
nih tulang rusuk yang akan diberi kepada penyumbang2 korban..termasuk aku la dapat... seekor lembu boleh dibahagi kepada 7 orang untuk melakukan korban. satu orang kene bayar
RM 330.00..kalau kat kuantan maybe murah lagi kot..tapi entah la...

pakar lapah tulang-tulang..kepala bagi indon2 yang bekerja di sg koyan. bangla tak jumpa pun

antara yang terlibat adalah aku..sebab kerja senang..he he..lagi pun yang nih je aku paling terro...

bahagian menimbang daging untuk diagaih2 kepada orang koyan.

setiap seorang akan mendapat 500g daging.

daging2 diagih-agihkan megikut blok untuk disedekahkan. bagi orang yang melakukan korban mereka akan diberi daging 3 kilo. tulang2 rusuk dan organ2 dalaman lembu tersebut.

lembu yang berjaya ditumbangkan, akan diikiat kaki supaya senang untuk melakukan proses penyembelihan. penyembelihan korban dilaukan oleh imam dan haji din.

ini adalah surau al-hilal. dulu aku pernah mengajar di sini dan pernak membaca khutbah raya di sini juga.

lembu nih cukup gagah dan ganaz

siap untuk dilapah setelah dikorbankan.

ini lembu yang terakhir dikorbankan. dia bersyukur kerana mati untuk dikorbankan bukan dibaham harimau atau tertelan racun sawin sepeprti kawan2 dia yang lain. aku ada share 1 bahagian dalam lembu nih. aqiqah untuk anak aku. dulu dah buat kambing satu bahagian. yang nih lembu pulak.dulu buat kat rumah inderapura. yang nih buat di sg koyan.

lembu ini agak garang. sukar ditumbangkan. pakar lembu sedang berusaha untuk menumbangkan lembu tersebut.

empat ekor lebu dikorbankan di surau al-hilal sg koyan 3. lembu berjaya ditumbangkan.

warga2 koyan datang untuk melihat korban lembu