Wednesday, March 25, 2009

MIMPI! MIMPI! OH! MIMPI

Hadis Abu Qatadah r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi itu ada yang datangnya dari Allah dan ada pula yang datangnya dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau meludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali, kemudian dia memohon perlindungan daripada Allah dari kejahatannya. Mimpi itu tidak akan membahayakannya (Riwayat Muslim)

APABILA DATANGNYA MALAM

Apabila datang malam..beberapa perlu dijaga bagi mengelakkan berlakunya malapetaka..atau mengundang malang..Hadis Jabir r.a:Rasulullah s.a.w bersabda: Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat dari kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca Basmalah, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka (Riwayat Muslim).

Monday, March 23, 2009

KUCING HILANG

KUCING NI AKU JUMPA SEMALAM...KUCING SAPA NIH....

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang wanita diseksa gara-gara seekor kucing. Beliau mengurungnya sampai mati, kerana kucing itulah beliau masuk Neraka. Beliau telah mengurungnya tetapi tidak memberinya makan dan minum bahkan beliau tidak mahu membiarkan kucing itu memakan serangga-serangga tanah (Riwayat Muslim)

Sunday, March 8, 2009

PERISTIWA PENTING DARIPADA KELAHIRAN SEHINGGA KENABIAN BAGINDA

http://ulamaummah.blogspot.com
  • Dipelihara oleh datuknya 'Abdul Mutalib setelah lahir.
  • Disusukan oleh Suwaibah hamba Abu Lahab sebelum diserahkan kepada Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Sa'ad bin Bakr.
  • Mendatangkan keberkatan kepada Kampung Banu Sa'ad bila tiba di sana.
  • Selepas dua tahun dibawa balik kepada bondanya Aminah, namun Halimah As-Sa'adiyah memujuk bonda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk terus memelihara baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
  • Belajar mengembala kambing sejak daripada kecil dan dapat bercakap bahasa Arab Fusha dengan baik hasil daripada tinggal di kampung Banu Sa'ad.
  • Peristiwa di bedah dada oleh malaikat, kemudiannya dihantar pulang ke jagaan ibunya. (Umur 5 tahun)
  • Wafatnya Aminah di Abwa'. (Umur 6 tahun)
  • Dipelihara pula oleh datuknya Abdul Muttalib.
  • Di pelihara oleh Abu Talib selepas kematian Abdul Muttalib. (Umur 8 tahun)
  • Memulakan perjalanan pertama ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib, bertemu dengan paderi Buhaira. (Umur 12 tahun)
  • Mula berdikari mencari rezeki dengan menternak kambing.
  • Berlaku Harbu Al-Fijar: (Umur 20)
  • Hilfu Al-Fudhul:
  • Bertujuan untuk membela hak-hak orang yang dianiaya.
  • Berpunca dari kejadian seorang Badwi dari Usun Zubaid datang ke Mekah menjual barang namun seorang pembeli, 'Ash bin Wail tidak membayar harga barangan yang dibeli.
  • Musafir kali ke-2 ke Syam bersama Maisarah membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha. (Umur 25 tahun)
  • Khadijah Radhiallahu 'Anha menawarkan diri menjadi suri hidup Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam melalui Nafisah binti Manbah.
  • Perkahwinan dengan Khadijah Radhiallahu 'Anha semasa baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam berumur (25 tahun), manakala Khadijah Radhiallahu 'Anha berumur (40 tahun).
  • Kelahiran Qasim Radhiallahu 'Anhu pada umur (28 tahun).
  • Kelahiran Zainab Radhiallahu 'Anha.
  • Wafatnya Qasim Radhiallahu 'Anhu semasa berumur 2 tahun.
  • Penyertaan Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam pembinaan Kaabah yang runtuh akibat banjir di Kota Mekah. (Umur 35 tahun)
  • Menyelesaikan persengketaan dalam usaha meletakkan Hajarul Aswad.
  • Terkenal dengan panggilan Al-Amin.
  • Mula gemar berkhalwat di Gua Hira'. (Umur 40 tahun)