Tuesday, September 29, 2009

KENE GANTI DULU KE! BARU BOLEH PUASA 6

soalan yang diutarakan oleh seorang pensyarah perempuan..masih lagi berkaitan puasa 6. bulan syawal memang soalan2 berkaitan puasa 6 sering ditanya..bagus jugak..ilmu kan... soalan dia adakah kene puasa ganti dulu baru boleh puasa 6..

ceritanya begini, ganti puasa memang hukumnya wajib. kalau tak mampu baru kene fidyah. selagi mampu puasa dia wajiblah ganti. itu secara mudahnya. tetapi hukum menyegerakan ganti itu disukai oleh allah dan rasulnya..

ada ust2 yang mengatakan wajib ganti dulu sebab hutang dengan allah s.w.t.. iye la takut2 mati sebelum berjaya ganti. ini mungkin hanya pandangan sahaja. sedangkan jika merujuk dalam Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Aku mempunyai puasa ganti bulan Ramadan tetapi aku tidak berkuasa menggantikannya kecuali pada bulan Syaaban disebabkan kesibukan dari Rasulullah s.a.w atau kesibukan dengan Rasulullah s.a.w (riwayat muslim)

jika wajib ganti dahulu mana mungkin aisyah r.a akan melambat2kannya biar pun sibuk dengan urusan rasulullah s.a.w, bukankah rasulullah s.a.w juga adalah manusia. sepatutnya beliau menyegerakan berpuasa daripada kesibukan urusan rasulullah s.a.w.

so pada saya tak jadi masalah jika nak puasa 6 dahulu kemudian dituruti dengan qada' puasa tetapi lebih baguslah kalau dia berjaya menganti puasa dan berpuasa 6 berturut dalam bulan syawal juga.

buatlah yang terbaik mengikut kemampuan masing2 agar allah menerima amalan kita.



Monday, September 28, 2009

KENE PUASA 6 HARI BERTURUT2 KE PUASA 6 TU

soalan dari seorang sahabat yang ingin mengetahui jawapan berkaitan persoalan berkaitan puasa enam.. ada orang kata kene berturut2...ada orang kata boleh pecah2... 2 hari buat..2 hari tinggal... so camne...

sebelum jawab kita melihat kepada hadis yang mengalakkan supaya kita berpuasa : daripada abi ayob, rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang berpuasa di bulan ramadan, kemudian diikuti berpuasa enam hari di bulan syawal, seolah2 dia berpuasa setahun.. hadis ini boleh didapati dalam kitab nil autar dan kitab riyad solihin. hadis ini diriwayat oleh imam muslim selain beberapa imam yang lain..

berpuasa pada 6 hari di bulan syawal boleh dilakukan bermula pada raya kedua..raya pertama haram berpuasa...

berbalik kepada soalan di atas, kene berturut2 ke atau boleh pecah2 puasa 6 tuh...

berdasarkan kepada hadis yang disebut di atas, hadis tuh bersifat umum..cuma dikatakan berpuasa enam di bulan syawal... tidak dikatakan berturut2...

so takde masalah la kalau nak berturut2 atau tidak..ikut kemampuan.. kalau mampu berpuasalah berturut2 kerana dalam al-quran allah berfirman yang bermaksdu: bersegeralah ke arah kebaikan... puasa enam tuhkan perkara baik..maka bagus lah disegerakan pelaksanaannya jika tiada aral melintang...

allah jua yang lebih mengetahui....

Sunday, September 27, 2009

SELAMAT BERPUASA ENAM SYAWAL

Dari pada abi ayub r.a, sesungguhnya rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, adalah seperti berpuasa selama setahun (riwayat muslim)

di kesempatan bulan syawal nih, marilah sama2 kita meningkatkan ibadah kita dengan melakukan puasa 6 nih. tak kisah la kalau tak dapat 6 hari berturut2..selang2 seli pun tak pe..yang penting puasa yek... selamat berpuasa 6...

Friday, September 25, 2009

ALHAMDULILLAH SELAMAT DAH SAMPAI RUMAH

alhamdulillah..selamat sampai di rumah kat inderapura jam 330 ptg..sepanjang perjalanan pada hari jumaat..jalan memang clear dari awal perjalanan sehingga sampai rumah. juga tidak kelihatan kemalangan.cuma sepanjang perjalanan ada 3 road block. kat LPT ada 2 rb.

mmg betul la sikap pemandu kat mesia nih mmg teruk..kebanyakkan yang bawak keta wira yang agak2 ganas dengan ezos besar tuh..mmg kurang hajaq bawak kete...tapi tadi ade gak honda civic baru buat lawak bangang...nak pintas time orang tengah berbaris panjang...cemas2 sapu dek lari....

aku rasa kalau ade polis sepanjang jalan pun..masalah tak selesai..sebab ape...SIKAP pemandu sendiri.....sendiri mau ingat la...

Wednesday, September 23, 2009

SALAM HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN.MOHON HALAM MAKAN DAN MINUM JIKA TAK BERBAYAR.KALAU ADA BERUTANG BOLEH LA TUNTUT BESERTA BUKTI YE...

Friday, September 18, 2009

HOO..HOO..HOO..BALIK KAMPUNG

perjalanan daripada taman seri inderapura ,kuantan pahang ke lekir, sitiawan bukanlah semudah dari kuantan nak ke lipis...sekurang2nya 7 jam diperlukan untuk sampai ke destinasi dalam keadaan panduan paling selesa tanpa ada gangguan..termasuk jem..

untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas...raya kali nih...aku memulakan perjalanan pada jam 600 am..selepas solat subuh...dengan kelajuan purata 120km/jam..alhamdulillah aku selamat sampai di kampung wifeku..lekir pada jam 1130 am... 5jam 30 minit lebih kurang.

dari seri inderapura ke genting sempah mengambil masa kurang lebih 2 jam sahaja..dari genting sempah naik ke genting..turun ikut batang kali..lalu ikut kuala kubu baharu..terus naik ke highway tanjung malim...exit pulak ke bidor... dari bidor hala ke teluk intan dalam 4okm,,sampai teluk intan hala ke sitiawan dalam 49km....10 km sebelum sampai bandar sitiawan sampai dah ke kampung sungai limau lekir.

sepanjang perjalanan kali nih tak nampak kemalangan..mungkin terlalu pagi..menurut kak ipar ku yang mula bergerak dari pekan ke sitiawan jam 10 am...ada 4 biji kete masuk longkang kat genting...

tapi..kesesakan ada berlaku di tol selepas bentong dari kuantan...kebanyakan flat keta bermula dengan D so..orang kelantan dah mula gerak balik raya..

apa2 pun berhati2 di jalan raya..semoga kita dapat meraikan hari raya dengan gembira......

Thursday, September 17, 2009

TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA

TERIMA KASIH kerana membebaskan tahanan ISA..dapat gak derang beraya dengan keluarga masing2 tahun ini...cuma kalau boleh kerajaan mempertimbangkan semula perkhidmatan mereka. sian derang takde kerja...kalau boleh biar derang sambung la kerja time mula2 derang kene tahan dulu..ada yang lecturr tuh biar la derang sambung kerja semula. ..ada yang time tuh jadi ustad (kawan aku la tuh pak dol )..lagi pun derang hanya ditahan untuk pemulihan dan tak dikatakan salah pun....betul tak... ke aku salah....apa2 pun terima kasih atas pertimbangan....

TERIMA KASIH SHAHPUTRA

dah lama nak merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli lembaga pengarah kerana bermurah hati untuk bagi duit raya tahun nih. alhamdulillah kepada allah s.w.t kerana membuka hati2 mereka untuk memurahkan hati bagi sumbangan tersebut.

disebabkan semua keperluan raya dan mencukupi, maka duit tersebut bleh la buat rumah terbuka kalau aku rajin nanti...

terima kasih shahputra semoga dimurahkan oleh allah rezeki lagi...

Tuesday, September 15, 2009

KITA CAMNER...BOLEH IKUT KA...

"Ketika berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1985, sepanjang 15 tahun saya bekerja keras dan jarang berkongsi rezeki dengan orang lain. Akhirnya saya tidak mempunyai apa-apa pun.

"Kemudian pada 1995 saya bertemu tokoh agama dan menasihatkan saya supaya selalu bersedekah. Beri dulu tanpa mengharapkan balasan serta merta, suatu hari nanti pasti Tuhan akan membalas segala kebaikan itu. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak rezeki masuk.

'Kejayaan yang dinikmati hari ini berkat usaha dan doa semua kakitangannya. Dalam melakukan apa jua perkara kita mesti berdoa kerana doa mengatasi segala kepandaian serta kepakaran manusia. Jika kita lupakan Tuhan, rezeki akan lari daripada kita'.

ini adalah antara resepi kejayaan yang telah dipraktikkan oleh David Teo. walaupun beliau bukan orang islam..cara amalan dia adalah islam..

untuk muhasabah diri kita..zakat camne..dah bayar ke lum..setakat zakat fitrah tok sah kira la...zakat simpanan kita..dah bayo ke belum....

banyak2 la bersedekah raya nih yek...

MANA ADE AZAN TIME SEMBAHYANG RAYA

karut betul setengah2 orang nih..yang tak best kalau dia kata...ada ustad kata ada azan la....ini jenis manusia yang bila bercakap..seolah2 dia tahu belaka..dialah paling banyak membaca..dia la paling awal masuk syurga..dia la paling warak...pada hal cam hampeh je...cuma kita la tak gamak nak kata hampeh kat dia.....

hari raya memang tiada azan atau iqamah jika merujuk kepada hadis berikut:

Hadis Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun ( Riwayat Muslim ).


jadi dalam bab hukum-hukum nih tanyalah yang berpengetahuan...ust2 pun kadang main cakap ikut dan je...nih lah yang terjadi... harap2 dapat meleraikan kekusutan orang yang bertanya ye....

TAK PUASA PADA HARI RAYA

mana bleh puasa time hari raye bro. ada jugak makhluk allah bergelar manusia nak puasa. tuh bukan dapat pahala dah tuh. dapat dosa adala.. merujuk kepada sebuah hadis

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri) (Riwayat Muslim).


Hadis Ibnu Umar r.a:
Seorang lelaki datang menemui Ibnu Umar lalu berkata: Aku telah bernazar untuk berpuasa satu hari yang kebetulan bertepatan dengan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Aidilfitri. Ibnu Umar r.a berkata: Allah telah memerintahkan agar menunaikan janji dan Rasulullah s.a.w melarang berpuasa pada hari ini ( Riwayat Muslim )

Monday, September 14, 2009

BACALAH KALAU NAK TAU PE CERR..

Berada di akhir 10 Ramadan merupakan kemuncak kepada kemanisan ibadah seorang hamba yang mencari ketakwaan dan keampunan Allah s.w.t. Jika kita berada di awal Ramadan dan pertengahan Ramadan kita hanya digalakkan untuk menunaikan solat taraweh di masjid, sebaliknya pada akhir Ramadan Rasulullah s.a.w telah mengalakkan kita supaya beriktikaf di masjid, seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Daripada aisyah r.a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w beriktikaf di masjid pada akhir 10 ramadan sehingga beliau wafat.. Amalan yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w merupakan galakkan kepada umatnya supaya makin mempertingkatkan lagi amalan ibadah ketika berapda di penghujung Ramadan ini kerana pada malam 10 terakhir Ramadan terdapat suatu malam yang penuh dengan keberkatan dan kesejahteraan kepada umat Islam yang beramal padanya, malam tersebut dikenali sebagai Lailatul Qadr. Malam ini tidak akan dinikmati oleh orang lain melainkan mereka yang beriman dan sering beribadah kepada Allah s.w.t sahaja.

Kehebatan dan kelebihan pada malam Lailatul Qadr ini telah diceritakan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam di dalam Al-Quran melalui dua firmannya iaitu pertama di dalam surah Al-Dhukhan yang bermaksud : Haa, Miim, demi kitab Allah yang menjelaskan. Susungguhnya kami turunkannya pada malam yang penuh keberkatan, malam tersebut dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah.Urusan yang besar dari sisi Kami, Sesungguhnya kami adalah yang menggutus rasul. Rahmat dari tuhan kamu, Dia yang maHa mendengar dan maha mengetahui. ( Surah al-dukhan:1-6 ). Kemudian Allah s.a.w menceritakan tentang kelebihan Lailatul Qadr secara khusus di dalam firmannya yang bermaksud : Sesungguhnya kami telah menurunkannya ( al-Quran ) pada malam Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam lailatul Qadr. Malam yang terdapat kemuliaan padanya melebihi 1000 bulan. Pada malam tersebut, turun malaikat-malaikat jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam tersebut penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar. ( surah al-Qadr:1-5 ).

Daripada kedua-dua surah tersebut adalah surah makiyyah yang mengandungi firman Allah s.w.t yang bermaksud : Sesungguhnya kami telah menurunkannya, Nya di dalam ayat tersebut merujuk kepada ganti nama bagi Al-Quran al-Kareem yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t pada malam Lailatul Qadr. Ini merupakan tanda pertama kebesaran dan kehebatan malam tersebut yang dituntut oleh agama supaya berlumba-lumba untuk memperolehinya. Persoalannya di sini bagaimakah Allah s.w.t menurunkan al-quran pada satu malam sahaja, sedangkan kita sedia maklum bahawa al-quran diturunkan kepada Nabi s.a.w selama 23 tahun secara berperingkat-peringkat. Bagi menjawab persoalan ini, terdapat riwayat daripada Ibn Abbas yang meyatakan bahawa Al-Quran diturunkan dalam jumlah yang satu ke langit dunia, kemudian meletakkannya di Bait Al-Izaah pada malam Lailatul Qadr, kemudian diturunkan ke dunia lebih kurang 23 tahun ( Sunan An-Nasa’e). Manakala menurut Abdullah Bin Hussin Al-Halimi (403H) dan Imam Abi Hussin Al-Mawardi ( 450H ) beliau berpendapat bahawa al-quran diturunkan secara berperingkat ke langit dunia setiap lailatul qadr selama 23 tahun sebelum diturukan kepada Nabi s.a.w. menurut Al-Halimi juga, pada malam tersebut Allah s.w.t akan memaklumkan kepada malaikatnya apa yang akan terjadi kepada anak-anak adam sehingga kepada Lailatul Qadr yang akan datang. Jika diteliti di dalam 5 ayat pertama surah Al-Dukhan, Allah s.w.t menerangkan kepada kita bahawa Lailatul Qadr adalah malam yang penuh dengan mubarakah ini disebabkan pada malam tersebut, diturunkan kepada hambanya yang soleh segala kebaikan dan keberkatan untuk kehidupannya yang mendatang. Pada malam tersebut juga Allah s.w.t akan menetapkan segala urusan hambanya yang berkaitan kehidupan hariannya dengan kekuasaan yang dimilikinya sehingga Lailatul Qadr akan datang.

Manakala di dalam Surah al-qadr pula Allah s.w.t telah menjelaskan secara khusus tentang kelebihan malam tersebut. Melalui surah al-qadr , diterangkan lima kelebihan Lailatul Qadr iaitu pertama : malam yang diturunkan Al-Quran, seperti yang telah diterangkan di dalam ayat surah Al-Dukhan. Kedua, disebut dalam surah tersebut bahawa Lailatul Qadr merupakan malam yang lebih baik 1000 malam iaitu ibadah pada malam tersebut lebih baik daripada beribadah 1000 malam biasa yang tidak terdapat lailatul qadr. Pada malam tersebut ibadah yang dilakukan oleh hamba yang soleh akan dilipat gandakan ganjarannya, doanya akan diperkenankan oleh Allah s.w.t disamping mendapat keredaan allah dalam kehidupannya. Menurut sebuah riwayat: malam tersebut dianugerahkan kepada umat Islam, memandangkan umur yang singkat tidak sepeprti umur-umur umat yang terdahulu, justeru itu dengan umur yang singkat pasti amalan umat Muhammad tidak mampu menyamai amalan umat terdahulu, sedangkan umat Muhammad adalh sebaik umat manusia, maka Rasulullah s.a.w memohon kepada Allah sesuatu, lalu diperkenankan lailatul qadr ( riwayat imam Malik ). Manakala menurut Imam Baihaqi pula Rasulullah s.a.w telah menceritakan tentang tentang seorang lelaki daripada keturunan bani Israel yang berjihad di jalan Allah s.w.t selama seribu tahun, perkara ini menakjubkan orang mukmin ketika itu, maka turunlah keterangan tentang Lailatul Qadr. Kedua-dua hadis di atas diragui tentang tahap kesohehannya, namun apa yang pasti Lailatul Qadr adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad berdasakan kehendaknya. Hal ini telah disebut dalam sebuah hadis soheh yang bermaksud : Sungguhnya rasulullah s.a.w telah bersabda, perumpamaan kamu dan ahli kitab adalah seperti membayar upah orang gaji. Maka Rasulullah s.a.w bertanya: siapakah ingin berkhidmat untuk ku dari pada terbit matahari sehingga separuh hari dengan upah qirat. Orang yahudi melakukannya. Kemudian beliau bertanya lagi : siapakah ingin berkhidmat untuk ku dari pada tengah hari sehingga Asar dengan upah qirat. Maka yahudi melakukannya. Kemudian beliau bertanya lagi : siapakah ingin berkhidmat untuk ku dari pada asar sehingga tengelam matahari dengan upah 2 qirat. Maka kamu melakukannya wahai orang islam. Yahudi dan nasrani menjadi marah, lalu mereka berkata: Mengapakah kami melakukan pekerjaan yang sama tetapi mendapat sedikit ? lalu rasulullah bertanya adakah kamu mendapat kurang daripada hak kamu, mereka menjawab, tidak, maka rasulullah s.a.w berkata: maka kemuliaan ku ingin memberi kepada sesiapa yang aku kehendak.( Riwayat Bukhari Di Dalam Jamik Sohih ). Merujuk kepada hadis ini, Lailatul Qadr adalah kehendak allah s.w.t untuk dikurniakan kepada umat islam, pendapat ini yang paling disokong.

Manakala kelebihan Lailatul Qadr yang ketiga ialah malam yang dikunjungi oleh para malaikat yang diketuai oleh Jibril a.s bagi memperlihatkan betapa ramai hamba-hamba Allah s.w.t di dunia ini sedang berpesta ibadah dengan sujud beribadah dan memohon keredaan kepada Allah s.w.t. Terdapat riwayat yang mengatakan Allah s.w.t mengizinkan malaikat turun pada malam tersebut bertujuan untuk menafikan pandangan malaikat yang mengatakan ciptaan manusia hanya akan mengundang perbalahan dan pergaduhan sahaja di awal ciptaan Adam a.s. Kelebihan keempat Lailatul Qadr adalah malam yang penuh kesejahteraan bagi hamba yang soleh, malam yang tidak diturunkan oleh Allah s.w.t melainkan kesejahteraan ke atas hambanya yang beribadah kepadanya pada malam itu. Menurut ibn Abbas pada malam tersebut malaikat akan mengucapkan salam kepada seluruh umat islam kecuali peminum arak dan pelaku maksiat. Sesiapa yang didoakan kesejahteraanoleh malaikat maka akan diampunkan dosa-dosanya. Manakala kelebihan yang terakhir Lailatul Qadr seperti yang yang telah disebut di dalam surah Al-Qadr ialah memperoleh kemulian dan kebesaran di sisi Allah s.w.t. pada malam tersebut pintu-pintu rahmat akan dibuka oleh Allah s.w.t daripada awal malam sehingga tengelam matahari.

Kesemua kelebihan ini adalah khusus untuk umat Islam sahaja. Sama-sama kita melipat gandakan ibadah pada akhir 10 ramadan ini semoga memperoleh Lailatul Qadr dan dendapat keampunan Allah s.w.t. rasulullah s.a.w bersabda : Barang sesiapa yang beramal dimalam lailatul qadr dengan keikhlasan dan keimanan, diampunkan dosa-dosa yang terdahulu ( Riwayat Bukhari ).

KENE CUCUK UBAT BATAL KE DOK

kene cucuk ubat..orang kampung kabo kene injet guna jarum...hukum nye tak batal..ada jugak yang tanya..kalau sapu vick kat hidung batal ke dok...hukumnye tak batal jugak ...yang batal kalau ada mende masuk dalam tekak sehingga mende tuh masuk dalm perut..baru batal..kalau selain mende tuh dok batal la...

Sunday, September 13, 2009

TANDA TELAH BERLAKUNYA LAILATUL QADR

tanda telah berlakunya malam qadr.. berdasarkan sebuah hadis yang dikeluarkan oleh imam muslim daripada ubai bin ka'ab tentang malam qadr. sesungguhnya berlaku pada malam ke 27. berkata zar bin habish: atas dasar apakah engkau mengatakan demikian itu. beliau menjawab: rasulullah s.a.w memberi tahu tanda berlakunya malam qadr adalah matahari terbit tanpa pancarannya...

ini adalah tanda paling tepat yang dipersetujui berdasarkan hadis.. menurut pandangan sarjana islam , matahari tidak memancar disebabkan malaikat terlalu banyak pada malam tersebut, bumi padat dengan kunjungan malaikat. ini hanya sebahagian pandangan.

ada juga hadis2 lain yang menceritakan apabila berlakunya malam qadr suasana sunyi sepi akan melanda, keadaan cuaca pula tidak panas dan tidak sejuk, bulan menjadi separuh.

walau bagaimana pun tanda paling tepat adalah berdasarkan kepada hadis yang disebut mula2 tadi...ini pandangan kebanyakan sarjana islam.

yang penting..malam tersebut hanya untuk hamba2 yang terpilih sahaja. takpelulah kita nak declare yang kita dapat malam qadr..hanya allah s.w.t berhak menentu malam tersebut milik siapa....

allah jua lebih mengetahui dari segalanya...

RASULULLAH TAHU KE TAK BILA BERLAKU LAILATUL QADR ?

soalan cerdik yang menyebabkan aku terpaksa ignore dulu msg student aku.... kerana ingin mencari jawapan yang menyakinkan..bukan sekadar jawapan..beserta fakta2 yang boleh dipercayai....

al-hafiz ibn hajar dalah kitab fath al-bari mengatakan : sesungguhnya rasulullah s.a.w mengetahui bila akan berlaku lailatul qadr... ini merujuk kepada sebuah hadis abdullah bin ubais, beliau bertanya kepada rasulullah s.a.w: wahai rasulullah, bagi tahu kepada ku bilakah akan berlakunya lailatul qadr: rasulullah s.a.w berkata: jika seluruh umat islam tidak meninggalkan solat malam, akan aku beritahu engkau (dikeluarkan oleh al-thabrani dalam Al-Kabir).
banyak lagi hadis2 yang maksudnya lebih kurang macam di atas ada kata 7 terakhir ramadhan, 10 ramadhan terakhir, malam 27 ramadhan ke atas.. ini semua merujuk kepada hadis2 tertentu...

kesimpulan daripada hadis tersebut dapatlah dikatakan bahawa rasulullah s.a.w mengetahui bila berlaku malam tersebut, tetapi allah s.w.t mahu baginda merahsiakannya supaya umat islam terus mencari malam tersebut di samping mereka terus menghidupkan malam. hanya yang istiqamah dalam mengerjakan ibadah malam terakhir 10 ramadhan sahaja akan mendapat malam lailatul qadr...

allah jua lebih mengetahui segalanya..jika ada maklumat tak betul....betulkanlah ye...

Thursday, September 10, 2009

DIAKHIR GARISAN

hari nih sudah bermula 10 malam terakhir dalam bulan ramadhan...renungkan hadis2 ini...

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan
..

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut ..

di saat2 hujung ramadan inilah sebenarnya kita boleh melihat bagaimana KPI kita di bulan ramadhan ini. kalau awal2 dulu.kita mungkin semangat untuk bersahur...hari ini adakah kita masih bersemangat seperti hari mula2 kita menyambut ramadhan..

kalau awal2 ramadhan dulu..berbondong2 umat islam ke surau @ masjid untuk taraweh..hari ini lihatlah di surau2 atau masjid2..apa yang telah terjadi..hanya tingal imam, bilal dan ajk sahaja...di manakah kita...

tak hairanlah kenapa lailatul qadr ditetapkan dihujung2 ramadhan dan tarikhnya pula disembunyikan oleh allah s.w.t...supaya umat islam yang masih maintain dengan kekebalan melawan nafsu malas untuk meneruskan pesta ibadah mencari-cari malam tersebut..itulah yang turut dilakukan oleh rasulullah s.a.w di bulan ramadan...

erti kata mencari lalatul qadr tidak bermaksud kita bersengkang mata untuk tidak tidur...apa yang perlu hanya bangun awal sedikit bersahur dicadangkan bangun pukul 4 pagi sudah memadai..mulakan dengan mandi agar tubuh segar..diikuti solat sunat wudu'-solat hajat-istighfar-baca al-quran-bersahur-sambung baca al-quran dan berdoa..

antara kelebihan lailatul qadr yang dijelaskan al-quran ialah:
  • diturunkan al-quran
  • malam yang lebih baik daripada 1000 bulan jika beribadah di dalamnya.
  • jibril turun bersama malaikat2 lain untuk memakmurkan dan mengaminkan doa2 orang yang beribadah.
  • kesejahteraan sehingga terbit fajar..
bukan tempoh singkat sebenarnya kesejahteraan akan diperolehi pada malam tersebut..amat beruntunglah orang yang melakukan sahur dan terus beribadah..kalau penat sangat..lepas terbit matahari tuh tido lah sekejap... somoga tidak hangat hanya diawal ramadhan...diakhirnya......

inilah yang dikatakan DIAKHIR GARISAN..diakhir ituh yang memberi keputusan paling tepat..analoginya seperti pecutan Usain Bolt..awal pecutannya sama atau sedikit kebelakang di bandingkan dengan pelari2 lain..tapi diakhir garisan ...lu pikir la sendiri....




j

,



Tuesday, September 8, 2009

KAJIAN HEBAT MEROTAN

Mantan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dr. Boris Efimovich Nemtsov mendedahkan bahawa Rusia telah kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 orang akibat daripada masalah ketagihan arak. Bayangkan, sekitar 72 % kes pembunuhan yang berlaku di Rusia adalah berpunca ataupun berkait dengan akibat arak. Begitu juga kira-kira 42 % kes mati bunuh diri juga dikaitkan dengan masalah arak.

Justeru, 3 orang saintis Rusia dari Institute of Hygiene in Novosibirsk yang dianggotai oleh Dr. Guerman Pilipenko (pakar Psikologi), Dr. Marina Chujrova (pakar Psikiatri) dan diketuai oleh Dr. Sergei V Speransky telah membuat satu kajian yang mendalam. Dr. Speransky merupakan pemegang Ph.D Biologi, pengkhususan dalam bidang Toxicology serta pakar dalam lapangan Parapsychology.

Pasukan beliau telah menemui satu dapatan bahawa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar menghilangkan ketagihan arak. Lebih menarik, kaedah merotan juga didapati mampu menyelesaikan pelbagai penyakit termasuklah tekanan perasaan.

Akhbar Izvestia pada 26 Mac 2005 telah melaporkan kenyataan para saintis tersebut :

"Caning releases endorphins, the body's natural 'happy chemicals', and that leads to feelings of euphoria, a reduction of appetite, the release of sex hormones and an enhancement of the immune response, and they have a similar effect on pain as drugs such as morphine and codeine, but do not lead to addiction or dependence"

Maksudnya : "Hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira. Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.

Dr. Speransky mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah-sekolah Britain pada kurun sebelum ini telah terbukti berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan. Menurut beliau, rawatan tersebut terbukti berkesan. "Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu", ujarnya lagi.

Dalam kajian tersebut, saintis Novosibirsk mencadangkan agar proses terapi rotan diadakan sebanyak 30 sesi membabitkan sebanyak 60 kali rotan ke atas punggung seseorang yang berbadan sederhana.

Dr. Marina Chujrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi tersebut. "Pada mulanya mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan," katanya.

Pasukan perubatan Russia menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan bayaran £57 (RM 342) bagi sesuatu rawatan biasa.

http://www.news-medical.net/news/2005/03/29/8788.aspx


LOKASI PERANG BADAR

PEPERANGAN AWAL PENENTU DALAM ISLAM

berikut adalah fakta2 lain berkaitan peperangan badar kubra:

  • kadar kekuatan tentera islam mengikut kitab2 sirah nabi : 313@314@317, iaitu muhajirin 82@83@86 al-Aws 61 & khazraj 170 orang. 2 ekor kuda milik milik zubir al-awwam dan miqdad al-aswad & 70 ekor unta.pemimpin tentera: rasulullah s.a.w.
  • kadar kekuatan tentera makkah (quraish). 1300 orang. 100 kuda. 600 perisai. bilangan unta pula terlalu banyak. pemimpin tentera: abu jahal. makanan mereka: 9-10 unta akan disembelih setiap hari.
  • iblis telah menyerupa suraqah bin malik ibnu jasyam al-mudlaji iaitu ketua kabilah banu Kinanah. ini disebabkan dalam perjalan untuk berperang tentera quraish teringat bahawa mereka bermusuh dengan Banu Kinanah, mereka khuatir akan ditikam dari belakang.
  • qafilah abu sufian berjaya menyelamatkan diri dari tentera madinah setelah menukar arah tidak melalui badar sebaliknya bergerak ke arah pantai sebelah barat. sepatutnya tidak berlaku peperangan kerana qafilah abu sufian sudah selamat. lalu abu sufian hantar wakil kepada tentera quraish yang sedang bergerak ke badar melalui wadi asafan-qadid-juhfah supaya berundur dan pulang ke mekah
  • tentera mekkah pada awalnya bercadang untuk berunduk tetapi abu jahal yang bongkak mengatakan: Demi tuhan kita tidak akan pulang melainkansetelah kita sampai ke badar. di sana kita akan berkemah tiga malam.kita sembelih sembelihan.kita makan sepuas-puasnya, kita mabuk2.kita berhibur dengan artis sehingga dengan itu kita akan di dengar oleh bangsa arab tentang pergerakan dan perhimpunan kita seterusnya mereka akan gerun dengan sikap kita selama-lamanya.
  • banu zuhrah telah menarik diri dari peperangan tersebut. tentera qurai kekurangan 300 orang. al-khanns bin syuraiq mengatakan barang dagangan mereka sudah selamat bersama abu sufian tidak perlu peperangan...bersambung lagi.....

Monday, September 7, 2009

PERISTIWA RAMADHAN : BADAR KUBRA

peperangan badar kubra merupakan peperangan pertama yang diketuai oleh rasulullah s.a.w. peristiwa ini berlaku pada bulan ramadhan. peperangan ini merupakan perancangan allah s.w.t untuk menaikkan nama agama islam selepas berlakunya peristiwa hijrah. sebenarnya umat islam yang dipimpin oleh rasulullah s.a.w ketika itu, bukan nak perang pun, cuma mereka ingin merampas barang dagangan orang quraish yang diketuai oleh abi sufian al-harb sebagai ganti rugi orang2 muhajiran yang meninggalkan mekah.

untu tujuan rampasan tersebut rasulullah s.a.w keluar brsama 300 lebih umat Islam, untuk sekat rombongan tersebut. nak menjadikan cerita..ketika itu abi sufian pulak hantar dia punya spy supaya meninjau2 apa yang berlaku dihadapan...jadi dia dapat tahu cerita ini, maka mengelabahlah abi sufian ni...lalu dia manghantar pula ibn amru al-ghaffari ke mekah supaya bagi tau orang quraish..orang silam nak rampas harta mereka..maka keluarlah orang quraish seramai 1000 orang lebih....begitulah punca macam mana peperangan tersebut terjadi....itulah rancangan allah s.w.t...nanti akan bersambung..kisah2 yang berlaku sepanjang peperangan...

Friday, September 4, 2009

KAEDAH HUKUMAN SEBAT MENGIKUT SYARAK

alhamdulillah..dah ada dah badan yang berkaitan menghuraikan isu sebat nih... biar jelas sikit...yang bercakap tentang nih pun adalah orang yang berhak untuk berkata..pasnih..takyah la ade orang yang2 tak tau pe2 nak cakap pandai suruh pinda itu..pinda ini la..mende dah wujud sejak zaman nabi lagi dah....nak baca lanjut sila click sini

lawak jugak rasa..tak tau la orang lain..camne peruntukan dah ade tapi tak de orang nak laksanakan..bukan ke yang meluluskan sebarang peruntukan enakmen atau undang2 tuh peringkat parlimen....sepatutnye..takde masalah.....semoga allah s.w.t memudahkan segala urusan golongan beriman denganNya...

Thursday, September 3, 2009

HARUS BERJIMAK DI BULAN RAMADHAN

nih pun soalan jugak..ust ape hukum berjimak di bulan ramadhan...nak jawab nih kene jawab habis...

jawapannya harus jimak di bulan ramadhan ketika waktu malam puasa..bila sebut malam nih maknanya selepas berbuka sehingga sebelum subuh la....nak begulung ke..beguling ke lantok awok la...malam ok..ini merujuk kepada firman allah s.w.t yang bermaksud: dihalalkan bagi kamu malam puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu..(al-baqarah:187)

tapiiiii...awas..jangan terbabas disiang hari..berjimak di siang hari...batal puasa..walaupun tak sempat keluar air mani....ini merujuk kepada firman allah s.w.t: janganlah kamu mencampuri mereka itu (al-baqarah:187)..


HUKUM MANDI WAJIB SELEPAS SUBUH

soalan nih diperolehi melalui email yang aku dapat pagi ini, apa hukumnye ust..lebih kurang camtuh la....

kalau tanya batal atau tidak puasa jika mandi wajib@junub@hadas besar selepas waktu subuh di bulan ramadan.....maka hukumnya tidak batal puasanya..dalam kitab sahih muslim ada riwayat yang menceritakan bahawa rasulullah s.w.t bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasanya...

jelas dari hadis tersebut tiadalah terbatal puasanya, begitu juga jika bermimpi di siang hari sehingga mengeluarkan air mani..maka tiadalah batal puasanya...


MENGHAYATI NUZUL A-QURAN

nuzul al-quran bermaksud penurunan al-quran. perkara ini telah diprbincangkan oleh sarjana2 islam terdahulu sehingga kini. berikut adalah beberapa maklumat berguna untuk dikongsi bersama. jika ada kesilapan fakta harap diberi teguran.
  • al-quran diturunkan pada bulan ramadhan, ini berdasarkan firman allah swt dalam surah al-baqarah yang bermaksud: bulan ramadhan yang diturunkan padanya al-quran.
  • al-quran diturunkan secara jumlatan (keseluruhannya) daripada langit bumi ke baitul izzah pada malam lailatul qadr di bulan ramadhan .pandagan ini merujuk kepada tafsiran firman allah s.w.t dalam surah al-qadr ayat 1.
  • wahyu pertama diturunkan kepada rasulullah s.a.w juga diturun pada bulan 21 ramadhan beberapa tahun sebelum hijrah bersamaan 10 ogos 610 m di gua hira'. bermula detik itu al-quran diturunkan secara berperingkat2.

Wednesday, September 2, 2009

USAH BIMBANG JIKA BETUL2 CARA ISLAM

hari nih dalam sinar..terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi penyokong pas kebangsaan hu pang chaw yang secara kesimpulannya berkaitan dengan suara mereka tidak diambil kira dan hak mereka dipinggirkan.

usahlah bimbang jika dasar islam tersebut betul2 dilaksanakan kerana ia pasti akan memelihara hak. mungkin dia boleh merujuk buku2 sejarah islam yang banyak terapat di kedai2 buku. sama ada dalam bahasa melayu inggeris atau sebagainya. bagaimana sejarah pimpinan islam yang diterajui oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat mampu membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada seluruh umat manusia bukan islam sahaja. mungkin sekarang orang non islam takut, hanya mereka akan dihukum jika melaksanakan hukum islam...lagi pun sekarang nih ramai suka menjatuhkan hukum sangat..bercakap pulak dalam nada agak bongkak..memperkatakan tentang islam..faktor tidak tertarik...membaca sejarah2 islam adalah satu cara terbaik dicadangkan kepada hu pang chaw bagi mengurangkan kerisauan tersebut.

namun jika sebaliknya islam atas kepentingan politik atau sebagainya...kawe tak berani nak jamin lah.....

blogger ingat satu ketika berborak dengan orang asli di cameron, tanya kenapa tak peluk islam kalau dah tau banyak pasal islam..jawapan yang diterima islam teruk sangat..suka gaduh2...dalam tv cite gaduh2..dalam surat kabar..cite gaduh...pemimpin pun suka gaduh2... kefahman orang asli nih adalah orang islam adalah melayu....patut la pun....