Wednesday, November 5, 2008

KULIT BABI LAGI

Sarung telefon kulit babi

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini pengguna Islam di negara ini digemparkan dengan kasut dan cekak rambut kulit babi, namun keadaan semakin parah apabila pengguna telefon bimbit pula menjadi mangsa apabila sarung alat telekomunikasi itu turut dihasilkan menggunakan kulit babi.

Difahamkan sikap tidak berhati-hati pengguna selain kerakusan pembekal mengaut keuntungan menyebabkan ramai pengguna telefon bimbit menjadi mangsa apabila sarung telefon kulit babi itu dibeli tanpa menyangka ia haram disentuh.

Seorang mangsa, Nor Sarida Idres, 22, berkata, dia benar-benar tertipu dan terkejut apabila secara tidak sengaja terbeli sarung telefon bimbit yang dihasil menggunakan kulit babi itu.

“Saya hanya mendapat tahu ia kulit babi apabila ditegur eksekutif jualan berbangsa Cina ketika singgah di sebuah kedai menjual beg di Klang, semalam...BERITA PENUH


YANG BAGUS NYE DALAM BERITA NIH...ORANG CINA YANG SEDAR..NAMPAK SANGAT DIA PERIHATIN DENGAN HAL2 ORANG ISLAM..ORANG ISLAM PULAK..MAIN BELASAH JE...LAIN KALI NAK BELI BARANGAN KULIT TENGOK BETOI2 DULU...BARU BELI...

JAHAT BALAS JAHAT, BAIK BALAS BAIK

'Polis terpaksa guna kekerasan'

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan sehingga membunuh dua ahli Geng Ah Took di Sungai Long, Kajang awal pagi ini, sebagai membalas tindakan ganas kumpulan itu menembak ke arah mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mempertahankan diri dan melindungi anggota dan pegawainya daripada berhadapan dengan maut.

Tegasnya, kebanyakan penjenayah yang menyerang polis berada di bawah pengaruh dadah dan bersedia untuk menembak anggota polis apabila diminta menyerah diri.

"Polis hanya menjalankan tugas dan terpaksa guna kekerasan sewajarnya apabila keselamatan kita tergugat... polis juga hadapi ancaman maut kalau ditembak," katanya...BERITA PENUH..


OK LA TUH.....

BARACK OBAMA

Obama Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat


BARACK Obama bersama isteri dan dua anak perempuannya melambai ke arah penyokong semasa perhimpunan raksasa di Grant Park, Chicago, lllinois sejurus selepas memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat malam tadi.– AFP


WASHINGTON 5 Nov. – Barack Obama, hari ini memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.

Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House
BERITA PENUH
KINA NAK LIHAT APA PEMBAHARUAN YANG DIA AKAN BAWAK..KHUSUSNYE ISU TENTERA AMARIKA DI IRAQ DAN AFGANISTAN....