Monday, November 3, 2008

BERITA GEMBIRA BUAT AZIZ

Perkahwinan sah
KUALA LUMPUR: Perkahwinan Aziz M Osman, 46, dan Nor Radhiah Ramli, 22, adalah sah kerana perkahwinan pertamanya sudah diputuskan tidak sah mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Syariah menyebabkan wanita itu tidak perlu menjalani tempoh edah.Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata tempoh edah hanya diwajibkan kepada wanita yang bercerai selepas berkahwin secara sah, tetapi dalam kes Nor Radhiah, perkahwinan pertamanya tidak disahkan mahkamah yang membawa maksud perkahwinan pertama itu tidak pernah berlaku.Justeru, katanya, Nor Radhiah bebas untuk bernikah dengan sesiapa tanpa perlu menjalani tempoh edah kerana dia bukan bercerai dan tidak mempunyai ikatan sah dengan bekas ‘suami.’“Tiada masalah mengenai kesahihan perkahwinannya dengan Aziz. Mereka berkahwin secara sah dan ia tidak perlu dibatalkan atau mereka berpisah atau bercerai...BERITA PENUH...
BERITA GEMBIRA BUAT AZIZ..MANA ADA TAK SAH NYE...LAIN KALI TANYA ORANG YANG BETUL2 ALIM DAN BERAUTORITI..JANGAN MAIN TANYA ATAU DENGO CAKAP2 ORANG JE...YANG BERCAKAP TUH PEGUAM SYARIE...SEKARANG NIH TERPULANG KEPADA EMPUNYA BADAN JE LA..KALAU ALLAH DAH BAGI JALAN..TAPI PILIH UNTUK BERALASAN..TUNGGU JE BALASAN NYA NANTI....SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA.....

UJIAN OLEH ALLAH S.W.T BERSEBAB




Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah s.a.w bersabda: Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana daun yang gugur dari pokoknya ( Riwayat Muslim ).


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Ketika diturunkan ayat: مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ Yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam merasa amat sedih tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w bersabda: Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri ( Riwayat Muslim ).


Hadis Abu Said r.a: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya ( Riwayat Muslim ).


JANGAN RISAU DAH YE..SETIAP UJIAN ALLAH TURUNKAN SEMUA NAK MENSUCIKAN DOSA2 KITA YANG LAMPAU YE.....ITU TANDA ALLAH SAYANG KAT KITA....JANGAN SEDIH2 SANGAT YE.....


LAGI KES ARTIS MALAYSIA

Bonda, kami malu...

KUALA TERENGGANU: “Saya malu dan semua pihak yang terbabit dalam urusan perkahwinan kami juga malu berikutan kenyataan bonda (Afida Es) seperti disiarkan Metro Ahad, semalam..BERITA PENUH...

SIAN ARTIS MALAYSIA NIH...ADA JE DUGAAN YANG MENIMPA....KENE BANYAK BERSABAR..ALLAH S.W.T NAK MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA ..SUPAYA SENANG DI KEMUDIAN HARI...

NORMAN TAK MAHU BERPISAH

Norman tak mahu berpisah

KUALA LUMPUR 3 Nov. - ''Kalau boleh saya tidak hendak perkara ini (cerai) berlaku kerana saya tidak mahu anak-anak menjadi mangsa kejahilan kami berdua.''

Demikian kata aktor Norman Hakim mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Norman menitiskan air mata di hadapan wartawan sewaktu meluahkan perasaannya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama berkenaan di Wangsa Maju di sini hari ini.

Beliau yang kelihatan tenang menerima 'kunjungan' isterinya, Abby Abadi serta sekumpulan wakil media memberitahu, masih berharap konflik peribadi yang sedang dihadapinya akan berakhir dengan baik.

Pada masa yang sama, pelakon itu memohon ruang untuk menyelesaikan dua masalah peribadi yang sedang dihadapinya ketika ini...BERITA PENUH....


MACAM NIH LA NORMAN..PASNIH KERJA..BAWAK ABBY SEKALI..TAKPUN...BISNES2 BAGI JE ORANG LAIN BUAT...TAK YAH LE BUAT KALAU DAH TAK CUKUP SIANG BUAT KERJA....TAK PUN JADI JE MR MAMA....TAK PUN GILIR2..SORANG KEJE..SORANG JAGA ANAK...OUK KEJE..ABBY JAGA ANAK...ABBY KEJE..OUK JAGA ANAK..SELAMAT RASANYE....SESUNGGUHNYA DUNIA INI ADALAH UJIAN KEPADA MANUSIA....

'Saya dinasihat bercerai cara baik' - Abby

'Saya dinasihat bercerai cara baik' - Abby

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Pelakon popular, Abby Abadi gagal memfailkan perceraian dengan suaminya, Mohamed Norhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, yang ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru Khamis lalu, selepas tidak dapat menyediakan dokumen lengkap dalam permohonannya.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan, 29, yang datang seorang diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini berkata, dia berhasrat mengemukakan tuntutan fasakh tetapi dimaklumkan tuntutan itu akan mengambil masa.

Berikutan itu, katanya, dia telah dinasihatkan oleh pihak mahkamah agar bercerai secara baik (dengan lafaz cerai di mahkamah) supaya tidak mengaibkan mana-mana pihak.

''Namun hari ini saya gagal hendak failkan perceraian kerana banyak maklumat tidak tahu seperti alamat (Norman) kerana nanti kalau main tulis, surat mahkamah tak sampai,'' katanya....BERITA PENUH...

EMMM..KITA NIH BOLEH KOMEN BERDASARKAN KENYATAAN AKHBAR JE LA....KESIAN ABBY YE..BARU 45 HARI TUH..JANGAN KENE MEROYAN DAH...KAWAN2 SAHABAT HANDAI..SAUDARA MARA KENE BAGI SOKONGAN....ALLAH S.W.T..NAK HAPUSKAN DOSA2 LAMA TUH....BANYAK2 SABAR YE...PIKIR BANYAK LAGI MENDE BAHAGIA DISEKELILING KITA...CONTOHNYE...EMM..MASIH ADA ANAK-ANAK..ADA SAUDARA MARA YANG AMIK BERAT..SAHABAT HANDAI.....MASIH ADA KERJA LAGI...SESUATU YANG BERLAKU KENE PANDANG SUDUT POSITIF..MUNGKIN ALLAH S.W.T NAK KITA BERUBAH..IYE LA.BIASANYE TIME SUSAH BARU KITA INGAT ALLAH...SABAR DAN TERUS BERSABAR.........

NORMAN HAKIM ABBY ABADI PERLU SABAR

DRAMA DI LUAR DRAMA...


Pelakon wanita popular, Abby Abadi nekad ‘bertentang mata’ dengan suaminya, Norman Hakim di lokasi penggambaran drama bersiri, Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur tengah hari semalam untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Pada pertemuan yang turut disaksikan oleh krew produksi drama berkenaan serta sekumpulan pihak media, Abby meluahkan apa yang terbuku di hatinya selain meminta penjelasan daripada suaminya yang memegang watak Cif Inspektor Haris dalam drama bersiri Gerak Khas itu mengenai status rumah tangga mereka.

Abby, pada sebelah paginya gagal memfailkan tuntutan perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur

kerana tidak dapat menyediakan dokumen lengkap dalam permohonannya.


DALAM BAB CERAI BERAI NIH..KENE FIKIR PANJANG OOO...BUKAN BULIH MAIN IKUT MANA DAN JE...NAK BERCERAI SENANG SEBENARNYA.TAPI NAK BAHAGIA YANG SANGAT SUSAH..SO SEKARANG NIH .CUBA 2..2...BAWAK BERTENANG DULU....BIAR MAHKAMAH TENTUKAN KES DULU..YANG SELAK NAK BERCERAI TUH WAT PE..IYE LA..MMG BUKAN UMAH TANGGA KU..AKU NASIHAT JE..TAPI ORANG LELAKI KENE BANYAK TENANG..NORMAN TENANG JE DULU.....PIKIR PASAI ANAK2 SIKIT...KALAU TAK NAK KESIAN KE DIRI KORANG PUN..SIAN KAT ANAK2 KORANG TUH DULU....KALAU TAK PUAS HATI GAK TALAK JE LA...TAPI DALAM KEADAAN SEKANG NIH TENANG DULU...