Friday, February 26, 2010

PROGRAM PERAMAH: MELAWAT HAMBA ALLAH YANG MEMERLUKAN BANTUAN

bantulah mereka ini, dari sudut material atau sokongan moral...

lawatan sebegini akan meningkatkan kesyukuran kita kepada allah dan betapa pentingkan kesihatan dalam kehidupan....

emm...
kita terus adakan program sebegini..untuk membuka mata orang ramai..khusunya pihak2 bewajib yang tak berapa rajin nak turun..kemudian mengatakan..bla..bla..bla....bagus sangat program camnih...

SEPANJANG PROGRAM PERAMAH

peserta pertama: en megat. boss felda wilayah...

tengah siapkan barang2 sebelum peserta datang...

student tengah siapkan keperluan sebelum peserta datang serbu...

tengah memikir la nih..guana nak pasang...ikut korang la..janji siap japkan...

muka tension..menunggu student, lin & hajar yang taksiap2 lagi bersolek...

SEKIAN LAMA MENYEPI: PROGRAM PERAMAH

PEGAWAI-PEGAWAI JAIP DAN FELDA SELANCAR BERSAMA KRU SHAHPUTRA

dari kiri berdiri: lien, radeen, aku letuh, acap nursing, hajar
depan2 tuh semua student.tak ingat nama daa.

inilah my team yang bergerak bersama dalam menjayakan program mesra dakwah yang berlansung di felda selancar pada 24 Februari 2010.

alhamdulillah program berjalan lancar seperti yang dirancang. sambutan dan layanan kepada kru-kru kami nih..subhanallah..antara yang terbaik pernah aku terima..daripada makan sampai persiapan tempat segala2nya diuruskan dengan baik sekali.


Monday, February 8, 2010

Sunday, February 7, 2010

SURAT DARI RASULULLAH

Hadis Abu Sufian r.a katanya:
Setelah aku berpisah dengan Rasulullah s.a.w dalam tempoh yang agak lama, pada waktu itu aku berada di Syam maka telah sampai sepucuk surat dari Rasulullah s.a.w yang ditujukan kepada Raja Hiraqal Pembesar Empayar Rom. Dahyat Al-Kalbi telah membawa surat tersebut dan menyampaikannya kepada pembesar Busra. Maka pembesar Busra telah membawa surat tersebut kepada Raja Hiraqal. Lalu Raja Hiraqal bertanya: Adakah di sini terdapat seorang lelaki dari kaum orang yang mendakwa sebagai Nabi ini? Orang-orang yang ditanya menjawab: Ya! Ada. Aku pun dipanggil bersama beberapa orang Quraisy yang lainnya, maka kami pun terus masuk menghadap Raja Hiraqal. Setelah dipersilakan duduk di hadapannya, Raja Hiraqal mula mengajukan pertanyaan: Adakah di antara kamu ini orang yang paling dekat nasab keturunan dengan seorang yang mengaku sebagai Nabi ini? Abu Sufian menjawab: Aku! Kemudian beliau menyuruh aku duduk lebih dekat di hadapannya. Sementara itu sahabat-sahabatku yang lain dipersilakan duduk di belakangku. Kemudian Raja Hiraqal mempersilakan juru bicaranya (penterjemahnya) dan berkata: Katakan kepada mereka yang berada di hadapanku ini, bahawa aku bertanya mengenai seorang lelaki yang telah mengaku sebagai nabi. Jika beliau berdusta kepadaku, bererti maka berdustalah beliau. Berkata Abu Sufian Demi Allah, sekiranya aku tidak bimbang pendustaanku akan diceritakan oleh sahabat-sahabatku di negeriku nanti, nescaya aku memilih berdusta. Melalui juru bicaranya Raja Hiraqal mula mengajukan pertanyaannya: Bagaimanakah nasab (keturunannya) di kalangan kamu? Aku menjawab: Di kalangan kami beliau mempunyai nasab (keturunan) yang cukup mulia. Beliau (Raja Hiraqal) bertanya lagi: Adakah terdapat di antara nenek moyangnya yang pernah menjadi raja? Aku menjawab: Tidak ada! Beliau (Raja Hiraqal) bertanya lagi: Adakah kamu pernah mencurigainya berdusta sebelum beliau mengatakan apa yang sudah dikatakannya? Aku menjawab: Tidak! Beliau (Raja Hiraqal) meneruskan pertanyaan: Siapakah yang menjadi pengikutnya? Adakah mereka terdiri dari kalangan orang yang mulia atau dari kalangan orang yang lemah? Aku menjawab: Para pengikutnya adalah terdiri dari kalangan orang yang lemah. Beliau terus bertanya: Adakah pengikutnya semakin berkurang atau bertambah? Aku menjawab: Tidak! Bahkan semakin bertambah. Beliau bertanya lagi: Adakah terdapat salah seorang dari pengikutnya yang keluar atau murtad dari agamanya kerana tidak suka kepadanya? Aku menjawab: Tidak pernah! Beliau bertanya lagi: Bagaimana dengan peperangan? Aku menjawab: Peperangan yang terjadi antara kami dengannya seimbang, adakalanya kami mendapat kemenangan dan adakalanya kami menerima kekalahan. Beliau bertanya: Adakah beliau pernah khianat? Aku menjawab: Tidak! Selama hidupku aku tidak pernah melihat beliau berbuat seperti itu. Beliau bertanya lagi: Adakah ucapan ini pernah diucapkan oleh seseorang sebelumnya? Aku menjawab: Tidak pernah! Kemudian Raja Hiraqal memerintahkan juru bicaranya supaya menyatakan (isi hatinya) bahawa: Ketika aku tanyakan kepadamu mengenai nasab (keturunannya), kamu menjawab sesungguhnya (Muhammad) adalah seorang yang mempunyai nasab (keturunan) yang baik dan memang begitulah keadaan para rasul apabila diutus di kalangan kaumnya. Ketika aku tanyakan kepadamu adakah nenek moyangnya (Muhammad) ada yang pernah menjadi raja, kamu menjawab tidak ada sama sekali. Jadi itulah yang membuatkan aku kagum kerana dengan kedudukannya atau kebesarannya sekarang bukan merupakan warisan dari nenek moyangnya. Ketika aku tanyakan kepadamu mengenai para pengikutnya, kamu menjawab bahawa para pengikutnya terdiri dari orang-orang yang lemah dan mereka itulah pengikut para rasul. Ketika aku tanyakan kepadamu adakah kamu pernah menuduhnya berdusta tentang apa yang diucapkan, maka kamu menjawab bahawa beliau tidak pernah berdusta samada sesama manusia apalagi kepada Allah. Maka bagiku memang itulah sifat seorang rasul. Aku tanyakan kepadamu adakah salah seorang dari pengikutnya ada yang keluar dari agamanya (murtad), maka kamu menjawab tidak pernah ada dan begitulah keimanan beliau apabila terpancar di sudut hati dan berseri-seri. Ketika aku tanyakan kepadamu adakah para pengikutnya berkurang atau bertambah, maka kamu menjawab pengikutnya semakin bertambah dan demikian itulah keimanan yang sempurna. Aku bertanya kepadamu adakah kamu pernah memeranginya, maka kamu menjawab pernah, di mana kadangkala kamu menang dan kadang-kala kamu tewas. Demikian itulah para rasul harus dicuba terlebih dahulu sebelum mereka menerima ganjaran yang baik. Aku bertanya kepadamu adakah beliau pernah khianat, maka kamu menjawab bahawa beliau tidak pernah khianat. Jadi begitulah sifat para rasul. Aku bertanya kepadamu adakah ucapan ini pernah diucapkan oleh seseorang sebelumnya, kamu menjawab tidak pernah seorang pun sebelumnya yang mengucapkannya. Kalau begitu beliau (Muhammad) benar-benar orang yang sangat istimewa. Melalui juru bicaranya lagi, Raja Hiraqal bertanya kepadaku: Apakah yang telah diperintahkan oleh beliau (Muhammad)? Aku menjawab: Beliau memerintahkah kami supaya mendirikan sembahyang, membayar zakat, menghubungkan Silaturahim dan mencegah dari perkara-perkara yang diharamkan. Kemudian Raja Hiraqal berkata: Sekiranya apa yang kamu katakan ini benar, maka beliau (Muhammad) memang benar-benar seorang nabi. Aku tahu sesungguhnya beliau adalah seorang yang sungguh luar biasa dan aku sama sekali tidak menyangka bahawa seorang Nabi telah muncul dari kalangan kamu. Oleh itu, secara jujur aku katakan bahawa aku benar-benar ingin berjumpa dengannya. Seandainya aku berada di sisinya, nescaya aku akan membasuh kedua telapak kakinya dan akan meletakkan kekuasaannya di atas kedua telapak kakiku. Setelah itu raja Hiraqal meminta supaya diambil surat yang telah dikirimkan oleh Rasulullah s.a.w lalu membacanya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Dari Muhammad utusan Allah ditujukan kepada Hiraqal pembesar Empayar Rom. Salam sejahtera buat mereka yang sentiasa mengikuti kebenaran. Sesungguhnya aku menyerumu untuk memeluk Islam. Masuklah Islam semoga kamu akan tenteram. Masuklah Islam nescaya Allah akan menganugerahkan kepadamu dua pahala sekaligus. Jika kamu menolak dari ajakan yang mulia ini, maka kamu akan menanggung dosa yang teramat besar. يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَنْ لَا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ Yang bermaksud: Wahai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, iaitu kita tidak akan sembah melainkan Allah dan kita tidak akan menyekutukan-Nya dengan sesuatupun dan tidak pula sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling (tidak mahu menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu, bahawa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada Islam (Allah). Setelah selesai membaca surat tersebut terdengar suara teriakan yang nyaring. Kami diarahkan supaya keluar. Maka ketika itulah aku berkata kepada sahabat-sahabatku: Inilah bukti bagi Ibnu Abu Kabsyah yang selalu ditakuti kemunculannya oleh raja orang-orang Rom Bani Asfar. Raja Hiraqal berkata: Aku yakin bahawa seruan dan ajakan Rasulullah s.a.w pada suatu masa nanti pasti akan muncul sehingga Allah berkenan memasukkan aku ke dalam Islam

Wednesday, February 3, 2010

UST! TOLONG BUAT DOA UNTUK MAJLIS KAMI

..boleh je.. amik petang nih yek..kul 4 kang...

nih doa dah siap..baca la nanti yek..

Bismillah hi rahma ni rahim

Dengan nama allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani,

Kami panjatkan puji kepada Mu Ya Allah, Tuhan yang menghakimi hari pembalasan, Tuhan yang mencipta seluruh alam, Tuhan yang mencipta malam dan siang, Tuhan yang pengasih, tuhan yang penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi muhammad s.a.w, kepada isteri-isteri baginda,anak-anak baginda, sahabat-sahabat baginda dan sesiapa yang mengikuti ajaran baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah ............................................................................ sebagai malam yang penuh dengan kerahmatan mu dan keampunan Mu.

Ya Allah,

Andainya rahmatMu kunjung tiba ketika ini,saat ini, detik ini, permudahkanlah hati kami menerima hidayah mu untuk melaksanakan segala tuntutan agama Mu,

Ya Allah,

Andainya kemurkaan Mu memuncak tiba, kami amat memohon keampunan Mu, janganlah Engkau menyeru malaikat Mu menjemput ajal kami dalam keadaan kami leka kepada Mu, Janganlah engkau mencabut nyawa ini ketika kami leka dengan tipu daya nikmat keindahan dunia Mu

Sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri dengan melakukan pelbagai maksiat terhadap mu, mengingkari tuntutan mu dalam memelihara aurat kami, meninggalkan dan meringankan tuntutan solat kepada Mu, mementingkan urusan dunia melebihi urusan terhadap Mu dan jika Engkau tidak mengampuni kami serta memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang dilaknati oleh Mu.

Ya Allah

Tutupilah diri kami dari azab neraka Mu, seperti mana kami menutupi aurat kami di dunia ini, jauhi kami dari azab neraka mu, seperti mana kami menjauhi diri kami dari melakukan maksiat terhadap mu. Dirikan untuk kami syurga Mu, seperti mana kami mendirikan solat terhadap Mu, alunkan kami dengan alunan khabar gembira Mu sepertimana kami mengalukan zikir terhadap Mu.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hati kami mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diri kami dan bertambah baik urusan agama kami, terpelihara segala sesuatu yang jauh dari kami dan terangkat apa yang dekat dengan kami, disucikan segala perbuatan kami dan dicerahkan wajah kami dengan cahaya –Mu , diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diri kami dari segala sesuatu yang menjelekkan.

Amin...amin...ya rab bal alamin.