Thursday, July 8, 2010

MUFTI PERAK SERTAI PROGRAM YANG DIHARAMKAN!

ini lah berita di dada berita harian.kalau ayat2 nakal kata berita hairan..macam2 pemikiran orang nih. Majlis Agama Islam Wilayah kata haram..nak tengok berita lanjut silakan membeli berita harian yer.

teman penah terbaca kenyataan Mufti Perak kata ESQ sangat ok..kini masyarakat sudah keliru dek kerana mufti2 nihbagi kenyataan... yang pasti akan keluar kenyataan lagi adalah berkaitan penyangkalan dakwaan tersebut:

KUALA LUMPUR: Ketua Panel Syariah ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ), Datuk Mustafa Abdul Rahman yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menafikan dan menyangkal dakwaan wujud unsur penyelewengan dan kesesatan dalam program motivasi syarikat itu.

KUALA LUMPUR: ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang ditubuhkan di negara ini empat tahun lalu mendakwa bentuk latihan yang diperkenalkannya mampu menghasilkan transformasi diri yang hakiki apabila dihubungkan dengan Allah SWT.

bukan ape..tak ralat sedikit la..tak tahu la mungkin salah akhbar jugak tak siar..kalau kenyataan mufti begini disiarkan..mengapa tidak mereka nih membuat kenyataan berani berkaitan isu pengharaman Judi bola...pengharaman arak...

kena kaji dalam2..adakah pemikiran 8 mufti yang menyertai progran tersebut tidak mampu menilai yang mana baik.yang mana buruk...makna hebat benarlah Mufti wilayah nih.....banyak lagi perkara jelas haram yang perlu diwartakan haram..haramkan judi..haramkan penjualan arak..halal2 penubuhan kelab2 hiburan...

kalau student tanya teman..teman ada dah jawapan..di Malaysia ada ramai Mufti..ikutlah mana2 awak nak.....kalau tanya teman..selagi menafikan keesaan allah..tidak bercanggah dengan al-quran dan sunnah...terpulang lah yer..

INI BULAN REJAB

bulan rejab. kemudia sya'aban. ramadhan. sekejap sahaja masa berlalu.bulan nih bagi para ustad mungkin bulan sibuk berceramah kot. dalam bulan rejab peristiwa paling besar adalah berlakunya peristiwa isra' dan mikraj yang berlaku kepada nabi s.a.w.

dalam bulan ini juga solat sebanyak 5 waktu telah difardukan kepada umat islam. solat lima waktu seolah2 pahala solat 50 waktu..tak mau ke...itu itulah realiti yang sedang berlaku kini. ramai orang yang tak mahu ambil kesempatan atas kurniaan ilahi. masih menjadikan solat sebagai satu perkara yang membebankan. lebih selese habiskan 5 minit waktu solat dengan duduk berangan depan PC atau depan cermin membelek2 wajah yang diciptakan oleh Allah jua.

solat cukup berat kepada yang malas. seolah2 menjadi perkara berdosa pulak kalau dia buat.biasanya kumpulan2 tidak solat hatinyer terlalu keras.jika tidakan masakan sahabat2 ajak solat boleh kata ... pergi dulu..nanti aku follow..mendengar laugan azan berkumandang tepat atas ubun2 kepala..masih malas untuk solat.... nak kata ape tak tahu..tapi orang begini tidak perlu dimusuhi.teruskan bersahabat dengan mereka.kerana mereka masih lagi mengakui bahawa Allah s.w.t tuhan mereka..

solat antara perkara perlu di pesan2kan ketika menyampaikan ceramah isra' dan mikraj... rabbij alni muqimas solati wa zurriyati wrabbana taqabbal doa...