Saturday, November 20, 2010

DARI KUANTAN KE SG KOYAN VIA LANCANG-FELDA LAKUM-MEMPAGA-LEBU-RAUB

selasa 16 nov, selepas kelas wife abis, teman sekeluarga berhajat untk beraya di sg koyan. dalam pukul 4 teman gerak dari taman seri inderapura. teman dah bincang ngan wife lalui yang nak dialalui kerana teman pasti jalan bentong akan mengalami kesesakan luar biasa disebbkan warga kelatan akan berbondong-bondong untuk ke kg halam masing2.org kata raya korban di kelantan meriah sbb tuhn ramai anak balik.teman tak tahu. teman bukan org kelantan. tp teman tahu mmg jalan akan sesak.

memulakan perjalanan dengan cuaca yang agak baik.tak panas sangat.tak pulak hujan. tapi sepanjang jalan tetap ade hujan turun.hasil pebincangan dengan wife. teman memilih untuk melalui jalan lancang . exit lancang melalui LPT. dah lama teman tak lalu jalan tuh. hampir 4 tahun.jalan tuh sbenarnya lebih dekat untuk ke bandar raub jika dibanding melalui karak-bentong raub. dari lancang kalau melalui mempaga ke raub dalam 54 KM sahaja.banding dengan nak ke karak-bentong-raub lbh kurang 70km barang kali.

4 tahun tak lalu jalan tersebut teman mengharapkan terdapat perubahan struktuk jalan yang ke arah positif. makna lebih elok la. tapi hampa. jalan masih takok lama. malah ade di beberapa lokasi lopak terlampau yang boleh menjahanamkan kereta. di antara felda lakum ngan bukit damar kot sblm simpang 3 ke felda mempaga. barangkali YB kawasan tuh tak pernah lalu ataupun bukan orang di situh gamaknya. atau akan menjadi modal untuk PRU13 nanti. penderitaan terubat ketika melalui jalan ke mempaga. agak ok.cuma apabila berada dijalan kampung. pemanduan kene berhati2. ramai yang mempunyai lesen2 besar tidak mematuhi undang jalan raya. memintas sesedap rasa. tak hirau bahaya.

11 km ke raub.perkara yang dijangka telah berlaku. pemanduan mula perlahan. kelihatan kereta berbaris2. jam menunjukkan pukul 6 15. nak ke sg koyan dr raub dalam 50km... pelajan2 kayuh. akhirnya sampai gak di rumah jam 8 pm... malam tuh dalam jam 830 adeq teman dari kuang bagi tau kesesakan dah berlaku dari simpang nak ke bentong slps tol karak. tuh lah yang berlaku setiap tahun.