Hijrah merupa suatu peristiwa agong yang sewajarnya diketahui oleh golongan yang beragama Islam. Secara tepatnya, peristiwa tersebut tidak diketahui bilakah sebenarnya terjadi tetapi ulama’ bersepakat mengatakan peristiwa tersebut telah berlaku pda tahun 622 Masihi, Namun begitu kebanyakkan umat Islam di dunia ini akan menyambutnya pada 1 muharam. Tahun ini merupakan tahun yang ke 1429 setelah berlakunya peristiwa yang membawa perubahan besar terhadap umat Islam. Di Malaysia, majlis untuk merakan kedatangan tahun baru di dalam Islam dikenali sebagai Ma’al Hijrah, kebiasaannya masyarakat-masyarakat meraikan ma’al hijrah dengan mengadakan majlis caramah ma’al hijrah bertujuan untuk mengigati perjalanan kisah tersebut dan mengambil iktibar serta pengajaran disebalik kisah tersebut.
Perkataan hijrah adalah terbina daripada perkataan hajara yang membawa maksud meninggalkan sesuatu atau menjauhkan dari sesuatu, di dalam al-Quran Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa. ( Maryam: 46), manakala di dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi ( Al-Mudathir:5 ) Daripada kedua-dua ayat tersebut menunjukkan kepada kita bahawa konsep hijrah adalah berkaitan dengan suatu tindakan yang melibatkan perubahan besar untuk mencapai sesuatu matlamat yang lain dengan meninggalkan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu sama ada kita suka atau pun tidak perkara tersebut, yang pasti dengan perubahan tersebut kita akan mencapai matlamat sama ada di dunia mahupun akhirat.
Peristiwa hijrah yang berlaku kepada umat Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w, jika dilihat dari sudut fizikalnya menunjukkan kepada kita tentang suatu perjalanan ataupun perpindahan yang telah dilakukan oleh umat Islam ketika itu, dengan cara meninggalkan Kota Mekah dan menuju ke Kota Madinah dalam keadaan mereka meninggalkan segala benda yang dimiliki dan disayangi oleh mereka semata-mata kerana ingin menyelamatkan akidah yang mereka anuti. Hijrah merupaka strategi dakwah yang berteraskan kepada keamanan. Melalui cara berhijrah aqidah umat Islam ketika itu terpelihara dalam masa yang sama agama Islam dapat disebarkan dengan meluas ke seluruh pelusuk dunia. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.( Muzammil:10). Ayat ini mengambarkan bagaimana perancangan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.w.t melalui cara berhijrah yang secara tidak langsung mampu menyelamatkan umat ketika itu.
Kini hijrah seperti yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w dari sudut fizikalnya sudah tiada lagi, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Pada hari pembukaan iaitu pembukaan Kota Mekah Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada Hijrah selepas pembukaan Kota Mekah. Yang masih ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu diminta untuk keluar berjihad, maka lakukanlah (Riwayat Muslim ). Hadis ini dengan jelas mengatakan bahawa tiada hijrah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, namun begitu jika terdapat tekanan terhadap umat Islam yang menyebabkan mendatangkan kemudaratan, seharusnya berhijrah, ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. ( Surah An-Nisa’ ). Maksud berhijrah di ayat di atas adalah menyelamatkan diri ke tempat yang selamat daripada penindasan yang berlaku agar nyawa dan agama terus terpelihara.
Manakala tuntutan hijrah pada masa kini lebih merujuk kepada maksud firman Allah s.a.w : Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi ( al-mudhasir:5 ). Untuk menjauhi sebarang bentuk kemungkaran perkara wajib yang harus dijaga adalah berkaitan dengan nafsu yang sentiasa melorongkan umat Islam ke arah kesesasatan. Berjihad melawan nafsu mazmumah adalah jihat yang paling tinggi memandangkan kita berada sesebuah Negara yang merdeka. Kejadian banjir besar yang terjadi baru-baru ini antaranya adalah berpunca dari kerakusan manusia itu sendiri dalam menerokai bumi Allah s.w.t. kejadian rusuhan yang mencalar imej Negara adalah angkara nafsu yang menguasai fikiran manusia ditambah lagi dengan hasutan-hasutan yang kesudahan dengan banyak berlakunya keinginan yang tidak diingini.
Bersempena dengan sambutan Ma’al Hijrah tahun ini. Sama-sama kita berhijrah dalam merubah sikap masing-masing, berkerja dengan lebih bersemangat, pantas dan berkesan dalam menaggani masalah yang terjadi. Menjauhi sifat-sifat mazmumah, menepikan kepentingan peribadi dalam membangunkan ummah, bersama mempertahankan keaulatan Negara. Sama-samalah kita berhijrah bermula dengan memperbaiki niat kita atas setiap urusan yang dilakukan adalah kerana Allah s.w.t, maka keberkatan pastinya akan diperolehi, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur. (An-Nisa’: 100)