Thursday, July 30, 2009
SEMUA KATA BANYAK KERJA
bila tanya..mesti kata sibuk...banyak kerja..agak2 nye dia je reti sibuk kot...tuh lah kita..bila cerita tentang sibuk...kita nih kalau tak reti nak urus masa..mmg la kata sibuk...dalam dunia allah bg 24 jam je setiap sorang..so kalau orang kata dia sibuk tuh..puncenya:
1-dia memang pemalas.
2-tak boleh tengok orang senang..
3-tak reti jaga dan urus masa...
4-dengki kat orang yang nampak tak sibuk...
5-mmg suka buat2 sibuk...
6-sibuk jaga kerja orang
7-sibuk untuk beralasan..nih yang banyak...manusia suka bagi alasan daripada cuba menerima kenyataan dan memperbaiki keadaan...
..semua tuh aku le tuh.....

Tuesday, July 28, 2009
MASJID KRISTAL
jemaah sedang solat dalam masjid kristal di t'ganu...nih dalam masjid la nih...time baru pas zohor..ada bilal azan...
Friday, July 24, 2009
AL KISAH LILIN OH LILIN
semenjak dua menjak nih isu lilin tanda protes dah acap kali disiarkan dalam akhbar...semalam yang terkini kenyataan yang dikeluarkan oleh tuan ibrahim tuan man.. dalam masalah nih aku dah interview 2 orang bekas paderi di malaysia..2 2 kata bukan budaya atau adat dalam agam kristian..dua2 kata lilin akan dipasang keliling si mati sahaja..takde nye derang pegang2 lilin tuh...kalau ada pun nak bari cerah laluan...so bukanlah menjadi budaya asal agama asal kristian..
cuma ada orang tanya ..kes ds nizar camne..apa yang blogger boleh kata...dia bukanlah buat apa yang dilakukan dalam agama kristian..cuma dia buat menda yang tiada asas..dan boleh menimbulkan fitnah..jadi adalah lebih baik jika dia melakukan apa yang berlandas kepada al quran dan sunnah..sebab tuh orang pas sedikit ragu dengan tindakan beliau...begitu juga jawapan yang diberikan oleh bekas padri tersebut kepada blogger bila ditanya tentang kelakuan ds nizar..
hanya allah lebih mengetahui niat hambanya...semoga allah menjauhkan kita dari terpesong akidah...

Thursday, July 23, 2009
MONUMEN MASJID AL HARAM MEKAH
cubaan melarikan diri gagal..... monumen masjid nih agak besar..dalam dia ada gak bilik tayangan...kalau ada masa pegi la..tengok camne..tapi sekang nih kat mekah masjid nih maybe dah berubah sekt....
Monday, July 20, 2009
ZUHUD
menurut imam ahmad: zuhud ada tiga jenis.
1-meninggal benda yang haram-ini zuhud, kalau kite hentam je makanan tak kira halal ke halam, tuh takde le sifit zuhud dalam diri kita. jenis ini dikenali sebagai zuhud orang awam cam kite la..termasuk penjawat awam, kecuali kenderaan awam & tandas awam.
2-meninggalkan berlebihan terhadap yang halal. mungkin lebih senang katakan kita melimitkan kehendak kita terhadap mende halal contoh mudah beli kasut berpuluh2 pasang.walaupun halal untuk beli...tapi kita jarang pakai ..sedekah ke orang pun dok..last2 buruk gituh je..baru nak beri ke orang...
3-meninggalkan segala sesuatu yang menghalang kita dari mengigati allah s.w.t...

TAHU TAPI TAK SEDAR
jika ditanya siapakah kita di sisi allah s.w.t. ramai yang akan tahu bahawa 'kita' adalah hamba allah s.w.t. namun berapa ramaikah antara kita yang sedar bahawa kita adalah hamba allah s.w.t.
ramaikan manusia tahu kita hamba tapi tak sedar bahawa diri kita adalah hamba allah s.w.t. lebih teruk lagi bila merasakan diri dia seperti tuhan. belagak..sombong..perengus..tamak.. macam2 lagi yang tidak melihatkan diri sebagai hamba.
beza antara tahu dengan sedar adalah tahu bersumberkan maklumat yang dimiliki. manakala sedar pula lahir dari hati beserta dengan penghayatan.
ramai orang tahu sembahyang wajib, tak buat berdosa. tak kurang pule yang tak reti2 nak sambahyang selepas bang (azan)..sebab ape..tahu sembahyang wajib tapi tak sedar sembahyang itu banyak kebaikannya..so tidak dibuatnye..
tak tahu la kite ni sedar ke dah..ke angan dan sedar...

RENUNGAN BUAT PERENUNG
pandangan mata, sifatnye menipu..sebab tuh ada lirik lagu mengatakan...pandangan mata selalu tersasar..pandangan akal pula kerap kali keliru...yang pasti sekali pandangan nafsu yang sifatnye melulu tanpa tuju..maka apakah pandangan paling tepat...pandangan mata hati yang bersumber al quran dan hadis adalah yang paling tepat dan hakiki.
Sunday, July 19, 2009
ini monumen abu nasr parsa, afghanistan. ini sebenarnya makam yang dibina untuk mengenang jasa khwaja abu nasr parsa. beliau adalah ahli teologi terkemuka pada abad ke 17.
MONUMEN KUBBAH AS SAKHRAH JURUSALEM
binaan dia boleh taham gak besor nye.siap ada bilik tayangan yang boleh muat dalam 30 org dalam 1 masa...dalam masjid nih la ada batu yang nak ikut rasulullah g naik ke langit tuh....
TAJ MAHAL DI TAMAN TAMADUN ISLAM
taj mahal, agra di india wujud di taman tamadun islam. menurut sejarah istana ini telah dibina oleh shah jahan sebagai tanda cinta sejatinye kepada mumtaz mahal. nak g india tak dapek buat masa nih..so g je la tamadun islam punya taman..bleh lah tengok...
Thursday, July 16, 2009
ISRAK & MIKRAJ 2
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi s.a.w telah bersabda: Semasa aku dibawa berjalan dalam peristiwa Israk, aku telah bertemu dengan Musa a.s lalu baginda memberi gambaran mengenainya, maka ternyata beliau seorang lelaki yang tinggi kurus dan berambut ikal, seolah-olah beliau seorang lelaki dari Kabilah Syanu'ah. Selain dari itu aku juga telah berjumpa dengan Nabi Isa a.s lalu baginda memberi gambaran mengenainya, ternyata beliau berwajah dan berperawakan sederhana, berkulit merah, seolah-olah baru keluar dari bilik mandi. Kemudian aku bertemu pula dengan Nabi Ibrahim a.s dan baginda menyatakan kepada kami bahawa bagindalah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu dibawa kepadaku dua bekas, salah satunya berisi susu dan satu lagi berisi arak. Dikatakan kepadaku: Ambillah mana-mana satu yang engkau suka, lalu aku mengambil bekas yang berisi susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan kepadaku: Engkau sememangnya telah diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah, seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesatlah umatmu
ISRAK & MIKRAJ
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya(riwayat muslim)
REHLAH KE TTI: MASJID KUDUS MINAR, CENTRAL JAVA INDONESIA
nih la monumen kudus minar, kat jawa tengah. dibina pada tahun1549 oleh sunan kudus. kalau kita tengok reka bentuk binaan nih ia adalah gabungan antara ciri binaan hindu dan jawa. menara masjid nih jelas berbentuk candi yang ditemui di kuil hindu. menurut pandangan ahli sejarah binaan tersebut bertujuan untuk menarik minat penganut hindu dan orang2 jawa memeluk islam...
Wednesday, July 15, 2009
REHLAH KE TAMAN TAMADUN ISLAM T'GANU
rehlah ke taman tamadun islam di t'ganu. rombongan terdiri daripada isteri tercinta, anak2 & mak ayah aku sekali. pergi menaiki avanza 1,5. dari inderapura jam 9 am sampai jam 12 t/hari. boleh tahan juga jauhnye.
gambar atas nih gambar nak masuk ke taman tamadun islam tuh. aku tukang amik gambo..so takde la gambo..anak2 aku sorang aku dukung..sorang lagi lari2 anak ayam....
gambar satu lagi plak..minum2 kat cafe pak wan (kalau x salah la)..sebelum berjalan2 naik buggy... (bawak warga emas kene naik buggy le)..kalau orang muda cam aku..bleh jalan2 jek...ikuti rehlah seterusnya dalam blog akan datang....
Monday, July 13, 2009
WAJARKAH PELAJAR TERSEBUT DIBUANG SEKOLAH
betina mafia...topik yang panas diceritakan tentang budak perempuan bergusti diterengganu.. citer lama dah nih..hari isnin 13 julai kot..semalam tv3 mengatakan bahawa pelajar tersebut dibuang sekolah. persoalannya wajarkan. tiadakah tindakan yang lebih berbentuk asuhan mampu difikirkan oleh JPN ataupun mungkin kementerian. tidakkah JPN terfikir bahawa apabila pelajar tersebutg dibuang sekolah boleh menyebabkan masalah sosial lain akan wujud..malah lebih teruk jika ia melibatkan dadah, seks bebas dan segalanya. lagi pun pelajar tersebut baru 13 tahun..
kalau blogger la..nih cadangan, hantar dia sekolah sukan, latih sukan seperti karate..tea kwan do..silat..ape2 je la seni pertahan diri yang ada dipertandingkan di peringkat antarabangsa. bukan ape..dia punya keberanian tuh payah nak cari..so kita kena salurkan ke tempat yang betul.
teringat blogger sewaktu mengajar di sekolah men koyan. ada anak pakcik tuh..perempuan..comel..form 2. suka monteng sekolah..so blogger report kat bapak dia..gi rumah report..time tuh anak dia takde..kat rumah pakcik tuh duk bancuh simen nak buat rumah dapur. bila blogger citer je..terus nampak muka pakcik tuh berubah..sebab sedih..then dia tanya aku..nak wat camne..iye la anak zaman sekarang nih..kalau marah sure lari rumah...anak comel lak tuh..aku cakap..tak pe pakcik esok..pak cik suruh dia tolong pakcik bancuh simen nih..minggu nih jangan bagi dia sekolah..suh tolong je....bagi je upah rm 3 sehari...pas kejadian tuh..sampai cerah anak dia dok mahu monteng dah..sebab taknak keje camtuh nanti...penat...macam ayah aku buat kat aku kecik2 dulu la...selalu bawak ladang sawit..susun pelepah..angat sawit..tabur baja..sambil dia tanya..penat dak...kalau takne keje cam abah nih..belajo betoi2... :)

KITA GOLONGAN MANA
orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada hari semalam, orang yang terpedaya, orang yang hari ini sama seperti hari semalam. orang yang celaka adalah orang yang hari ininya lebih buruk daripada hari semalam.
Friday, July 10, 2009
UBAH JANGAN TAK UBAH
PPSMI.. emm..puas hati dah la siapa yang duk mintak dbatalkan tuh...macam kelakar sikit..setiap kali tukar pemerintah.mesti ada dasar2 yang ditukar..kata buat untuk rakyat..tapi kadang2 nampak macam rakyat yang kene ikut depa...ingat pasnih nak buat ape2 kene buat undian melalui..tahun nih aku ade kene ngajor budak pre medic ke mesir..semua2 tuh rasanye..zaman PPSMI la...tanya derang ..semua kata ok je...tak de masalah...memang pun..derang pun tak paham mende ape masalah nye...sebab tuh kata ok...
ape2 pun aku tetap setuju jika DIWAJIBKAN kredit untuk subjek Pendidikan Islam.. sebab ape...negara islam kan....tak kan mende kecik cmtuh dok bulih nak wajib...ade oOO..yang tak lulus PI.. aku penah chek...pelik aku kata...sebab dia orang Islam....

Wednesday, July 8, 2009
INGAT! KAMU ADALAH PEMIMPIN
Hadis Ibnu Umar r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin( riwayat muslim).
sebagai pensyarah: perlu memimpin pelajarnya...
sebagai pengarah: perlu memimpin stafnye..
sebagai staff; perlu memimpin dirinye...
sebagai pelajar; harus memimpin diri dan rakannya...;
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

FITNAH MACAM AIR HUJAN
Hadis Usamah r.a:
Nabi s.a.w telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda: Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan( riwayat muslim).
inilah realiti yang sedang berlaku di zaman serba canggih ini. fitnah menjadi makanan sebahagian manusia lain. hati-hati di jalanraya kehidupan ini...
inilah realiti yang sedang berlaku di zaman serba canggih ini. fitnah menjadi makanan sebahagian manusia lain. hati-hati di jalanraya kehidupan ini...
Monday, July 6, 2009
DURHAKA PUNYA ANAK
semalam sambil2 tengok tv3..sungguh sayu aku tengok rayuan seorang ibu kepada anakye..mmg tidak tahu dek untung punya anak..dah la ibu membesar sehingga umur 14 tahun. baru setahun jaggung dah pandai durhaka. betullah firman allah: sesungguhnya harta dan anak2 adalah fitnah... dia tak tahu ke besor dosa dia..menurut berita itu...dipercayai mengikut teman lelaki..astargfirullah..bagai ditebuk jantung nih bila dengar citer macamtuh..ibu tuh dah la 9 bulan mengandung ke dia..2 tahun menyusukan dia lagi..macam tuh balasan dia bagi..berapa hari la kenal jantan yang bawak dia lari tuh....
aku hanya mampu berdoa sahaja..semoga allah s.w.t menjauhkan kejadian tersebut daripada aku, keluarga aku pembaca2 blog ini....aminn....sedih..sedih...anak2 zaman sekarang...
aku hanya mampu berdoa sahaja..semoga allah s.w.t menjauhkan kejadian tersebut daripada aku, keluarga aku pembaca2 blog ini....aminn....sedih..sedih...anak2 zaman sekarang...
Sunday, July 5, 2009
IKAN KELI: SETELAH 3 BULAN BERLALU
nih la panjang dia sekarang nih.dulu time beli besor jari kelingking aje.. 3cm..sekarang nih dah 3 bulan dah lebih sejengkal dah...nak goreng pun bleh dah nih....
Thursday, July 2, 2009
TQ & GOODNYE TO FIZA
doa pembuka majlis oleh a.remy..sempena majlis perpisahan dengan fiza yang tamat praktikal di shahputra .. kak cik buat muka ayu...
aku n a remy....
fiza adalah student paling lama praktikal dengan aku..rerasanya dekat2 6 bulan. daripada kerja paling mudah aku bagi..g beli air untuk aku..sampai keje paling besar..yang orang2 aku caye je aku bagi buat..dia boleh buat..mungkin itu adalah ilmu paling hebat dalam hidup dia kot.. he he...tapi aku buat semak semula..takut2 dia nak ngenat ke aku..tapi alhamdulillah dia ok...tq fiza banyak bantu...bosan2 duk umah....nak rasa keje2 pejabat.datang le la...makan boleh di tanggung....

BERKAWAN DENGAN ANAK
anak adalah anugerah ilahi kepada yang dah berkeluarga. dalam al-quran anak dikatakan ujian kepada ibu bapa. betul sekali. kenyataan tersebut. dalam keadaan anak yang nak membesar, macam2 dugaan yang terjadi. apabila sudah besar lain pula dugaannya. berbalik kepada topik yang hendak dibincangkan. menjadi kawan kepada anak. masalah ini akan dihadapi oleh penjaga yang anaknya sudah berumur mungkin mula 8 tahun. mereka sudah suka mencri kawan untuk berkongsi hobi..ketika ini pintu2 bahaya telah terbuka. ia akan terjadi jika anak kita tersalah pilih kawan..untuk mengelakkan masalah tersebut, ada baiknye kite terlebih dahulu menjadi kawan kepada anak kita. amat mudah caranye, belajar seditik ttg hobi mereka...insa'allah anak akan menjadikan kitaa sebagai 'kawan'nya. dan kita pun tak perlu risau kerana anak tersebut akan mencari kita menghadapi masalah....
Wednesday, July 1, 2009
TAK DE ORANG MISKIN SEBAB RAJIN SEDEKAH
nih kisah petang semalam..sewaktu mundar mandir mencari pemain pingpong staff perempuan..tup..tup..tup..ada suara halus menyeru..ustad..ustad..ustad...aku pun berpaling...ooo...dia nih..aku pun terus mengatur ayat2 manis..ye kak..bleh saya tolong... nak tanya ustad sket nih...sambil senyum...aku pun cakap..banyak pun boleh..nih ha nak tanya pasai zakat pendapatan nih..sambil dia tunjukkan kira-kira yang dia buat..aku pun tengok2 la...emm...sambil urut2 janggut aku yang dah perang2 warnanya...: betul ke kira camnih ust....: betoi sangat..aku kata...
dan2 waktu tuh ada lak kutu menyampuk... ust! zakat pendapatan ade ke..bukan ke zakat simpanan je... emm...mende nak jawab nih ha..betul dah dia kata tuh..setahu aku la..dalam syafie mmg takde zakat pendapatan nih..simpanan kompem ade...aku pun jawab...angap je la sedekah... tekde pun orang miskin sebab rajin bersedekah... sambil aku berjumpa hana..
waktu tuh aku teringat firman allah s.w.t: kamu tidak akan mencapai kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. dan sesuatu yang didermakan maka sesungguhnya allah mengetahui-al-imran:92-

pada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
pada yang sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat
pada yang berbakat dan cendekiawan
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran
pada yang miskin dan kesempitan
murahkanlah dengan senyuman
kita semua harus menjadi pemurah
memberi bukan untuk bermegah
tetapi itu adalah suatu perintah
semai kebaikan
tuailah keredaan
- solusi-
hulurkanlah zakat dan sedekah
pada yang sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat
pada yang berbakat dan cendekiawan
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran
pada yang miskin dan kesempitan
murahkanlah dengan senyuman
kita semua harus menjadi pemurah
memberi bukan untuk bermegah
tetapi itu adalah suatu perintah
semai kebaikan
tuailah keredaan
- solusi-
Subscribe to:
Posts (Atom)