Friday, October 2, 2009

MARI GEMPAR BUMI LENYAP NORDIN

itu yang terpikir, mungkin allah nak suruh warga indonesia sentiasa memikirkan tentang kebaikan warga melaysia terhadap mereka. lenyap jugak gayang malaysia..pasukan yang sampai bagi bantuan pun orang malaysia jugak..tak terpikir warga indonesia nun di sana tentang betapa ramai lagi warga malaysia dok bantu mereka...kita pun kene gak pikir kekasihanna allah kepada kita...khususnya ahli2 politik yang makin2 lah berkuasa..semoga allah melindungi hambamu ini..aminnn..ya rabb.

Nordin diburu dan akhirnya dibunuh kerana 'gempa' yang dilakukanya. Nordin dan pengikutnya dikatakan mencipta dan menghasilkan bom yang sofistikated yang menyebabkan suasana panik dan menggerunkan bukan sahaja kerajaan Indonesia tetapi negara-negara yang lain.Ini menyebabkan beliau diburu selama 9 tahun sebelum ditewaskan. Kematian Nordin melegakan ramai pihak yang menjejakinya sekian lama.

Tetapi belum sempat saudara serumpun kita menarik nafas lega, Allah SWT menguji dengan gempa bumi yang agak dasyat yang pastinya jauh lebih kuat daripada bom yang pernah dihasilkan oleh Nordin Mat Top. Namun berapa ramai yang bermuhasabah bahawa gempa bumi dasyat ini amaran dan peringatan dari Allah SWT?

Dalam suasana panik itu, semalam jenazah Nordin Mat Top dibawa pulang dan selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pontian Johor. Lebih 500 orang diberitakan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham semalam. Bagi saya cukuplah, usahalah kita terus berpolemik dan menghukum Allahyaryam dan keluarganya. Allah SWT lebih mengetahui segala-galanya.

Di negara ini, maksiat berluasa, halal haram tak tahu nak beza, hukum hakam Allah SWT dipersenda, ulama dihina, perasuah dianggap mulia semua ini menjadi isyarat yang cukup jelas bahawa semuanya bakal mengundang bala dan balasan dari Allah SWT. Jadi selagi hayat dikandung badan dan nadi masih berdenyut...Beringatlah...