Friday, August 13, 2010

SUNAT TARAWEH BAGI PEREMPUAN

ade kawan tanya. kawan perempuan. hukum solat taraweh bagi perempuan camner.

nak jawab dia teman ikut kronologi la kot supaya senang.

hukum solat taraweh; sunat dilakukan. kerana rasulullah s.a.w buat solat tersebut. so bagi perempuan juga disunnatkan.

soalannya lagi: elok buat di rumah atau di masjid ?. dalam sebuah hadis muslim: rasul s.a.w versabda yang bermaksud: jangan kamu menghalang perempuan2 kamu ke masjid, jika mereka mintak izin [muslim]. dalam hadis lain juga disebut: jangan kamu menghalang perempuan2 kamu ke masjid dan rumah adalah lebih baik untuk mereka [abu daud]

so tak de masalah di rumah atau di masjid. dirumah afdal. kalau nak ke masjid ade perkara2 yang dituntut supaya dijaga:

1- menutup aurat sepenuhnya.
2- dengan izin suami.
3-ade teman yang mahram
4- jauh fitnah.

kalau dimasjid boleh jemaah, kalau di rumah boleh buat solo. yang penting buat.