seseorang dan dikatakan kepadanya: Sedekahmu benar-benar telah diterima. Boleh jadi perempuan zina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu. Orang kaya itu pula dapat mengambil pengajaran dan mahu membelanjakan sebahagian dari harta yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya dan mungkin juga pencuri itu akan berhenti dari mencuri kerana sedekahmu itu ( Riwayat Muslim )... berdasarkan hadis nih..so janganlah kita bimbang lagi untuk sedekah k.....

FALSAFAH SEDEKAH

Kita selalu beranggapan bahawa bila kita kaya baru kene sedekah..bila ada duit lebih baru kene sedekah betul tak....sebenarnya dalam sebuah Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di halkum. Dalam keadaan tersebut barulah engkau berkata: Berikannya kepada Si Polan ini dan Si Polan itu. Sememangnya itu adalah hak Si Polan ( Riwayat Muslim )..

Jadi merujuk kepada hadis di atas..adalah lebih dinilai oleh Allah s.w.t jika kita nih rajin bersedekah di kala mana kita memerlukan duit tersebut..tapi takde la sampai kite kebulur..tapi jika kita ada cukup2 je nak makan..tetiba ada orang minta..kene kene bagi jika dia lebih memerlukannya....fikir2 kan lah....

DOA


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak( Riwayat Muslim ).

Hadis di atas adalah berkaitan dengan doa..doa akan mudah termakbul apabila kita sentiasa mengigati Allah s.w.t..sebab tu hadis di atas dengan jelas mengatakan bahawa Allah s.w.t akan mengigati akan kita jika kita selalu mengigatinya......tapi malang nye kita nih..time terdesak baru nak ingat Allah s.w.t..dah tu guane gaya nye.....