Wednesday, October 29, 2008
KEMESRAAN DSAI ( PKR ) DENGAN PEMIMPIN UMNO
HUBUNGAN BAIK ANTARA PEMIMPIN PAS-UMNO
PKNS BAKAL DITERAJUI SEMULA BUMIPUTERA
PKNS: Pas serah nama
SHAH ALAM 29 Okt. - Pas akan menyerahkan nama dua tokoh korporat bumiputera untuk mengisi jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.
Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Samad berkata, calon tersebut dipilih berdasarkan pengalaman serta latar belakang yang dimiliki.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu terbabit sebaliknya Pas yakin mereka antara yang layak untuk menerajui anak syarikat kerajaan negeri itu.
"Setakat ini kita ada dua nama yang sesuai berdasarkan kebolehan mereka. Kedua-dua individu itu tidak semestinya pegawai dari PKNS," katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Semalam, Pas Selangor mahu mencadangkan beberapa nama calon kepada Abdul Khalid untuk dilantik sebagai Pengurus Besar PKNS..berita seterusnya..click di sini...