Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun pula menyifatkan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Tambah beliau lagi, dalam negara ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.
Jika Mei Fun memahami apakah maksud sumbangan dan jika beliau mentakrifkan sumbangan itu sebagai sesuatu yang berharga seperti wang, melalui cukai dan sebagainya, maka fahaman yang semacam ini perlu diteliti dengan sebaik-baiknya.
Sebagai yang termaklum, apabila bangsa Melayu memberikan kewarganegaraan kepada bukan Melayu, maka bukan Melayu perlulah iktiraf Ketuanan Melayu, Keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan di negara ini. Sekali lagi, Islam adalah kunci utama dalam penyelesaian hal ini.
Ketuanan Melayu ada harganya. Harganya adalah darah dan air mata. Nenek moyang Melayu mempertahankan bumi ini daripada Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan juga penjajah yang lain. Sedangkan, kaum bukan Melayu tak banyak memainkan peranan dalam menolak penjajahan ini, melainkan Jepun sahaja.
Dan, hal ini pun terjadi kerana kesan orang-orang Cina yang tidak suka negara mereka dilanggar oleh Jepun suatu ketika dahulu. Maka jumlah penolakan ke atas penjajahan ini, kaum Melayu yang lebih banyak berkorban berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah harga Ketuanan Melayu dan adakah mereka sanggup berkorban?
Apabila menjelang kemerdekaan, atas persetujuan bahawa orang Melayu mahu menerima bukan Melayu sebagai warganegara dan bukan Melayu mahu menerima hak keistimewaan Melayu dan lain-lainnya, maka bermulalah urusan 'membayar' semula hal yang telah dipersetujui itu melalui cukai-cukai, wang yang dilaburkan dan sebagainya.
Maka, orang bukan Melayu selama ini membayar cukai, menyumbang wang, melabur di dalam pembangunan di negara ini kerana melunaskan hutang kewarganegaraan mereka seperti yang diputuskan sejak lama dahulu.
Kewarganegaraan itu ada harganya dan wang yang dilaburkan selama ini cuma sekadar membayar kewarganegaraan tersebut. Inilah yang harus difahami oleh kaum bukan Melayu di negara ini.
Sementara bangsa Melayu membayar wang, cukai dan segala macam pelaburan di dalam negara ini adalah untuk membayar apa yang dinamakan sebagai ketuanan Melayu itu sendiri.
Islam menjelaskan hal ini sebagai berikut. Di dalam sebuah negara yang mana penduduknya memilih untuk tidak menganut agama Islam misalnya, para penduduknya tidak akan pernah dipaksa. Kemudiannya, negara itu diminta untuk terus berada di bawah naungan Islam, membayar ufti, sejumlah wang sebagai tanda ikatan antara mereka.
Dengan perjanjian dan akad itu, negara itu akan terus-menerus dilindungi oleh negara Islam jika negara bukan Islam di bawah naungan mereka yang telah membayar ufti itu diserang oleh sebuah kuasa lain.
Kesimpulannya, janganlah orang bukan Melayu di negara ini menyangka bahawa sumbangan mereka selama ini sama ada dalam bentuk wang cukai pelaburan ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah berhutang pula kepada mereka. Malah, sebenarnya mereka berhutang kewarganegaraan kepada orang Melayu.BLOGGER: apa salahnya mengekalkan ketuan melayu dan memberi hak keistimewaan melayu..apa yang perlu sekarang ini adalah memilih "tuan' yang baik. Tidak perlu kepada mempertikaikan ketuanan dan hak istimewa melayu. memang betul la perasaan-perasaan tidak puas hati akan timbul jika dibaca petikan di atas. kenelah terima hakikat kepada yang bukan berbangsa melayu...sekarang nih pun cukup baik...apa yang melayu dapat semua bangsa buleh dapat..setakat tak boleh masuk UiTM tuh..banyak lagik IPTA di malaysia nih..setakat tak dapat pinjaman MARA ...kerajaan menyediakan pinjamaan yang lain. kalau nak cari salah memang banyak..tapi jika nak berterima kasih cukup sukar...kebanyakkan yang bercakap isu nih pun mungkin ada kepentingan lain...atau mencari publisiti..cuma bimbang peristiwa 13 Mei berulang kembali sahaja jika isu ini terus dipanaskan...yang susahnya adalah rakyat..baik melayu..cina atau india..semua akan susah disebabkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman...Ambil iktibar dari perkara yang sedang berlaku di negara jiran...ekonomi hancur..rakyat menderita..hilang kerja...tuh kalau derang merusuh..sure habis tepi jalan derang bakar..kalau jadi di Malaysia, kedai mana akan hancur..siapa yang banyak berniaga di bandar2..kedai2 elektrik...kedai2 emas..kedai perabut...melayu memang ada..tapi siapa yang lebih banyak berniaga....kene fikir semua ni..jangan fikir jauh sangat..fikir yang simple-simple je.tapi impak dia besar....