Monday, November 29, 2010

OPERASI MEMASANG SALUR : BUAT SENDIRI


gambar atas: antara alat2 yang dah dibeli untuk buat salur. harga salur yang panjang 20 kaki rm 80. yang pendek sikit rm 60.

ahad 28 november 2010. merupakan hari yang tidak merencanakan ape2 program melainkan duduk melayan 2 hero di rumah. tapi kali ini ada perkara yang perlu diselesaikan. operasi pasang salur untuk atap belakang rumah. selepas buat posh kereta sampai belakang.air jadi bertakung sbb terlalu banyak air kat belakang rumah. barangkali tak sempat menyerap kot. so kalau pasang salur nih air bumbung boleh terus masuk salur n terus hala ke belakang rumah.
antara buruh2 yang membantu melambatkan kerja. en adl & en adi. 2 org nih sibuk mengasingkan breket2..supaya senang teman nak paku nanti.

haaa..nampak..breket nih kan ade dua struktur badan..so kene ceraikan supaya senang nak paku ke dinding se lagi tuh.

ini end cup org pangil. kene tutup di hujung salur..

siap pasang end cap. jadi lah cam gambar atas.

nih ade nama dia..tapi tak ingat..mahal gak harga dia.. rm 40 satu..

siap salur panjang 20 kaki hendak di angkat atas bumbung dengan menggunakan kederat seorang diri jer...kalau jatuh syahid la alamat dia..syahid mende entah..

nih tempat keluar air..sepatutnya kene pasang...

nak angkat naik bumbung...penting tangga..tanga sanggat membatu ketika ini...
nampak tak breket teman dah paku kat atas..

nih gambar dah siap pasang semua...

salur terlebih panjang..teman takde alat nak potong..so bior jer lah...belakang rumah teman hutan..so temboh setinggi 7 kaki dibina nak elak segala masalah..

BUNGA KANTAN

bunga kantan nih dibeli ketika selera makan terhadap ikan patin masak tempoyak membuak2. bukan nak cerita pasai masak tempoyak ikan patin tetapi nak cerita pasai harga bunga kantan yang teman ambil gambar di atas. tau berapa harga dia. satu nih harga dia RM 1.60. sepatutnya boleh kaya la sapa tanam bunga kantan nih...banyak kegunaan selain untuk memantapkan aroma makanan.

Thursday, November 25, 2010

Wednesday, November 24, 2010

MAKIN TAK PERCAYA KEBENARAN MAKIN NYATA





kaum ad & samud antara yang disebut dalam alquran. dan antara kaum yang dibinasakan oleh allah s.w.t kerana kesombongan. antara sebab kesombongan mereka adalah kekuatan yang dimilik. rujuk surah fussilat ada cerita sedikit tentang kesombongan mereka. cara dibinasakan adalah melalui angin. mungkit taufan.puting beliung dan sebagainya.
makin manusia meragui ' betul ke besar kaum ad nih! hebat sangat ke! makin banyak bukti sejarah ditemui...
antara gambar-gambar yang diperolehi untuk sama- sama menilai. sama ia fakta atau auta, antara kenyataan atau khayalan. realiti atau provokasi...


Monday, November 22, 2010

BASIKAL POLIS


biasa kita dengar motor polis. kereta polis.tapi sebenarnya di malaysia ada basikal polis. barangkali polis di malaysia malu untuk mengunakannya. jika di negara2 lain basikal adalah kenderaan yang paling sesuai untuk meronda-ronda kawasan bandar. selain senang untuk meronda ia juga menjimatkan minyak. malah elok untuk kesihatan. kempen menunggang basikal perlu diadakan dikalangan angota polis agar basikal2 seperti gambar di atas tidak dibiarkan reput.

Sunday, November 21, 2010

ADA DUIT SEMUA SENANG

ada duit semua senang. itu la hakikatnya. dulu susah jugak wife nak kena streka baju teman. sehelai dalam 10 minit gak. kalau 200 helai 200 minit. lama kan. sekang nih dah tak de masalah lagi. perkhidmatan mengstrika baju disediakan di inderapura. sehelai bukan banyak pun dalam rm 1.50 jer. kira sedekah ke mak cik yang keje tuh sian gak ke diakan. terima kasihlah kerana menyediakan perkhidmatan meng'iron baju.

SEKITAR KORBAN DI SURAU AL HILAL SG KOYAN

surau al hilal mmg banyak kenangan kepada teman. tamat pengajian dari jordan tahun 2000. di sinilah teman mula mengasah bakat berdakwah.memberi tazkirah.berceramah. menjadi imam. pengkhutbah. semua nya di sini. tahun 2001. teman meninggalkan sg koyan untuk setia berkhidmat dengan shahputra sehingga hari ini.sg al-hilal hanya di sg koyan 3. daripada imam.bilal. ajk. semua drpd org sg koyan 3 yang kebanyakan adalah tentera2 pencen. surau al hilal setiap tahun mengadakan pengurusan untuk org melakukan korban. baru2 nih sahaja ada 7 ekor korban diadakan.
peserta yang terlibat dengan korban dikehendaki berada berhampiran lembu masing2 mengikut nama yang telah ditetapkan. peserta yang bertenagan muda dan pekasa diminta bantu untuk mengorek lubang. bagi menambus darah sembelihan.supaya tak busuk nanti. gambar; kelihatan peserta mengorek lubang.
antara anak-anak yang hadir untuk melihat lembu. suasana meriah menyelubungi kawasan surau ini.terutama kanak2. apa yang seronoknyer teman tak tau. ituh la seronok zaman kanak2.

lembu berjaya ditumbangkan sebelum disembelih.

susah jugak nak uruskan lembu nih.dari dia duk tegak. nak tumbangkan. dah tumbang nak ikat empat2 kaki.bila dah ikat pegang lagi time nak disembelih.siap sembelih semua ikatan dileraikan.
acara memotong daging dan mengagaih2kan daging kepada masyarakat keliling.

PERISTIWA BERLAKU PADA 26 HARI BULAN : KEBETULAN ATAU SUDAH TERSURAT

26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia
26 Des 2004
Tsunami di Aceh
26 Mei 2006 Gempa Jogja
Tasik gempa 26 Jun 2010,
Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010,
Merapi Meletus 26 Oktober 2010.


Ada apa dengan 26.?

Saturday, November 20, 2010

DARI KUANTAN KE SG KOYAN VIA LANCANG-FELDA LAKUM-MEMPAGA-LEBU-RAUB

selasa 16 nov, selepas kelas wife abis, teman sekeluarga berhajat untk beraya di sg koyan. dalam pukul 4 teman gerak dari taman seri inderapura. teman dah bincang ngan wife lalui yang nak dialalui kerana teman pasti jalan bentong akan mengalami kesesakan luar biasa disebbkan warga kelatan akan berbondong-bondong untuk ke kg halam masing2.org kata raya korban di kelantan meriah sbb tuhn ramai anak balik.teman tak tahu. teman bukan org kelantan. tp teman tahu mmg jalan akan sesak.

memulakan perjalanan dengan cuaca yang agak baik.tak panas sangat.tak pulak hujan. tapi sepanjang jalan tetap ade hujan turun.hasil pebincangan dengan wife. teman memilih untuk melalui jalan lancang . exit lancang melalui LPT. dah lama teman tak lalu jalan tuh. hampir 4 tahun.jalan tuh sbenarnya lebih dekat untuk ke bandar raub jika dibanding melalui karak-bentong raub. dari lancang kalau melalui mempaga ke raub dalam 54 KM sahaja.banding dengan nak ke karak-bentong-raub lbh kurang 70km barang kali.

4 tahun tak lalu jalan tersebut teman mengharapkan terdapat perubahan struktuk jalan yang ke arah positif. makna lebih elok la. tapi hampa. jalan masih takok lama. malah ade di beberapa lokasi lopak terlampau yang boleh menjahanamkan kereta. di antara felda lakum ngan bukit damar kot sblm simpang 3 ke felda mempaga. barangkali YB kawasan tuh tak pernah lalu ataupun bukan orang di situh gamaknya. atau akan menjadi modal untuk PRU13 nanti. penderitaan terubat ketika melalui jalan ke mempaga. agak ok.cuma apabila berada dijalan kampung. pemanduan kene berhati2. ramai yang mempunyai lesen2 besar tidak mematuhi undang jalan raya. memintas sesedap rasa. tak hirau bahaya.

11 km ke raub.perkara yang dijangka telah berlaku. pemanduan mula perlahan. kelihatan kereta berbaris2. jam menunjukkan pukul 6 15. nak ke sg koyan dr raub dalam 50km... pelajan2 kayuh. akhirnya sampai gak di rumah jam 8 pm... malam tuh dalam jam 830 adeq teman dari kuang bagi tau kesesakan dah berlaku dari simpang nak ke bentong slps tol karak. tuh lah yang berlaku setiap tahun.

Sunday, November 14, 2010

MALAM PENYAMPAIAN HADIAH TTBR

acara yang disertai oleh adi zahin. tarian cina.

acara pertama yang disertai oleh adi zahin adalah bernasyid beramai2.

teacher reckha. guru besar tadika tunas bistari. dalam ucapan aluan beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana beri kepercayaan untuk mendidik anak2 di TTBR.

pembukaan majls dimulakan dengan bacaan al quran oleh pelajar TTBR. baguskan guru besar india. tapi banyak cara islam yang dia praktik. bacaan alquran. berdoa .nasyid dll.
madel untuk pelajar cemerlang keseluruhan tahun 5 & 6.

madel untuk pelajar yang menduduki tempat 1-3 dalam kelas. temap ke 4 dapat saguhati sahaja.

majlis diadakan di sempurna resort.

meja kami no 3. dapat gak cabutan bertuah malam tuh. kira2 meje bertuah la nih. sbb semua duk ssini dapat.

gaya seorang pelajar yang dapat tempat ke 4 peperiksaan akhir tahun.

Saturday, November 13, 2010

AWAS! IKAN YANG MENYAMBAR TANGAN ANAK TEMAN

asyik melihat ikan di kolam dekat front ofice RBR.

nampak! tuh ikan talapia yang besar. ikan nih berjaya menyambar tangan anak teman yg menyebbkan sedikit luka kecil. sbb teman ugut kalau nagis tak yah mandi kolam dah esok pagi... he he he.. dia kata : tak sakit pun!

MANDI MANDA DI RBR



bersempena hari keluarga wife teman dan majlis perpisahan ustad nazli yang berpindah ke JPNP. teman mengambil kesempatan untuk bawa anak bersuka ria di kolam mandi RBR. standart biasa saja kolam tersebut.ada bahagian kanak2. ada bahagian dewasa. teman bawa mandi anak teman tempat dewasa.kurang siket orang.
anak teman nih agak berani. kawasan nih sedalam 4 kaki. dia dengan pelampung dia tak nampak seram pun. teman la sedikit seram. takut tak terpantau.

peace mama! itu barangkali simbol yang ditunjuk kepada mama yang duk di atas je...

naik- tak naik dekat2 dua jam jugak layan hero2 nih berendam. sampai menggigil adl...

kemudahan bilik sedikit mendukacitakan di sini. lampu dalam bilik tak bercover. bilik 217. kan nampak lawak tuh. satu lagi kepala paip ngan getah paip yang mmg sungguh tak menampakkan sebagai resort berprestaj. pengurusan kene wat pemantauaan. makan sedikit bagus dan pelbagai. yang tuh ok.