Monday, October 19, 2009

HUKUM LELAKI PAKAI EMAS

...jawapannye tentulah haram ini merujuk kepada hadis oleh imam termizi yang bermaksud: Sesungguhnya rasulullah s.a.w bersabda: diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan halal bagi perempuan mereka.

manakala dalam sebuah hadis lain pula: rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai cincin emas di jarinya, lalu rasulullah memerintahkannya supaya mencampakkan cincin tersebut (riwayat imam muslim)

namun persoalan yang timbul ialah..macam mana kalau budak kecil yang pakai...so pada pandagan peribadi aku...selagi jantina budak tuh lelaki maka hukumnya tetap haram walaupun masih kecil... kalau tanya berdosa ke dak... budak tuh tak la berdosa..dia punya penjaga la berdosa....siapa suruh bagi budak tuh pakai...

allah lebih mengetahui segalanya

ADZAN KETIKA KELAHIRAN ANAK

soalan telah ditanya kepada aku oleh seorang kawan sekerja: kalau suami takde siapa pulak kene azan ?

soalan nih nampak macam biasa tapi sangat bagus untuk semua. memang kebiasaannya si ayah lah akan tolong azankan bukan...

dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam termizi di dalam kitab sahihnya. daripada abidillah bin abi rafi': berkata: aku melihat rasulullah s.a.w azan di telinga husin bin ali ketika dilahirkan fatimah..

berdasarkan hadis ini, disunatkan kepada kita apabila menyambut kelahiran anak dengan melakukan azan di telinga anak..kebanyakan ulama' berpendapat azan di telinga kanan dan qamad di telinga kiri bertujuan untuk mengiklankan ketauhidan terhadap allah s.w.t.

merujuk hadis di atas, yang azankan husin bin ali adalah datok nye iaitu rasulullah s.a.w... jadi takde masalah sebenarnya siapa pun yang nak azan....yang penting adalah diazankan bayi tersebut..

cuma kalau nak yang bagus...kenelah cari yang mulia...yang agak baik akhlaknya...yang wujud waktu bayi tuh lahir...mintak tolong azankan pun ok..

hanya allah lebih mengetahui .......