السلام عليكم ورحمة الله
sudah lama teman tidak menulis. last sekali bulan puasa hari tuh. itu pun copy paste dari Dr Zaharuddin berkaitan dengan ramadhan. barang kali tahun ini cuti agak lama bagi cikgu2 dan suami2 cikgu. dari hari khamis bertemu Ahad. kalau beraya tuh mungkin sampai tahap tepu gamaknyer. dalam suasana beraya barangkali ada sahabat pulang ke rumah dari kampung pada hari jumaat. bermusafir pada hari jumaat. kalau kita baca kitab Riyad al-Solihin digalakkan bermusafir pada awal hari khamis.
bila musafir hari jumaat ini ade la sorang sahabat teman tanya pasai solat Jumaat bagi yang bermusafir. wajib ke tidak. dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: sesiapa yang beriman dengan allah s.w.t dan hari kiamat, diwajibkan atas mereka solat jumaat kecuali bagi orang-orang sakit, orang bermusafir, orang perempuan, kanak-kanak dan hamba diriwayatkan oleh al- DarQadni. riwayat ini turut disokong oleh hadis yang diriwayatkan daripada ibn umar r.a daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tiada bagi musafir solat jumaat diriwayatkan oleh al-Thobrani dalam Kitab Mu'jam al-Ausad.
walau bagaimana pun sah solat jumaat kalau dilakukan oleh musafir dan tidak perlulah solat zohor
.
والله أعلم