Friday, May 28, 2010

SEPANJANG PROGRAM PERAMAH DI LEPAR HILIR

tu dia.siap je terus ade orang datang.nih antara peserta2 awal la nih.

time nih tengah nak set up tempat pemeriksaan.

dalam dewan nih lah tempat pemeriksaan dijalankan.
tempat ok sangat.

pemeriksaan kesihatan dilakukan di dewan utama pejabat felda lepar utara. maknanya selesa la.bukan takat selesa je selesa sangat.ade kipas yang paling penting. sampai dalam kul 9 di lepar utara.siap setting barang dalam pukul 915. siap je settle terus ade orang kampung datang nak buat pemeriksaan.kali nih ramai yang datang.dalam 150 orang ade. siap student sorang tuh memicit2 tangan time nak balik tuh.dia kata lenguh...haaa! tau pun...baru best pengalaman cam nih kan. mau ikut lagi next time! senyum je dia. jam 230 habis program pemeriksaan kesihatan. kemas2 barang tak sabar nak balik kuantan dah nih. esok Jumaat wesak day. cuti. yes! bleh rehat habis2san. sampai rumah kul 6 ptg.

PERAMAH : TEAM SHAHPUTRA- LEPAR UTARA 1

nih gambor depan resort tuh.duke amik gambor.abang zul isap rokok.

26-27 mei 2010.program PERAMAH anjuran Jabatan Agama Islam Pahang berjaya dilaksanakan di Felda Lepar Utara. team teman gerak dari shahputra pada jam 530 petang.selepas student2 yang join ngan team teman habis kelas barulah teman gerak.saje.teman tak suke budak2 nih monteng sangat. sampai di Tekam Resort jam 7.30 pm. dua jam perjalanan. boleh tahan jugak penatnyer.

kali nih teman telah ditemani oleh Duke-selaku bos marketing dan penunjuk arah.dia nih bab jalan insa'allah sebut je mana.semua tau.jalan lurus.jalan bengkok banyak yang dia tau.walau bukan semua.yang ssemua tahu nih allah s.w.t je kan..lien- gambar paling kanan. dah 2 kali follow teman rasenyer.asal bawak dia ade je orang nak no hp dia.paling best dia dapat bunga la. lien di bantu oleh seha. gambar sebelah lien..yang sebelah teman tuh teman pangil dia dutt. dia keturunan siam agama budha. ok je pada teman. dia sebagai CI..tengok student2 yang join teman tuh buat rawatan kesihatan. takut2 tersalah cucuk ke ape ke. jahanam nanti!.so dia pantau.dia bagi tak limat sebelum program bermula.. last sekali abang zul- selaku pemandu berhemah.manusia paling kuat isap rokok rasa aku.pantang berenti jap.selagi ade masa dia akan isap rokok...

pagi2 pas makan dalam kul 730 dah stand by gerak ke Lepar Utara. bapok la jauh nyer. nak nagis rasa. alhamdulillah 1 jam perjalanan baru sampai tempat dituju.. untuk laporan seterusnya. dalam post2 yang akan datang yerk....chaw!

Tuesday, May 25, 2010

GURU DISARANKAN MEMPUNYAI ILMU PERSILATAN

guru sekolah disarankan belajar ilmu pertahankan diri. saranan ini lebih bijak dan baik jika dibandingkan dengan cadangkan agar guru mempunyai lesan mengajar. kebiadaban pelajar yang berada ditahap melampau.ditambah dengan sistem pendidikan yang kurang mengutamakan didikan rohani serta ibubapa yang sering mempertahankan kesilapan anak.ditambah dengan budaya ahli politik yang suka mengejar populariti amatlah menakutkan. hari ini.seorang lagi guru ditumbuk bertubi2 oleh seorang pelajar yang berusia 13 tahun.akibat didera kerana tidak membawa buku teks.datang sekolah tak bawa buku. kalau tak bawa cangkul...parang.pisau tebas.logik juga.berita lanjut klik sini

semoga allah s.w.t menjadikan kejadian itu sebagai kaffarah (hapus dosa2 lama & meningkat darjat keimanan ) kepada guru tersebut. dan kejadian ini juga diharap dapat menjadikan titik mula kehidupan mulia pelajar tersebut jika dia menjadikan iktibar terhadap tindakan yang dikenakan terhadapnya.

kepada kelab2 peninju malaysia yang tidak mempunyai pelapis.sila ambil pelajar tersebut kerana beliau mempunyai semangat juang yang tinggi dan keberanian yang hebat.pasti malaysia akan mempunyai peninju yang hebat suatu hari nanti jika pelajar tersebut dilatih menjadi peninju. jangan dibuang tanpa dibuat apa2 saranan. kelak ia makin menyusahkan kita..maka lahirlah kisah cucu iblis.berita lanjut klik sini.

SURAT UNTUK LHDN


mengapakah ku di salahkan! mungkin itu adalah luahan rasa pekerja2 di LHDN. dosa merekakah mengutip hasil.mereka ikut perintah jugak.senang cerita makan gaji ngan kerajaan je.so jangan marahkan mereka.

Monday, May 24, 2010

INDERAPURA KETANDUSAN GULA!

susu ganti gula

pasar mini villian


mini market seri inderapura

gula di inderapura.taman perumahan teman dah habis guna.gambar nih semua di 3 buat mini market yang wujud di inderapura.teman tanya tokoy tuh mana gula dia kata supplier talak mari lagi.oder 3 bundle dapat satu sajer. teman kesian kat makscik2 buat kuih je. pbt yang berwajib kene turun.jangan duk cakap ' sepatutnya gula tiada masalah'. nih gambar dah mmg jelas takde gula. untuk perhatian.gambar ini diambil pada hari ahad. hari sabtu sebelum tuh teman dah tanya.dia kata hari ahad sampai.sampai kul 4 masalah masih sama.

sebagai alternatif.penduduk terpaksa gunakan susu ganti gula.

Saturday, May 22, 2010

AWAS! EMAIL MENIPU


ini email yang teman dapat. cilakak betul! kata teman setelah teman menghubungi sendiri sahabat teman ustad farid ravi abdullah yang kini berada di Singapura. macam2 cara orang nak duit sekang nih kan. menipu atas nama orang lain pulak tuh. sesiapa yang balas email ini dia akan minta bank in duit dalam akaun2 tertentu. jadi awaslah sahabat2 sekalian kalau dapat je email2 pelik..jangan layan.

ULASAN ISU JUDI BOLA

matan perdana menteri- pak lah : Bantahan lesen judi Piala Dunia perlu diberi perhatian. hormati rakyat. menurut beliau lagi; nagi org islam judi tidak boleh diterima dan bukan sahaja orang islam orang tak islam pun menolak judi. alhamdulillah kenyataan yang dikeluarkan nampak bunyi tak setuju je. Tun tak de lak keluar reaksi ape2. ramai yang tertunggu2. kalau boleh tun pun keluar kenyataan jugak la sepantas dia mengeluarkan kenyataan berkaitan isu SEBAT KARTIKA....

Dewan Pemuda Pas nih semangat bagus. tapi dari poster yang teman tengok yang bakal diedar dan ditampak dia tulis HAPUSKAN JUDI BOLA sepatutnya tulis la HAPUSKAN JUDI DI MALAYSIA baru betul tepat dan padat. kalau dri zohir ayat tuh. judi2 lain ok. judi laga ayam ok. laga ikan ok..

judi nih bukan masalah PAS ke UMNO ke PKR. nih isu umat islam. logiknya salahkan kerajaan kerana bagi kelulusan yang dimumkan sendiri oleh DD Awang Adeq. kalau timbalan dia umum mungkin reda sket.. kenapa lak PEKASA boleh kata retorik politik. pekasa bukan ke ramai Islam dalam tuh.

MENTERI TOLAK CADANGAN TIMBALAN MENTERI

lesen guru - kerajaan dapati ia tidak praktikal dilaksanakan : Muhyiddin Yasin selaku menteri pelajaran & timbalan perdana menteri.

Timbalan Menteri Pelajaran: kementerian sedang menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan bagi memelihara integriti guru serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

persoalan utama. teman rasa korang je la buat soalan sendiri berdasarkan kenyataan di atas. tak sampai tahap dunia ke sistem pendidikan negara kita nih. dah 50 tahun merdeka weh!....

PASAR PAGI SABTU BANDAR PEKAN

pagi sabtu minggu nih 22 mei 2010. disebabkan tak de ape2 aktiviti.teman bawak isteri dan anak2 gi pasar sabtu di pekan. lama dah teman tak pergi.boleh jugak cari tudung untuk koleksi wife teman. seawal 7 pagi teman dah gi.bukan ape tak mau sesak2 sangat.sampai pasar tuh dah pukul 730 pgi. org dah ramai..

pasar tuh ada dua kawasan.satu kawasan org jual borong. kawasan nih yang pepagi dah penuh ngan orang2.biasa peniaga tempatan datang cari barang. macam tudung wife teman kalau kalu beli kat situ rm 15 je. taapi kalau beli dibandar rm40. sebijik tudung yang sama. kalau amik satu kodi lagi la murah nyer. satu lagi kwasan tempat org niaga barang makanan.ikan.sayur.mainan dan sebagainya.macam pasar biasala orang kata.

apa yang teman nak citer lat sini.hasil pemerhatian dan membuat lawatan di kawasan org jual borong tuh.teman gerak dari satu gerai ke gerai yang lain. tiga bangsa yang menguasai penjualan ada bangsa cina. indonesia. kemboja..tuh hasil daripada mendengar perbualan mereka dan aku buat2 tanya.yang datang memborong ramai melayu.hebat geng2 pendatang nih.khusunya indonesia.cina pun tenggelam time nih.mungkin itulah yang dikatakan the power of hijrah. mereka datang mesia nih tanpa ade ape2. sampai sini boleh menjadi pemborong.kemboja rangking ke 2. ketiga baru cina. melayu tak jumpa.jumpa jual air je time nak masuk kawasan tuh..nak jumpa melayu ramai kat kawasan stu lagi nuh..kat situh tak nafi ramai melayu..tapi ramai jugak makcik2 kemboja jual ulam2 dan ulam2 hutan..ramai yang datang pada pagi trsebut adelah golongan kemboja..kemboja yang dah dipekankan. kalau makcik2 tuh.mmg gaya makcik2 pekan.tapi bila dia berborak. tahulah bahawa mereka bukan makcik asal situ..kalau orang melayu pekan duk menunggu subsidi dari naji.alamat habis la peniagaan kat situ di monopoli orang luar. sebab orang luar tan tunggu subsidi. dia terus berdikari. dia tak tunggu. tapi siapa yang suka tunggu..tunggu punya tunggu. masih belum tiba..siapa yang rugi...fikirlah sendiri..

Friday, May 21, 2010

PENGETUA LAIN AGAMA LAIN CARA

nih kisah sembang2 pagi dengan seorang sahabat. topik dibincangkan pasai pengetua. teman dengor je la.sambil cari point nak citer dalam blog nih. seorang pengetua nih ade kat pekan.baru je dipindahkan ke pekan. bangsa india.agama kristian. PR dia memang bagus.sebab teman penah jumpa dengan dia nih.bukan takat jumpa borok2 pun ye juga. mmg bagus.bahasa melayu bagus.adab pun bagus. yang teman respek dia.dia nih orang kaut agama jugak.rajin tolong org2 susah..kepercayaan kepada tuhan tinggi. sekolah yang baru dia datang nih.dulu just ade baca yassin je. sekang nih dia bagi tau.setiap khamis selepas zohor mesti ade solat hajat. tuh yang aku respek sangat.siap suruh buat solat hajat lagi.

pengetua sorang nih lain plak. nama islam.agama islam.pemikiran tak nampak gaya cam orang islam. ape ke doknyer. dulu.waktu dia tak masuk lagi ke sekolah nih.doa bleh baca panjang2. sekang nih doa disuruh pendek je. kata membezir masa student nak belaja. setudent kene rajin belajar. dungong punya otak! ade ke gitu sekali dia berfikir. nih la dia.nih la pun yang makin ramai kot....doakan pengetua tak jadi macam tuh lagi.

Thursday, May 20, 2010

GEMA JUMAAT: AL-ISTIDRAJ

jarang kita dengar pasai istidraj nih. pemangil pun tersasul nak sebut al-istidraj nih. kalau dalam bahasa melayu kita sebut nikmat yang dianugerahkan untuk membinasakan manusia. sepertimana yang terjadi kepada firaun.hamman.qarun. cuma dalam program tadi teman citer pasai qarun je.yang lain2 tak sempat nak sebut.

istdraj dia bukan orang yang berdosa lalu bertaubat. istidraj nih kematian dalam kemewahan yang tidak diredhai. macam qarun.allah tengelamkan dengan dia.dengan harta2 dia sekali dalam keadaan dia ingkar kepada perintah allah s.w.t. itu istidraj. kalau dia bertaubat sebelum mati tuh tidakla dikatakan mati dalam keadaan dibenci.

kita kene mintak allah lindungi daripada istidraj nih. terima kasih pada yang call..en omar.din janggut. pn sal dari bentong. mana2 yang call tak diangkat.maaf la ya.tak bleh amik banyak sangat call.takut tanya lari dari tajuk.

Wednesday, May 19, 2010

JUDI BOLA LULUS!

sudah ade beberapa kerat berbunyi tentang pelaksanaan. kata tidak menyokong.bagus la tuh.tapi belum cukup kuat. ramai yang senyap membisu sahaja. ahli politik yang beragama islam pun agak suram untuk bagi respon. rakyat yang tidak mempunyai kuasa ape2 nih kecuali mengundi harus sedar sekarang nih..nak jugak dengar yang hero2 dalam parlimen berbunyi. yang BEBAS berkata berbunyi. macam 2 x 5 je dah....

Sunday, May 16, 2010

JARANG2 JUMPA TAPI ADA KETE CAMNI!

kete nih teman rakam waktu jalan2 di bandung dulu. kete macam biasa. sila tengok tayar belakang dia yang agak terkeluar sedikit.

SELAMAT HARI GURU!

selamat hari guru! untuk guru2 teman yang masih hidup atau dah tiada..kali nih teman nak citer sket pada sahabt2 tentang cikgu2 teman..tak dapat la nak dinafikan bahawa mak teman lah guru yang mula2 sekali mendidik teman.terima kasih mak merangkap cikgu ku. teman mula2 mendapat didikan secara formal di tadika sungai koyn.teman ingat lagi nama cikgu tuh.cikgu ani.sekang nih dia masih lagi ada di koyan.suami dia teman panggil en rahim..dialah cikgu yang mula2 teman kenal..

habis belajar kat tadika tuh.teman belajar pulak di sk sg koyan.di sk sg koyan banyak kenangan sangat.teman nih org tak ceredik sangat.biasa2 je.so selalu dapat masuk kelas no 2.pekse plak selalu dapat no belas2 gituh. cikgu paling teman suka cikgu ali.dia suke bercerita.macam citer ade.paling teman tak suka cikgu nasa ngan cikgu bazlan.garang cam singa.lempang student selamba je.tapi mmg cemerlang sapa yang kene lempang dengan dia tuh..tapi alhamdulillah teman tak penah kene pun.. kat sk koyan tuh batch teman adelah batch yang mula2 amik upsr. keputusan upsr pun biasa2 je teman..

sekolah seterusnya sekolah men agama batu talam.ust2 yang masih diingatan teman arwah ust saleh..ingat sangat teman kat dia.dulu penah teman pakai rantai.konon rock kapak la.kantoi dengan arwah. dia tak marah.dia kata biasanya lembu jantan je pakai rantai..he he he..makan dalam betoi.sampai sekang teman tak pakai..arwah ust jailani. pengetua sekolah.dia rotan kawan di perhipunan.dia kata tangan kiri.pegang rokok.piat! kene sedas..tangan kanan pegang mancis. piat! kene sedas lagi tangan kanan.gantung sekolah 2 minggu...sian mak teman kene gi sekolah buat rayuan kalau nak terus sekolah situhlagi. maaf ye mak..lain2 ust yang teman kamping kat sma bt talam. ust zahar.sekang nih dia di JAIP. ust joe..ust yasa'a...nih semua di batu talam. dan tak lupa ustazah maimunah.sampai hari nih dia tak nikah lagi.tak tau sebab apa.sewaktu di sma batu talam teman amik 2 xm. SRP & SRA..sijil rendah pelajaran dengan sijil rendah agama..2 2 xm teman pas jer..alhamdulillah boleh sambung ssekolah agama lagi.cuma waktu tingkatan 3 di sma bt talam.teman duk kat luar.teman kene buang sebab banyak kes.alhamdulillah di luar teman banyak belajar berdikari sendiri dan tak terjebak ngan unsur2 negetif...teman ingat lagi rumah sewa teman sebulan rm 30 je.ingat la pakcik tuh nama nyer pakcik rani.smpai hari nih dia ingat teman dan teman ingat dia.penah sekali teman gi kedai dia beli ikan masin 1kg..ha ha ha..manalah teman tahu sebanyak tuh dapat bila beli ikan masin 1kg..terima kasih pakcik rani..selalu bagi saya amik telur n sayur2....halal makan minum saya..

seterusnya teman sekolah kat SMA padang tengku. sekolah nih la teman amik SPM & SMA..dalam 18 subjek gak kalau tak silap.alhamdulillah.result memberangsangkan jugak. takla hebat mana.boleh la gi Jorden guna loan yayasan pahang. ok la tuh kan. tq untuk ustad2 dan ustazah, cikgu2 dan cikgi2 di dana..aku rapat ngan ustad wan. sama buat kebun ngan dia.sj tolong dia buat kebun..sorang lagi ustad yazid. dia tak ngajar pun.tp kamcing sebab dia muda time tuh.sekang nih dia ade kat kktm kuantan.ust abu samah.garang dia nih di sekolah.tapi baik sangat di rumah.cikgu yati.ustazah wan.cikgu naziah.semua cikgu2 aku.masih hidup lagi rasanya. selamat hari guru!...

kat ikip.sebelum gi jordan.ustaz zuridan.ustad khairul.ustad ahmad.ustad jamal...ust adnan..selamat hari guru!..sekang nih banyak kontek dengan ustad zuridan & ustad jamal je..ustad2 lain tak jumpa..may be dah tak kenai ke teman nih...

tuh je dulu teman bleh citer..teman dah ngantuk dah nih..selamat hari guru buat guru2 teman.tampa mereka siapa lah teman.

Thursday, May 13, 2010

LAGU-LAGU PELIK!

sebenornyer teman pun tak tau mana dia belajar.tapi sekang nih suka sangat dia menyayi2 dalam rumah.hari nih teman sempat rakam lagu dia nyanyi....

Wednesday, May 12, 2010

LAGI GAMBAR 'ADL ZAHIN

kasih sayang abang kepada adiknyer...

pandai nyer adik suap abang la plak...

hepi besday...

SEKITAR SAMBUTAN BESDAY 'ADL ZAHIN KE 2

pemalu macam ayah gak nih...ish..ish ish...

yang belakang tuh terlebih semangat sangat la plak..muka tak sabar nak blah kek..
awak punya nanti ayah beli ultramen cosmos yer..ayah suruh untie zura cari nanti..

antara kawan2 di taska seri suria. amboi 1malaysia deq..semangat gitu..aik ade sorang buat 2malayisa.. he he he... hero2 ayah control macho..bagusss..anak2 ayah n mama..

abang jangan tiuppppP..biar adeq tiup yer...

cikgu radhi tolong potongkan kek sambil pegang tangan adl ...gaya mulut tuh tak sabar nak makan...saboOOo...

Tuesday, May 11, 2010

INI DULU TAPAK PASAR SEHARI INDERAPURA



Inilah gambar yang dapat teman ambik.tapak pasar yang akan dibina bangunan rumah kedai dan pejabat. pagar nih baru 1 minggu didirikan kalau tak silap teman. 2 sahabat teman dah sahkan memang ade pasar malam di IM 14. jadi betullah kahabar2 angin tersebut.

Monday, May 10, 2010

PASAR SEHARI INDERAPURA DAH GHAIB!

dah 2 minggu pasar sehari.atau lebih popular dengan pasar sari di inderapura tak wujud. mesti ramai yang sangat kecewa.sebelum nih keperluan mentah boleh didapati di pasar tersebut. tapi kini dah tak wujud lagi. ke mana menghilang! ramai yang tertanya2. setakat hari ini baru dua jawapan yang tidak kongkrit aku perolehi dari penduduk2 sekitar situh. 1- ada kata dah dipindahkan ke indera sempurna. tak logik sebab kat situ dah ada pasar pada hari selasa. sama meriah macam pasar khamis. takkan nak buat sampai 2 kali. tidak bijak pada teman. kesian peniaga kat situh. dah tentu pendapatan mereka pada hari2 tersebut berkurangan. 2- ada juga yang mengatakan pasar dah dipindahkan ke IM 14.. nih teman tak surelah. tapi teman akan siasat nanti. saje2.teman nak kongsi cerita. persoalan diminta seterusnya? tapak pasar lama buat ape..tapak tuh kalau tak silap teman. teman tengok papan tanda yang terpacak disitu nak buat rumah kedai dan pejabat...hasil dari pemantauan teman disekeliling taman tuh la. rumah kedai di barisan kedai memang penuh. tapi kalau dilihat pada tingkat 2 atau ruang pejabat. banyak yang baut rumah burung. tak salah ke buat umah burung di rumah kedai di taman perumahan. ada sorang cine yang teman tanya. dia kata banyak taik burung la di kedai dia. betul lah tuh. burung terbang sambil berak la kot.teman berani kata hampirr 85% ruang pejabat dah dijadikan rumah burung layang2.adakah pembinaan tersebut mematuhi garis panduan yang ditetapkan. teman tak pasti!!

kini akan wujud lagi 2 bangunan. tak tau bila siap.setakat hari nih baru siap buat pagar zink je....

Friday, May 7, 2010

JUDI YANG HALAL!

dulu teman penah keluarkan isu berkaitan ' bagaimana nak halalkan jual arak'..jawapannyer ialah kene dapatkan LESEN la baru halal.. tapi teman kabo le semula..teman bagi la hadis tentang dosanyer..kalau korang nak menempah neraka (kalau mati dok sempat bertaubat la) jual la. minum la. tunjuk la.. bla..bla.bla.bla.

tapi baru2 nih pulak satu lagi kejutan nih.nak tengok gak ade ke dok ustad2 nak respon pasai kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Dr Awang Adeq nih..

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

begituh la kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. pada teman macam mengalakkan lagi je pertaruhan judi kalau bagi lesen. sekarang nih pun.hari2 ade je pusat judi haram wujud yang didedahkan oleh akhbar-akhbar harian di mesia nih. nih sebab ade lesen la.

sewajarnya kalau kita orang islam tidak boleh menerima atau menimbangkan pertaruhan tersebut.jelas haramnyer. dalam al quran jelas haram judi. dalam hadis pun jelas. pendapat ulama' pun jelas sangat mende nih. tukar la nama judi tuh kepada apa2 nama baru pun. selagi ia melibatkan pertaruhan ia adalah haram jua.

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya (surah albaqarah: 219)

allah tegaskan lagi pasai judi nih....

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

ayat atas nih2 jelas2 bagi tau mmg ade manfaat tapi buruk dia lagi banyak. macam yang ahli politik nampak sekang nih lah. manfaatnya nak elak berlaku banyak lagi
perjudian haram.sebaliknya kalu diberi jua lesan. pasti buruknya bertambah banyak. bukan teman kata. teman amik ayat al quran tuh. al quran tak pernah salah. tak pernah menipu. kemudia allah kata mende tuh keje dan dari perbuatan syaitan. kita jangan marah kalau orang kata kite nih nama je manusia. buat keje syaitan. bukan takat manusia marah.takut setan pun marah sebab buat kerje dia. dia jadi takde keje dah.


lagi pun pertaruhan nih kan merupakan kaedah untuk mendapatkan wang dengan cara yang batil. dalam islamkan cara tuh tak boleh..

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu: surah al-nisa:29.

nak tau ape balas kalau kita nih beriman dengan allah dan buat yang allah larang...

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya: an-nisa':161.

judi nih jugak menyebabkan permusuhan dan boleh berlakunya pembunuhan.teruk sangat judi ni. sebabtuh allah larang sangat. suruh kita org islam nih jauhkan. paling malang sekali judi nih boleh sebab kita lupa pada allah....

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? : al maidah: 91


harap2 isu nih jadi perhatian kepada pejuang2 Islam. khususnya ahli2 politik pakatan rakyat. kelihatan pakatan rakyat pun tak berkotek takat nih. adakah disebabkan di selangor pun banyak pusat judi. wakail2 politik sana tak bagi respon. allah jua lebih mengetahui.

ops..lupa nak bg tau juga..dalam al quran memang ade ayat yang sebut tentang JUDI tapi dia takde lak kata mende tuh haram. harap2 tidak la ahli politik tak jadikan ayat tersebut sebagai dalil bagi menghalalkan pertaruhan. nak tau ayat mana: rujuk surah hud ayat 44.

Thursday, May 6, 2010

HEPI BES DAY 'ADL ZAHIN

kek ini ditempah dengan pn zura. dia pun kawan teman di shahputra jugak. meloncat anak teman tengok kek ade gambo.
memang teruja kek2 zaman nih kan. teman dulu mana ade nak selebret cam nih. anak teman nih teman buat juge. sebb biasanyer kawan2 dia buat ditaska. nanti teman upload gambo dia bergumbira di taska dia. biasa orang tulis nama kat atas kek yang nih tulis tepi. kagum betoi teman. first time jumpe...

cantik dok kek nin. rm 45 jer.

ini lah hero teman yang menyambut besday yang ke 2 tahun. yang depan sekali nih la.

semoga allah kurniakan kesihatan yang baik. dan semoga menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat ye.

Tuesday, May 4, 2010

Monday, May 3, 2010

BACAAN TA'LIQ OLEH PENGANTIN LELAKI OKU

PASANG PELAMIN

macam senang je tengok derang pasang. tapi kalau reti buat la.

langkah seterusnya. datang dari kuantan derang nih. dari bukit sagu. sapa nak tempah bagi tau le ke teman.

langkah seterusnya. memasang bunga.

sudah hampir2 mahu siap.

ok.siap dah. ops! ada satu mende lagi lupa.tempat letak kaki mana..

MAJLIS PERNIKAHAN SUHAIDA & ZUHAIRI

menyerah mas kahwin kepada isteri perempuan

tandatangan surat ta'liq tanda faham oleh pengantin perempuan

baca ta'liq.

nih tom imam mat husin dari kuala medang. wali hakim asal meninggal seminggu sebelum majlis.
tuh bukan aku saje2 sms tuh.tuh aku tulis bagi tau adik aku.nak serah pada wali hakim menjalankan majlis nikah.

alhamdulillah. jam 11.30 pg. selamat majlis pernikahan dijalankan pada 1 mei 2010. senang la derang nak ingat tarikh nikah derangkan.setiap 1 mei 2010. dua2 pasangan adalah OKU. alhamdulillah suami dah berkerja di sektor awam di sek men agama al-khairiyah. adik teman dulu kerja kilang VAC. pas kahwin dia ikut suami dia la. tak de kerja lagi.siapa2 ade kerja kosong dikawasan sekolah tuh boleh la bagi tau.kerja yang sesuai untuk oku la yer. semoga allah s.w.t memeudahkan urusan mereka di dunia dan menganugerahkan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. aminNNNN..