Friday, November 7, 2008

FAMILY DAY DI DE' RHU

GAMBAR DI AMBIL SEBELUM CHECK OUT..SELEPAS SARAPAN PAGI...

ADI ZAHARI TAK BERANI MANDI..SEMALAM DIA LEMAS..AKU TENGOK DIA LEMAS..KELAKAR + KESIAN...BUKAN DALAM PUN AIR ARAS PINGGANG DIA JE..DIA GUBRA...
ORANG2 KUAT SMK UBAI + AJK YANG MENJAYAKAN MAJLIS TUH..

ADL WAKTU DALAM MAJLIS TU..ALHAMDULILLAH DIA DUK SENYAP SAMPAI ABIS...ANAK ORANG LAIN ADA YANG KENE BAWAK MASUK BILIK..ASYIK NAGIS JE...SIAN DERANG....
TIME ORANG BACA DOA MAKAN NIH..DIA PUN DOA GAK KOT...

TETIBA JE ATAS MEJA ADA BOTOL ADL...MEJA KAMI DI MAJLIS MAKAN MALAM SMK UBAI

BERGAYA SEBELUM NAK TURUN KE MAJLIS MAKAN MALAM SMK UBAI...TP TAK BERGAYA SETARA MANA PUN...BAJU ATOK DIA BELI...

DI PADANG SUKA NEKA..JAM 500 PM ...LEPAS CHEK IN...TIDO JAP..BARU TURUN...

ACARA DAH MULA...

..BARU SAMPAI..ADI & ADL PELI..NIH BUKAN UMAH KITA NIH..NAPE TIDO SINI..DIA TANYA...

INI SUDAH BAHAYA

UMNO terima 900 aduan politik wang

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

“Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemilihan di peringkat 191 bahagian UMNO di seluruh negara dan pencalonan untuk jawatan-jawatan tertinggi parti itu telah bermula sejak 9 Oktober lalu dan dijadualkan berakhir Ahad ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.....BERITA PENUH....


INI SUDAH BAHAYA..MALAYSIA DI AMBANG KEMUSNAHAN..SEMUA BOLEH GUNA DUIT NIH..YANG KAYA TERUS KAYA YANG MISKIN KELAPARAN LA CAM NIH..HARAP2 ADUAN JE....SEMUA ORANG MELAYU PULAK YANG TERLIBAT.....PATUT LA BANGSA LAIN PUN NAIK RISAU......

Dr Sheikh Muszaphar Kene Siasat

MOSTI siasat pendapatan Dr. Sheikh Muszaphar


SHEIKH Muszaphar


KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menyiasat dakwaan sebuah akhbar milik pembangkang bahawa angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah memperoleh pendapatan hampir RM1.2 juta hasil siri ceramah yang dilakukannya di seluruh negara sejak tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan angkasawan berkenaan sebagai 'tidak patut' sekiranya spekulasi itu terbukti benar.

"Bagaimanapun, dalam hal ini, saya terpaksa menyiasat perkara ini terlebih dulu memandangkan berita itu datangnya daripada akhbar pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar yang mendakwa Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran sebanyak RM8,000 untuk satu jam berceramah... BERITA PENUH...


KALAU MENGIUT AKHBAR YANG BUAT DAKWAAN TERSEBUT..MMG JADI JUTAWAN LA ... RM 8000 TUH TAK TAU LA..SETAKAT YANG AKU SENDIRI YANG TENGOK N TAU URUSAN DENGAN DIA...RM 3000 JE......