Tuesday, May 26, 2009

MAKHLUK HALUS-PERHATI BAIK2

PIZZA LAMBAT SAMPAI.....

berbisik sesuatu pada adi zahin..jangan kacau ayah nak makan ...biasa anak aku kene duk dalam..bukan ape takut pizza ke..sup panas tertumpah...jadi beringatlah sebelum kene....
pizza lambat sampai....
adl zahin duk ngan mama....dah lambat sangat pizza sampai...bila sampai je aku suh bungkus terus.....makan kat rumah lagi best sambil tengok tv cite CSI...budak2 ngaji cuti ye..ustad nak memenuhi hajat isteri nak makan pizza....

Saturday, May 23, 2009

SIMPLE MAGIC BY ALONG N AMIN [ ANAK IMADUDDIN ]

nih magik anak2 imad buat kat aku...he he he.. dilakukan setelah habis mengaji di rumah aku le...aku dah belajo camne dia buat...maknanye derang tuh guru aku dah la dalam bab magik tu..bleh guna time nak ceramah motivasi 29 mei nih...he he he...

MARI MEMEMBACA IQRA': BACAAN 'ADI ZAHIN

time dia rasa nak baca..dia akan baca la..setakat hari nih bunyi2 huruf dah banyak dia tau dah. aku dah cakap kat dia. umur 4 tahun dia wajib baca secara formal....maknanya ada lg 5 bulan nak cukup 4 tahun...tak baca akan dihukum..ngaji nih paling penting bagi aku dalam hidup dia...kalau kajian mengatakan tak boleh paksa anak belajar time kecik2 lg..nanti dia bosan bila besar...emmm....pada aku mengaji al-quran tak sama dengan bacaan lain. al-quran nih sifat dia makin lama makin sedap dipelajari...kenal huruf..kenal bunyi..tau baca..perbaiki bacaan..dah pandai baca..mengahafal..dah habis menghafal..menterjemah...mentafsir..macam2 lagi...takkan habisnye belajar al-quran nih..percaya la...kalau kira rasa kita nih dah habis belajar al-quran.. kita tak belajar sebenarnya.....lagi pun dalam hadis ada mengatakan..ajar anak solat bile umur dah masuk tujuh..tapi bila masuk tujuh baru nak pandai baca....apa dia nak baca time sembahyang..sedangkan dalam rukun solat ada bacaa...so pada aku better ajar awal...sementara bapak dia nih masih hidup...esok lusa mati...lepas dah tanggungjawab...kita merancang je...allah lebih mengetahui segalanya....

BELI ANAK KELI DENGAN A.REMY

a.remy memerhatikan pakcik jaga kolam membungkus ikan keli..proses memasukkan oksigen dijalankan... baju oren..a'an
satu beg plastik tuh ada 500 ekor anak ikan keli saiz 4-5 inci..besor dah tuh...sama besor keli kat umah aku yang dah dibela selama 1bulan 2 minggu....
hakem pun ada... seekor anak keli size 4-5 inci rm 0.21 sen sahaja....mmg murah...sapa nak beli....

Thursday, May 21, 2009

TIGA CARA ALLAH MEMBINASAKAN SESEORANG

1- diberinya ilmu tanpa amal.
2-diberinya bersahabat dengan orang soleh tetapi tidak mengikut jejak mereka.
3-diberinya jalan untuk membuat kebaikan tetapi tiada keikhlasan

( Hamid Al-Lafaf )

PERIHAL ILMU

apakah gunanya membawa lampu bagi orang buta, sedangkan yang berguna hanya orang lain. apakah gunanya rumah yang gelap jika lampunya di belakang rumah. apakah gunanya kamu membicarakan tentang ilmu sedangkan kamu tidak mengamalkannya. alangkah banyaknya pokok tapi tidak semua berbuah, alangkah banyaknya buah tapi tak semua baik dan alangkah banyaknya ilmu tapi tidak semua berguna.

Tuesday, May 19, 2009

TIGA AMALAN PALING UTAMA DI BUMI

Rasulullah s.a w bersabda: terdapat tiga amalan paling utama di muka bumi ini. menuntut ilmu, berjihad kerana Allah s.w.t dan usaha dengan sendiri. menuntut ilmu yang bermanfaat itu adalah kekasih allah s.w.t, berjihad itu adalah penolong-penolong Allah s.w.t. manakala berusaha dengan sendiri menunjukkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Monday, May 18, 2009

PENTERNAK IKAN KELI DI SG KOYAN 3

ini adalah alamat rumah beiau di sg koyan...
mak cik ipah..gelaran untuk mak cik ini..rumah di sg koyan tiga, beliau adalah ibu tunggal yang mengusahakan ikan keli secara serius di sg koyan. walaupun usia sudah separuh abad, namu masih cekal mengusahakan penternakan ikan keli.. sebelum ini beliua mepunyai 8 kolam canvas sahaja. setelah mendapat pinjaman beliau menambah bilangan kolam.

gambar di atas adalah gambar kolam yang baru dibina oleh makcik ipah nih. beliau dibantu oleh menantunya dalam menjayakan penternakan ikan keli. menurut makcik nih..ikan keli ini hanya mampu menampung permintaan pasaran di sg koyan sahja. setiap hari pasti 30kg ikan keli akan terjual dengan harga 1 kg rm 5.

ini lah mak cik ipah tuh...


suasana tempat ternak ikan yang bersih...garenti halal...

SELAMAT HARI IBU

selamat hari ibu untuk pn hor hasnida..

selamat hari bapa..untuk tuah haji abdul rahman

selamat hari ibu untuh hajjah rasimah mansor.....menyambut hari ibu di sg koyan bersama adik beradik yang lain...

Sunday, May 17, 2009

LAGU: GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

SELAMAT HARI GURU


selamat hari guru aku nak ucapkan kat cikgu2 aku..cikgu ani-tadika sg koyan..cikgu2 yang penah ngajar aku di sk sg koyan- yang aku masih ingat-cigku malik, nagajo mate, cikgu baha-bm, cikgu burn-b.i, cikgu ali, serta guru2 lain..seterusnya cigu aku di sma bt talam, ust zahar, ust saleh, uszh maimunah dll. buat cikgu/ustad/ustazah di sma pdg tengku..cigku yatie, cikgu zaleha, ust wan, ust yazid, ust abu samah & ustzh2...ust zuridan, ust adnan, ust faree dll....selamat hari guru...

Thursday, May 14, 2009

GEMA JUMAAT:15 MEI 2009 PAHANG FM

konti tempat aku berceramah..abang nan jadi DJ...

tajuk gema jumaat kali nih berkaitan dengan ujian Allah s.w.t... berlansung secara langsung selama 30 minit sahaja. kali nih hanya sempat jawab 4 soalan sahaja dari en syamsul taman tas, tok janggut, siti ikhlas & pn rohani..aku cuba jawab sebaik mungkin la...masa tak cukup nak hurai panjang...

'ADL ZAHIN

dah pandai berdiri ...tapi kene pegang sesuatu la..... gigi baru ada 6 batang...

Monday, May 11, 2009

Thursday, May 7, 2009

BUNGA KELADI BUNTING

biasanya bunga tidak berapa nak banyak sangat, tapi kali nih agak banyak dari biasa....

BURUNG RAJA UDANG: PEMBURU KELI 2

dengan menggunakan kamera sony CYBER SHOT DSC-S730 7.2 MEGA PIXELS ISO 1250 HIGH SESITIVITY berjaya jugak aku menangkap gambar burung raja wali yang selalu makan ikan keli peliharaan di belakang rumah...

Monday, May 4, 2009

Friday, May 1, 2009

MUSANG: PEMBURU KELI 1

gambar ini berjaya dirakam oleh aku sendiri ketika jam menunjukkan 1230 malam...aku selak je langsir bilik belakang..tiba-tiba aku nampak kelibat haiwan ini, setelah diamati betul sah! inilah musang...dia cuba memancing anak2 keli...sekarang nih aku cuba mendapatkan 1 lagi gambar musuh ikan keli...nak tau ape..tungguuuuuu...