Saturday, December 31, 2011

Thursday, November 24, 2011

SEJARAH TAQWIM HIJRIYYAH

Manusia memang berhajat kepada taqwim bagi mengatur kehidupan seharian agar lebih teratur dan tersusun. Di sini kita dapat lihat bagaimana telah wujudnya taqwim yang berbeza yang telah digunakan oleh bangsa Cina, Babli dan Firaun dan selain mereka. Kita juga dapat melihat bagaimana Allah telah menetapkan bilangan bulan dalam setahun sebagaimana ayat 36 surah at-Taubah yang bermaksud : Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan. Dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin itu kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya dan ketahuilah bahawa Allah beserta mereka yang bertaqwa.
Manusia telah membahagikan bulan dalam setahun sebanyak dua belas bulan yang mana jumlah hari dalam sebulan antara 28 hingga 31 hari dan dalam seminggu pula ada tujuh hari. Sesetengah bangsa mengira taqwim mereka berdasarkan pergerakan matahari dan setengah yang lain termasuk bangsa arab dan umat Islam mengira taqwim mereka berdasarkan pergerakan bulan.Taqwim arab sebelum Islam 412 MasihiBangsa arab telah menggunakan taqwim pada tahun 412 Masihi di mana arab yang berada di jazirah (kepulauan) arab mengira taqwim qamari iaitu berdasarkan pergerakan bulan. Di sisi mereka ada 12 bulan dalam setahun tetapi masih tidak berpegang kepada taqwim khas malah banyak bergantung kepada sejarah perjalanan hidup mereka berdasarkan beberapa peristiwa penting yang berlaku terhadap mereka. Sebagai contohnya adalah seperti berikut :
Pertama : Pembinaan Ka’bah oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail A.S kira-kira pada tahun 1855 Sebelum masihi.
Kedua : Runtuhnya Empangan Ma’rib pada tahun 120 Sebelum Masihi.
Ketiga : Kewafatan Ka’ab bin Luai iaitu datuk ketujuh bagi Rasulullah S.A.W pada tahun 59 Sebelum Masihi.
Keempat : Tahun Uzur pada 461 Masihi kerana berlakunya paksaan pada tahun ini dalam memberi persembahan kepada Ka’bah oleh raja dan manusia pada tahun ini bertelagah sesama mereka.
Kelima : Tahun Gajah iaitu apabila tentera bergajah Abrahah cuba menyerang Mekah pada tahun 571 Masihi.
Keenam : Berlakunya Peperangan Fujjjar yang berterusan sehingga empat tahun bermula daripada 586 Masihi. Para qabilah arab berperang sesama mereka termasuk pada bulan haram yang mana dilarang berperang dalamnya. Oleh sebab itu ia dinamakan peperangan Fujjar kerana arab melanggar larangan bulan haram.
Ketujuh : Pembinaan semula Ka’bah yang siap pada masa Abdul Muttalib iaitu datuk Rasulullah S.A.W menjadi ketua dan ketika itu baginda S.A.W berusia 35 tahun. Ini bermakna ia berlaku pada tahun 605 Masihi.Perkiraan bulan mengikut bangsa arab berdasarkan masa yang berlaku antara dua anak bulan. Tahun Qamariah mempunyai 354.25 hari dalam setahun yang terdiri daripada 12 bulan. Bulan-bulan haram sebagaimana yang telah digarapkan oleh Allah dalam ayat 36 surah at-Taubah yang bermaksud :Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan. Dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin itu kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya dan ketahuilah bahawa Allah beserta mereka yang bertaqwa.
Daripada ayat ini kita dapat fahami bahawa bulan-bulan itu adalah Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sebarang perbuatan maksiat pada bulan-bulan ini akan menerima azab yang pedih dan bagi amalan soleh pula akan diganjarkan dengan pahala dan balasan yang berganda.Arab menamakan bulan-bulan yang ada dalam setahun dengan nama yang berbeza dengan sebab yang berbeza iaitu :
MUHARRAM: Disebabkan pengharaman berlakunya sebarang peperangan padanya di sisi bangsa arab.
SOFAR : Kawasan tempat tinggal kosong daripada penduduknya kerana mereka keluar berperang bagi menghabiskan sisa-sisa bulan halal sebelum masuk bulan haram.
RABIUL AWWAL : Manusia meresa seronok dan lapang padanya dan duduk di tempat tinggal ketika ini.
RABIUL AKHIR : Juga kerana manusia berseronok dan lapang pada bulan ini.
JAMADIL AWWAL : Bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu sejuk dan bekunya air.
JAMADIL AKHIR : Mereka mendakwa bahawa kebanyakan peristiwa-peristiwa yang besar berlaku pada bulan ini sehingga mereka berkata :” Ajaib bagi segala yang ajaib itu ialah antara Jamadi yang dua dan Rejab”.
REJAB : Dibesarkan dan dikatakan juga pekak kerana tidak terdengar suara bising dan suara pedang yang berlaga. Dipanggil bagi bulan ini lebih disukai kerana Allah menurunkan padanya rahmat dam keampunan kepada hamba-hambanya.
SYA’ABAN : Bertembung kepanasan yang terik pada awal waktu dan ia merupakan bulan berkat kerana semua kitab samawi (wahyu kepada nabi-nabi) diturunkan pada bulan ini termasug suhuf nabi Ibrahim, Taurat, Injil dan al-Quran al-Karim. Waktu berubah mengikut peredaran zaman yang mana bulan ini selepas berlalunya setiap 25 dan 16 tahun berpindah daripada musim panas kepada musim sejuk.
SYAWAL : Bulan di mana diberi minum unta dan kerana ia merupakan awal bulan haji.
ZULKAEDAH : Kerana arab berhenti daripada berperang pada bulan ini dan ia juga merupakan awal bulan haram.
ZULHIJJAH : Kerana arab mengerjakan haji pada bulan ini.
Taqwim hijrah 17 Hijrah bersamaan 638 Masihi

Sebab yang mula mencetuskan taqwim ini adalah apabila Sayyidina Umar yang merupakan khalifah pada masa itu telah menghantar surat perintah kepada pekerjanya di Basrah iaitu Abu Musa al-Asy’ari di mana dalam surat itu ditulis Sya’aban. Abu Musa al-Asy’ari telah menghantar surat kepada Sayyidina Umar untuk mengetahui masa yang sebenar tentang bulan Sya’ban itu samada yang sedang mereka berada sekarang atau pun Sya’aban yang telah lalu. Melihat perkara ini maka Sayyidina Umar terus memberi pandangan agar diadakan taqwim khas untuk panduan umat Islam. Pada tahun 17 Hijrah, Sayyidina Umar mencadangkan agar umat Islam mengadakan suatu pembaharuan bagi memulakan tarikh perjalanan hidup mereka berdasarkan taqwim khas. Beliau telah menghimpun umat Islam pada masa itu dan berbincang dengan mereka mengenai taqwim ini. Ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar dimulakan mengikut tahun kenabian S.A.W tetapi beliau menolaknya sehinggalah ada yang mencadangkan agar dimulakan dengan mengambil tarikh hijrah Rasulullah S.A.W sebagai titik permulaan kepada taqwim umat Islam yang mana cadangan terus ini diterima.
Para muslimin telah dinamakan tahun pertama hijrah merupakan Tahun disunnahkan Azan dan tahun kedua Tahun disunnahkan Peperangan. Manakala tahun ketiga Tahun Penyelidikan, tahun keempat Tahun Perjanjian, tahun kelima Tahun Gempa, tahun keenam Tahun Keizinan, tahun ketujuh Tahun Kekerasan, tahun kelapan Tahun Persamaan, tahun kesembilan Tahun Berlepas diri dan tahun kesepuluh ialah Tahun Perpisahan.

Keistimewaan taqwim hijrah

Keistimewaan atau pun perbezaan taqwim hijrah adalah dengan tibanya bulan puasa dan haji dalam setiap musim yang empat mengikut peredaran tahun. Islam telah mengharamkan tilik bintang sebagaimana pengharaman kerana ia membawa kepada perubahan waktu-waktu ibadat. Oleh kerana itu, umat Islam mengikut penetapan bulan berdasarkan anak bulan mengikut sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Berpuasalah kerana melihatnya dan berbukalah(hari raya) kerana melihatnya.
Dalam zaman pra-Islam, memang menjadi kebiasaan untuk orang Arab menyesuaikan bulan dari semasa ke semasa agar sejajar dengan tahun bulan dengan tahun matahari. Majlis Makkah iaitu Nidwali membuat keputusan untuk menyesuaikannya dalam sesuatu tahun tertentu dan ini diisytiharkan dalam majlis Ukaz atan Mina. Amalan ini dilarang oleh Allah sebagaimana tercatat dalam al-Quran. Islam melarang mereka yang cuba mengubah sebarang hari kebesaran dalam agama dengan taqwim matahari sebagaimana yang pernah dibuat oleh arab ketika zaman jahiliah dan perkara ini telah diberitahu oleh Allah dalam ayat 36 dan 37 surah at-Taubah yang bermaksud : Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan. Dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin itu kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya dan ketahuilah bahawa Allah beserta mereka yang bertaqwa.Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran, disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur menidurkan itu, mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat menyesuaikan dengan bilangan yang Allah haramkannya maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah. (Syaitan) menjadikan mereka memandang baik perbuatan mereka yang buruk itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir.

Pemilihan yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah S.A.W dalam memilih Muharram sebagai permulaan tahun hijrah adalah tepat. Jika kita lihat dalam buku-buku sejarah Islam tentang sirah Nabawiyyah di mana tarikh penghijrahan Rasulullah S.A.W berlaku pada bulan Rabiul Awwal bukannya Muharram.Pada zaman Sayyidina Umar maka bermulanya penggunaan tarikh berdasarkan hijrah bukannya tahun kelahiran bagi mengelakkan sama dengan Kristian yang berasaskan tahun kelahiran nabi Isa yang dikenali Tahun Masihi. Begitu juga tidak dimulakan dengan tahun mula-mula turunnya wahyu kepada Rasulullah S.A.W. Pemilihan hijrah sebagai taqwim Islam bagi menghidupkan suasana hijrah itu sendiri agar umat Islam tidak alpa dan lupa terhadap tujuan utama nabi S.A.W berhijrah ke Madinah iaitu untuk mencari kuasa dalam membina dan melaksana perundangan dan sistem kehidupan berdasarkan Islam.Hijrah merupakan perubahan besar kepada kehidupan umat Islam dan Islam itu sendiri yang mana sebelum ini tertindas tetapi berubah ke arah kegemilangan dan keagungan setta merubah peradaban dunia kepada tamadun yang tinggi seiring antara material dan ruhani tidak sebagaimana pembangunan material yang berjaya dibina oleh kafir Quraisy di Mekah dan juga 2 kuasa utama pada masa itu iaitu Parsi dan Rom.Pemilihan Muharram sebagai bulan permulaan taqwim hijrah bukannya Rabiul Awwal pula dibuat adalah mengikut sebab-sebab berikut iaitu :
Pertama : Bulan Muharram merupakan bulan pertama bagi bulan-bulan yang lain dalam setahun mengikut perkiraan arab di mana telah berlaku pembaharuan dalam tarikh bermula pada bulan ini.
Kedua : Bai’ah Aqabah antara Rasulullah S.A.W dengan rombongan daripada Yathrib(Madinah) telah berlangsung pada bulan Zulhijjah. Selepas itu baginda S.A.W menyuruh muslimin berhijrah ke Madinah bagi mendapat pertolongan daripada saudara mereka yang digelar golongan Ansar di sana.
Ketiga : Muharram merupakan bulan haram dan ia berada selepas bulan Zulhijjah di mana para haji pulang ke rumah masing-masing

Sunday, October 30, 2011

SEK RENDAH AGAMA IRSYAD KUANTAN PAHANG

bersedia untuk temuduga

baru habis ujian lisan


seramai 200 pelajar datang untuk mendaftar di SRAI KUANTAN

muallimah-muallimah sedang temuduga pelajar yg baru mendaftar

Tuesday, October 25, 2011

PROGRAM HARI AHAD 24 OKTOBER 2011




pertandingan mewarna. perkara yang anak teman tak berapa minat. berdasarkan keputusan peperiksaan 2 tahun berturut. asal lukisan dia akan dapat markah rendah. tapi untuk memeriahkan suasana. dia pun join walaupun teman tahu nasib tidak berpihak kepadanya. apa2 pun lukisan anak ayah adalah terbaik bagi ayah.

Monday, October 17, 2011

ANAKKU BRAIN TUMOR

bukan anak teman kene brain tumor tuh. nauzubillah min zalik. ini nama judul buku kisah benar yang berjaya teman habiskan bacaan dalam masa tak sampai 24 jam..ini adalah novel kedua yang teman baca selepas novel syahadah gadis atheis.. teman bukan orang yang suka membaca sangat kecuali klu kene ceramah ke. kuliah ke. apa2 jemputan. baru teman akan baca. tapi novel nih waktu teman menemani isteri teman shoping2 hand bag. sabil2 lalu kedai buku je. teman terbaca judl buku. terus teman beli..

kesimpulan yang teman buat selepas habis baca novel ini:

kehidupan yang hebat dilalui oleh isyah. jarang sekang nih org belaja tinggi nak anak ramai. termasuk la teman. tapi isyah n che am ada 8 anak. . isyah tambah je lagi 2 orang... doa teman anak isyah n che am cemerlang dunia akhirat termasuk anak teman.

isyah beruntung kerana ada ramai sedara mara yang rapat cam adik beradik sendiri. yang akan sama kongsi susah. zaman nih kan susah nak cari camtuh. nak bg pinjam duit susah. yang pinjam tak pulang2 pun ade. menyebbkna fobia nak bg pinjam.

semua anak isyah dihantar ke sekolah agama swasta..pelaburan disituh sahaja rasanya kalau 5 anak tak kurang 1000 sebulan lebih harusnyer . pelaburan akhirat.

pengaruh tv sangat bahaya..ye tak dapat dinafikan tapi kita boleh kawal masa menonton. banyak siaran yang baik2. sekang dah ada tv hijrah...so isyah boleh beli tv baru tengok ngan anak2..

isyah seorang yang berdikari sbs suami jarang di sisi. agak2nyer barapa anak isya waktu lahir ayah dia ada di sisi.

aqi anak dengar kata. mungkin sbb usia dah 9 tahun sng nak bg arahan kot.


dah penat nak tulis dah.... dalam buku nih tak pulak citer sama ada isyah buat ctcsan lagi ke dah selepas anak dia beransur ok. sepatut gi buat lagi. nak tengok tumor tuh dah kecut ke. ke hilang terus..lagi best...





Sunday, October 16, 2011

CABUT GIGI SUSU

lepas kene cabut. entah ape dia cakap teman tak paha. cakap sambil gigit kapas,


hari jumaat teman nampak gigi dia cam luar biasa. macam terkedepan sket. gigi bawah. so teman check. rupanya ada gigi belakang nak tumbuh. so hari sabtu terus teman bawak cabut gigi.
terkangkang tahan sakit cabut gigi, ayat apabila ditanya sakit ke tak: sakit, tapi zahhin tahan jer.

hero utama teman cabut gigi susu. ini kali pertama teman bawak cabut gigi. alhamdulillah. cool jer. n tak nagis pun. sekali cabut 2 batang gigi. sebatang gigi keje rm20 hinggit. so 2 batang kene la rm40 ringgit.

MENERIMA KUNJUNGAN SAHABAT DARI KOLEJ UNITI

Wednesday, October 12, 2011

KITA YANG KURANG SABAR

semua orang tau sabar indah
untuk bersabar memang sangat susah
sebab itu kalau bersabar kita beroleh jannah

kalau tak sabar kadang2 perkara betul jadi salah.
kalau tak sabar kadang mende mudah jadi susah
kalau tak sabar kita akan musnah
kalau tak sabar harapan menjadi punah

kenapa tak sabar

Wednesday, October 5, 2011

PAIP PECAH BAGI TAU JBA LA


PAIP UTAMA DEPAN UMAH BOCOR. BETUL2 DEPAN PINTU PAGAR. TIME NIH TEAM JBA MAIN AGAK2 DI MANA BOSOR. DIA AKAN LIHAT KAT MANA ADA KELUAR AIR

SUDAH SIAP DI KOREK. TEMPAT BOCOR DITAMPAL. INSALLLAH PAS NIH OK DAH

SIAP DIKAMBUS, SELEPAS SEMINGGU DIA SURUH CALL SEMULA. SEBAB NAK BUBUH TAR@SIMEN BARU.
KALAU ADA MASALAH PAIP BOCOR SILA HUBUNGI NO 095739999 @ 095712222. ADUAN NIH DAH DIBUAT HAMPIR DUA MINGGU. BARU TEAM JBA SAMPAI. KENE SABO SIKIT SEBAB BANYAK NAK KENE COVER.

Monday, September 19, 2011

MUSIM DEMAM GAMAKNYER

'amr zahin muhammad (5 bulan)

'adl zahin muhammad ( 3tahun )

dah masuk hari ke 3 2 anak teman nih demam..anak2 demam memang berisiko kalau tak jaga betul2. biasa kalau demam kebah. demam kebah n tak terlalu panas. teman akan hantar ke taska je klu hari bekerja. tapi demam kali nih berbeza sikit. mungkin klu org2 tua2 kata 'demam nak besar'. anak demam adl siap mengerang2 time tido. terpaksa bawak mandi jam 245 pagi sbb terlalu panas. bahaya kalau panas sangat takut jadi sawan. .muhammad pun demam kali nih suhu agak panas tak macam biasa. tido kene bagi pakai pampers jer. malam kadang2 teman bukak baju dia bagi sejuk. biasanya kalau dalam 4 hati tak baik mmg akan bawak gi klinik. taku penyakit lain plak.

penah sekali member teman tanya kenapa bagi mandi kalau panas nanti panas badan terbantut nak keluar. petua nih teman jumpa dalam hadis. rasullah s.a.w ada sebut: demam ini adalah sebisan api neraka, sejukkan dengan air...riwayat mana teman tak ingat. so kaedah tuh la teman amalkan sampai hari nih kalau anak panas sangat. tp ubat tetap teman bagi.sebagai ikhtiar.alhamdulillah mmg ade hasil kalau badan anak terlalu panas.

inilah barang kali dilema kalau suami isteri bekerja. kalau jadi cam gi time2 hari bekerja. jadi serba salah. kene gak apply cuti. kalau time dua2 ade perkara penting camner..so bersyukur banyak2 bila dapat majikan yang bagus2 nih.

Sunday, September 18, 2011

BILA AYAM BELA KUCING


pelik tapi benar. kisah ini betul2 terjadi pada ayam peliharaan mak teman di kg. balik raya baru2 nih. teman lepak2 dibelakang rumah sambil menikmati kehijauan pepohon buah-buahan. tetiba teman nampak sekor kocung duk ikut je bontot bapak ayam kat reban mak teman. mula2 teman tak perasan sangat yang kucing tuh selalu ikut ayam. ingat kebetulan sahaja. setelah diperhati hampir berminit2. mmg sah kucing tuh ikut bapak ayam. teman tanya ayah teman kenapa kucing tuh ikut ayam. ayah teman citer kacik2 dulu. bapak ayam tuh bela kucing tuh. oh! patutla... besar sungguh kuasa allah. ayam ngan kucing pun bleh berbaik. kita sesama islam nih lagi kene berbaik2kan.

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 6, 2011

SELAMAT BERPUASA ENAM SYAWAL

sapa2 yang ade kesempatan . kelapangan. keupayaan. mari sama2 puasa sunat 6 di bulan syawal. mafhuh sebuah hadis menyatakan sesiapa yang berpuasa ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa 6 hari di bulan syawal seolah-olah berpuasa selama 1 tahun.

kalau mampu buat berterusan 6 hari berturut lagi bagus. namun kalau tak mampu carilah 6 hari untuk berpuasa di bulan syawal ini.

Wednesday, August 24, 2011

LESEN KERETA@MOTOR HILANG

kali nih teman nak cerita sedikit panduan untuk menyelesaikan masalah kalau lesen memandu kita hilang. kalau tanya org tak tau nih macam2 jawapan ade. suruh report polis la. kene ambil semula lah. dan macam2 jawapan bagi kita tambah sakit kepala. ini kisah benar teman. teman sedar lesen memandu hilang semalam bersamaam 24 ramadhan / 24 ogos 2011. so hari nih teman pergi ke JPJ untuk menyelesaikan masalah mudah ini.

pergi kauter pertanyaan kat mana2 JPJ bagi tau dia LESEN HILANG LA TUAN!

dia kata ambil borang ini dan isi, sediakan salinan depan belakang kad pengenalan anda. sekeping gambar ukuran pasport beserta duit RM20 SAHAJA.

so sediakan ape2 yang dia hendak. dah ada semua pergi dapatkan no giliran. sampai turn kita. bagi je semua2 dokumen biar dia proses pe2 patut dulu-bayar duit...pastikan dapat reset. selesai masalah anda kan..

time tuh jugak boleh check balcklist. kebetulan teman ade black list. so kene gi settle dulu. kalau di kuantan nih tempat dia dekat2 jer. so takde masalah. tempat lain teman tak sure la...

roger!


Saturday, August 13, 2011

AKADEMIK RAMADHAN UCSA

bergambar bersama peserta2 lelaki.

senarai peserta perempuan bersama kakak2 fasi yang comel + baik hati

menuju puncak takwa. begituh lah lebih kurang nyer. akademik ramadan kali pertama dianjurkan oleh pihak ucsa. seramai 33 penyertaan di kalangan pelajar2 sekolah rendah sekitar kuantan. penyertaan paling muda adalah pelajar darjah 2.

prog seharian bersama2 pelajar ini banyak memberi pengajalam baru pada teman. biasa kalau buat2 prog sebegini mengendalikan pelajar2 peringkat menengah sahaja. so kali nih lain. pelajar sek rendah. jutaan terima kasih kepada cikgu2 yang mengajar di sek ren. rupe2nyer bapok susohnyer nak handle budak2 camnih. tp menghiburkan.

antara pengisian program yang dijalankan adalah ceramah berkaitan dengan ramadahan. hukum ahkam berkaitan puasa. tadaruus. solat jemaah dan taraweh + witir.

feedback dari parent alhamdulillah menghilangkan penat lelah rasanya. tahun depan tawaran ini akan difikir2kan semula... penat oOOoo..

Tuesday, August 9, 2011

SEPATUTNYA ISTERI BERASA HEBAT

sambil2 penat melayan karenah2 setudent. ambil kesempatan ber'blogging'. kisah kawan perempuan teman bercerita hal suami. agak2 berapa ramai perempuan menceritakan tentang suami mereka ?. laki ke perempuan lebih ramai. pengelaman yang dilalui teman. mmg banyak perempuan citer perihal lelaki mereka compare dengan lelaki. takat nih dalam x-file teman lelaki baru ade sorang.

member teman nih bercerita. suami dia suka suruh dia masak. teman tahu biasanya sebab isteri penat bekerja. balik rumah akan terus bekerja. sehingga malam akan dikerjekan lagi. bila penat melanda rungutan akan tercipta. bentakan dalam jiwa. luahan rasa. teman pun bertanya: suami awok suke makan kat luar ker ? tak suke [sambil geleng2]. tapi dia akan beli lauk di kedai atau makan di kedai ngan anak2 kalau saya sakit. so that mean if u feel well kene masak la klu dia balik ? he he.. meraban omputih..salah tak pe dia tlg betulkan he he.. yeap! .. emmm! so ape masalah kalau awak ok sihat walafiat tlg masak makan sama! .. penat le ust! penat tuh pahala & menghapus dosa yang melambok tuh.. amboi ust..mulut! teman 'krenying jer time tuh'... suami aok suh masak ape biasanyer... dia tak kisah pe2 pun... ape2 pun boleh! ke ape2 pun tak bleh! ape2 pun boleh.. dia suke masak singgam! thui! masak singgam pun penat ke... aku sambil dukung anak je wat mende tuh..

isteri..isteri..sebenarnya isteri sebegituh [suami suka suruh masak] org sangat bertuah. lelaki jenis susah makan luar nih. yang suka masakan isteri. ketahuilah bahawa isteri tersebut telah berjaya menawan pusat segala benda yang berpunca dari perut.. kalau dah gituh keadaannya. masak je lah walaupun masakan singgam..syukur atas permintaan tersebut...isteri gituh jarang jarang dimadukan.. so jangan bimbang..kalau dia nak makan stand by je telur dadar ke. goreng sayur sket...

Thursday, August 4, 2011

TEMPOH MASA MENGERJAKAN SOLAT TARAWEH

bagus juga soalan student teman nih. jawab apa yang teman tahu. kalau ade pelawat2 ada makluman tambahan sila tambah. kalau teman ade makluman yang tidak tepat. sila perbetul. takde masalah pada teman.

kalau mengikut cara yang nabi buat.adalah selepas pada solat insyak. ini merujuk kepada hadis yang menceritakan nabi solat taraweh [disebt sebagai solat pada malam ramadhan]kemudian orang islam ikut. sehingga satu malam nabi tidak melaksanakan solat sunat tersebut tanpa keuzuran. esok nabi bagi tau kepada semua jemaah dia takut solat tersebut dianggap wajib. jadi ini adalah yang paling afdal. sepertimana yang dilakukan seluruh masjid2 di dunia barangkali.

namun ditulis dalam kitab fiqh manhaji solat taraweh boleh dilakukan sehingga sebelum terbit fajar. walluhu a'alam.

Tuesday, August 2, 2011

JAMUAN BERBUKA PUASA & BESDEY ANAK

kawan2 zahin n makcik2 jiran yang datang.
antara jiran2 teman la nih. mmg ajak jiran2 je pun. sbb dah pasang niat hari tuh nak buat jamuan berbuka bersama2. hajat terlaksana sudah.
kek yang dijanjikan. tempah di d'zetty. tapi masih tak mampu lawan yang zura buat kat teman waktu usia anak teman 4 tahun dulu.mmg tak terlawan.
makanan yang dimasak sendiri oleh teman. mee goreng-nasi goreng udang-bubur gandum [rupenyer ramai org tak penah makan] speggeti. roti la beli rm20 jer. air sirap selasih- cikgi midah sponser agar2 & keropok lekor.

sekejap jer masa berlalu.anak teman dan masuk umur 6 tahun. makna nya tahun depan dia dah sekolah rendah.makin pandai bercakap. pandai menjawab tapi masih hisap susu botol.puasa sekerat hari jer. biasa jam 1200 dah takde kuasa dah nih ayah! maknya nyer dia nak berbuka la tuh.

sambil2 buat majlis besday anak. buat jamuan siket2. semua masak sendiri jer. sebabtuh amik cuti 3-4. rehat sambil2 buat majlis berbuka. terima kasih kepada yang menjayakan majlis.

Sunday, July 31, 2011

SOLAT TARAWEH 4 RAKAAT 1 SALAM

hukum solat taraweh. solat 4 rakaat bg 1 salam jer. spttnya 2 kali salam. ialah habis 2 rakaat bg salam. habis 2 rakaat bg salam. cuma ada terjadi kadang2 imam terlupa duk thayyat akhir dia sambung terus jadi tiga. alang2 tiga imam akan terus tambah 1 lg jadi empat. maka jadi lah 4 rakaat 1 salam. apa hukumnya sahabat teman bertanya: maka kalau merujuk kepada kitab fiqh manhaji sembahyang tersebut tidak sah kerana khilaf masyru' atau dalam bahasa melayunya bercangan dengan syarak. wallahualam.

Saturday, July 23, 2011

PERINGATAN DIRI SENDIRI SEBELUM RAMADHAN

1- Menyambut kedatangan ramadhan dengan penuh keihklasan, kegembiraan. elakkan dari memikirkan perkara nagetif seperti takut kene gastrik, susu badan takde nak bagi baby, mabuk mengandung dll, insa'allah kalau kita memang semangat untuk sambut ramadhan perkara-perkara tersebut mudah untuk di atasi. juga nekad dalam hati untuk pertingkat segala kebaikan dan meninggal segala sifat buruk kita. bertawakal kepada allah.

2- Jangan termiss sahur. bangunlah sebaik-baiknya 1 jam sebelum masuk waktu subuh. Nikmati hidangan sahur dengan tenang. JANGAN GELOJOH.
PENUTUP SAHUR DENGAN KURMA DAN AIR MASAK

3- Mulakan kerja dengan membaca beberapa potong ayat suci al-quran. JANGAN SEKALI2 buka facebook sebelum membuka tafsiran al quran.

4- Cuba jangan tinggalkan DHUHA walaupun ditempat kerja. cube ye.

5- qailulah @ afternoon nap @ tido tengah hari jangan lebih 20 minit. selelap sudah boleh mengembalikan tenaga.

6- peruntukan khusus masa untuk MEMBACA AL- QURAN. berapa lama termampu. mulakan dengan 10 minit dulu.

7- cuba berbuka puasa dengan AIR + KURMA. makan lepas magrib. cube la dulu. bagi yang merokok cuba MEROKOK SELEPAS MAGRIB. yang yang mmg tak bleh berenti. jangan amalkan selepas berbuka terus isap rokok. kerana ia jelas menunjukkan nasfu itu telah menguasai kita.

8- sedekah harus perlu diperbanyakkan. sedekah wajib jangan dipandang ringan. khususnya untuk anak2 yatim.

9- guna ruang DAKWAH yang dianugerahkan oleh bulan ramadhan sebaiknya.

10-Hidupkan malam ramadhan dengan Qiam & membaca al quran agar beroleh TAKWA & lailatul qadr.

Wednesday, June 29, 2011

REJAB BULAN ISRA' MIKRAJ

bulan nih bulan rejab. bulan yang memang capek untuk penceramah kerana akan dijemput utk berceramah sempena bulan rejab. tajuk tentu tak lari tentang isra' mikraj. tp hr nih sedikit mengecewakan student2 teman apabila menghadiri seminar isra' mikraj tetapi ceramah2 berkaitan dengan masalah air.persekitaran dll. sehingga ada student yang yang bangun menyoal apa kaitan tajuk ceramah dengan seminar isra' mikraj. menyebabkan dewan menjadi hening seketika.penceramah kaku bicara. mmg tiada kaitan. cuma tetap majlis ilmu.

peristiwa yang difikir secara logik dengan akal memang tidak mungkin berlaku kecuali jika dalam hati ada iman. iman ye bukan taman...bayangkan dari kote mekah nak ke baitul maqdis. masjid aqsa jarak dalam 1235km. jauh tuh..kalau nak ke langit mmg kita tidak tahu berapa km. tetapi kalau ke matahari dalam 149 juta km.. kenderaan paling laju yang digunakan ke angkasa SPACE SHUTTLE hanya mempuyai kelajuan 17 320km per jam. so kalau naik kapal tuh untuk ke matahari sekurang2nya 8603 jam diperlukan baru sampai. 8603 jam tuh sama dengan 358 hari. maknanya dekat2 setahun tuh baru sampai.. naik ke langit mmg tak tau berapa lama. tapi nabi pergi satu hari sahaja. logikkah!

hari nih sikit demi sedikit logiknyer membuka minda kita. hari nih manusia boleh meneroka dasar laut berjam2 dengan bantuan peralatan menyelam. kalau tiada alat bantuan tersebut pasti tak boleh selam lamakan..setuju! dulu kita tak penah dengar cerita orang tido dalam dasar laut. sekang nih manusia boleh tido dah dalam dasar lautkan. bagaimana. naik kapal selam. turun dasar laut. tidor dalam kapal. boleh kan..tapi tetap menggunakan perantara iaitu kapal selam. macam2 lagikan...

camtuh juga israk mikraj...kalau manusia dah boleh cipta perkara2 tersebut. allah maha pencipta. apa la sangat setakat nak isra dan mikrajkan nabi kan...kan..kan...






Friday, June 24, 2011

TAHNIAH UCSA PENGANJUR PALING AKTIF DERMA DARAH

teman suka pakai baju merah nih..

teman wakil UCSA amik sijil dan penghargaan dari HTAA je...terima kasih adik teman yg tolong amik gambo candid nih..

Wednesday, June 8, 2011

Friday, June 3, 2011

SEKITAR MAJLIS AQIQAH 'AMR ZAHIN MUHAMMAD

antara tetamu yang hadir pada hari tersebut. terima kasih diucapkan.
macam2 ada untuk dimakan. sambal plam. kuah asam. tempoyak. ulam serai kayu..
memperkenalkan yang berdiri abg sham. jiran sebelah kiri. yang duduk din kipsas. dua tenaga yang banyak membantu. dari menyiang ikan sampai bakar ikan keli.
jutaan terima kasih tak terhingga kepada kumpulan marhaban seri inderapura.
meja yang siap dipasang pada pagi hari sebelum majlis dijangka mula jam 1015. time nih ikan keli masih belum dibakar lg.
nih sorang lagi org yang banyak membantu menyiapkan ikan. mr nash. malam nih siang 200 ekor keli. mula kul 9 malam siap jam 11 malam dengan 4 tenaga kerja
kambing jantan nak diakikahkan.
kambing jantan ke 2 yang siap utk diaqiqahkan. kambing ini terpaksa ditukar disaat2 akhir sebelum hari kejadian sbb tukang sembelih tuh. taknak sembelih kembing betina. so kelam kabut teman cari kambing jantan. ramai lagi masyarakat berkepercayaan bahawa kambing betina tidak boleh di aqiqahkan.

Tuesday, May 24, 2011

SEDIKIT VS SIKIT-SIKIT

Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tidur

Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam
kita sedikit pengorbanan

Saturday, May 21, 2011

KITA @ TUAN-TUAN - KITA LAGI SELAMAT

isu kecil je. tapi bagi besar pada teman. pengunaan perkataan ketika berceramah@tazkirah dll. teman selesa guna 'kita' ' contoh ayat : menurut hadis tersebut kita kene berusaha untuk datang solat berjemaah, pahala berganda2" contuh ayat 'tuan-tuan': menurut hadis tersebut tuan-tuan kene berusaha untuk datang solat berjemaah, pahala berganda2".. contoh pertama lbih kelihatan: memberi ingatan kepada jemaah dan diri sendiri. ayat kedua agak nampak yang bercakap agak bagus. barangkali sebab pengunaan perkata 'tuan-tuan ' menyebabkan ramai ahli jemaah orang2 biasa, sebaliknya ustad-ustad lebih banyak solat kat rumah...renung2kan lah..

Saturday, May 7, 2011

CERAMAH OH! CERAMAH

minggu minggu lepas nih teman berkesempatan untuk join kuliah subuh di sebuah masjid di kuantan. permulaan yang menarik berkaitan dengan Nikmat Allah swt yang paling besar iaitu kita menjadi umat islam. Umat Islam beruntung kerana menggunakan sumber rujukan utama daripada dahulu sehingga kini iaitu al quran yang memang tiada perubahan di dalamnya. begitu diturunkan kepada nabi begitu juga sampai kepada kita hari ini. Hebatkan! umat Islam dahulu hebat kerana al-quran yang sama kita ada pada hari ini. Malah sunnah juga menjadi pelengkap kepada umat islam hari ini. cuma pelik sumber yang sama digunakan hasil berbeda. jika dahulu umat islam cukup gemilang kini tunggang langgan. di mana silapnya! tepuk dada tanya iman..orang dulu sibuk beramal dengan al quran. zaman sekarang sibuk menceritakan kehebatan al quran tp tak plak sibuk beramal...sibuk membicarakan tentang sunah..tapi tak sibuk untuk beramal...mungkin la...

dalam kepetahan membicarakan cerita tentang nikmat tak tahu terkonar ikut mana masuk isu sumpah dato T. tuh hebat penceramah..tambahan isu semasa...teman tak kisah pun isu tuh disebut..ustad tuh ade la sebut isu sumpah tak syarie...dosa besar penyaksian palsu bla..bla..bla...bla..bla.. apa yang disampaikan semua betul.. cuma teman sedikit terkejut, apabila dikatakan bahawa " orang2 camtuh tidak akan diampunkan dosa dia " bukan terkejut sebab apa.. setahu teman la..setakat ilmu yang ada..kita boleh kata sesuatu perkara itu bersalah atau berdosa, cuma bab ampun..syurga..neraka nih...itu urusan allah. mmg teman penah terbaca dalam kitab Riadul Solihin mafhum sebuah hadis mengatakan Allah s.w.t benci ke laknat teman tak berapa ingat dah orang yang mengatakan kepada saudara Islam " allah tak ampun dosa kamu" kerana 'memberi keampunan kerja aku [Allah]...' .

bahaya lidah kita...kita kene jaga lidah kita..teman rasa ustad tuh tersasul je dah tak bermaksud...harap2 gitu la...susah juga kalau petah berbicara...betulla sabda nabi tentang lidah nih..dan tak pelik dalam hadis ade sebut tentang orng pandai berbicara nih..semoga Allah s.w.t lindungi teman...

KEPERLUAN SUSU ANAK

dugro susu abang

enfagrow A+ untuk 'Adl
enfakid A+ untuk muhammad

susu ibu memang terbaik untuk anak anak kita dari awal kelahiran sehingga usia 2 tahun. selepas dua tahun kita digalakkan bagi susu tambahan supaya pembesaran dia berkembang sehat. tapi semua anak2 akan meneruskan susuan ibu sehingga ke 2 tahun. anak teman yang sulung hanya 2 bulan sahaja menyusu badan. then tak mau dah. akan meronta2 atau nagis kalau bagi. anak ke dua teman hampir2 tiga bulan. situasi yang sama berlaku. tak mau dah. mungkin faktor isteri bekerja kot. anak yang ke 3 nih..baru sebula dah menunjukkan tak berapa minat susu badan. kene bagi susu badan dan susu fomula. kalau tak bg susu fomula mungkin sukar untuk dia tidor. so teman kene bekalkan juga susu formula.

paling mahal susu fomula untuk baby la rasanya, biasa 1 tin berat 400g harga di pasararaya lebih kurang rm 40. seminggu 1 tin. tapi bebaru nih jumpa tempat yang ade refill lebih murah sebb 200g boleh dapat rm 18, kalau 400g dapat la rm36 kan..jimat rm 4 dah kan.

sekang nih anak yang kedua dah minta dugro abang dia, so boleh la jimat lagi belanja. boleh tranfer ke adik dia beli susu.. selalu kalau teman shoping susu secara borong rajin penjaga kaunter bertanya: berapa orang anak nih bang? 3 orang...ye la satu troli penuh susu jer kan...

so renung2kan kepada siapa yang nak berumah tangga...rezeki insaallah ade kalau kita usaha...

Friday, May 6, 2011

SELAMAT HARI KELAHIRAN ANAKNDA 'ADL ZAHIN

kawan2 yang turut menjayakan majlis menyambut hari kelahiran 'adl

nyammy!

kasih sayang adik

kasih sayang abang

hari ini bersamaam 6/5/2011 genap dah umur adl 3 tahun. sekejap je membesar dah anak ayah & mama. semoga menjadi anak yang soleh. tak lupa juga terima kasih kepada TADIKA SURIA yang membantu mengasuh adl dari berusia 2 bulan hingga kini. juga terima kasih kerana menjayakan majlis sambutan hari lahir adl.


Wednesday, May 4, 2011

JANGAN DUDUK ATAS KUBUR NABI LARANG!

jangan duduk atas batu kubur tuh! nanti punggung tuh kene bakor! ust nih bedo'oh je. rupe2 nyer memang ramai lagi orang yang tak tahu. teman ingat saje melangar larangan nabi s.a.w. rupenyer teman selidik betul2 memang tak tahu. bila teman explain baru cepat2 semua bangun dari duduk atas kubur.

maksud atas kubur mencakupi, duk atas batu nisan bentang tikar atas kubur betul antara 2 batu nisan atau atas binaan tepi yang menghalang dari tanah runtuh.

jadi kalau ke kubur kene lebih menjaga adab ke kubur, jangan duduk sembarangan pilih tempat2 antara dua kubur atau sebagainya.

sabda nabi: kalau seorang itu duduk atas bara api sehingga terbakar pakaian dan menembusi hingga ke kulitnya demikian itu lebih baik dari dia duduk atas kubur [riwayat muslim] semoga kita lebih berhati-hati

Monday, May 2, 2011

KENAPA AYAH TAK NAK PERGI JALAN-JALAN KUANTAN PARADE

kuantan parade adalah satu2 tempat yang teman bawak anak2 teman gi beli barang ketika memerlukan. time nak raya. time nak beli kasut baru. atau time teman nak tembah seluar or baju. kalau nak makan kfc teman bawak gi giant. nak makan pizza pun teman gi giant jer. senang .surau besar.. jarang sekali teman gi ECM bawak keluarga.seingat teman baru 2 kali bawak anak2 pergi sana. tu pun sbb mama nak beli apple donat. seingat teman. mega mall las sekali teman gi waktu wife ngidam makan di kenny rogers. anak2 teman mmg tak tau mega mall wujud. kesian.

tak tau macam mana hari nih boleh terpacul dari mulut anak teman soalan " ayah! jom kita jalan2 kuantan parade? nak wat ape? zahin nak beli apa? anak teman jawab: saje je, kita jalan2. teman jawab tak mau la, kalau ade mende baru kita gi k! nape ayah pulak ayah tak nak gi jalan-jalan? bukan ayah tak nak pergi, tak de ape nak beli, nanti kita penat! lagi pun allah tak suka kalau gi tempat camtuh kalau takde tujuan { kalau ade tujuan kira ok la } [ hadis abi hurairah: tempat paling disukai oleh Allah ialah masjid, tempat paling dibenci oleh Allah ialah pasar-pasar : riwayat muslim ] nape pulak Allah tak suka! sebab situ tempat syaitan bertelur , beranak berperang dan kat situ banyak jerat2 syaitan [ riwayat muslim oleh abi hurairah].

emmm! kalau camtuh kita gi tengok ikat kat kolej ayah lah! mana ada ikan dah..kolam semua kene simen dah! emmmmppmmh... kita gi bagi kucing mandi nak...jomm...

Friday, April 29, 2011

NAK PANDAI MACAM AYAH

video ini dirakamkan oleh 'adi zahin

zahin nak jadi cam ayah jugak la! nak jadi ape..pandai mandi baby..aik ! tu je nak jadi.. anak2 sentiasa perati apa kita buat. dalam bab solat nih. biar dari kecik. ajak sembahyang. tak pun biar dia tengok kita sembahyang. sikit-sikit dia akan ikut. bila dah mula ikut kene terangkan falsafah solat.

Wednesday, April 27, 2011

HUKUM WANITA SEDANG HAID KE TANAH PERKUBURAN

ust ape hukum org perempuan masuk kubur? soal seorang student perempuan kepada teman. klu dia mati memang kene masuk kubur pun! ha ha ha..ayat lawak teman kalau lawak lah :) serius la ust! :) ok..awak tanya la spesifik sket..dia masuk kubur ke! kawasan perkuburan ker! masuk iring jenazah ker! masuk bersih kubur ker! masuk time raya ker!..

gotong royong bersih kubur la! biasa la kan perkuburan umat Islam jarang-jarang jumpa kubur dulu biasa selak rumput baru jumpa kubur. agak kalau kita bukan syarikat jaga kubur mintak bayaran yuran tahunan kepada waris si mati derang bayar dok. kalau bayo nak je teman bukak satu. bleh wat part time. ujung minggu jer. gi mesin kawasan kubur.

berbalik kepada soalan! sbnrnya dia nak tanya hukum perempuan datang bulan masuk kawasan kubur tujuan gotong royong. setahu teman la kalau merujuk kepada kitab2 fekah perempuan2 datang bulan nih memang ade perkara2 yang haram: seperti solat, baca al quran,tinggal dalam masjid, tawaf, berpuasa, & hubungan seks. tuh antara perkara yang dilarang atas perempuan haid.

hukum melawat kubur bagi perempuan adalah harus berdasarkan sebuah maksud hadis yang mengatakan melawat kubur mengingatkan kita kepada akhirat dan aisyah pernah bertanya rasulullah kalau pergi kubur nak baca apa lalu rasulullah s.a.w berkata ucapkan salam kedua2 hadis ini menunjukkan keharusan untuk perempuan pergi ke kubur. WALAUBAGAIMANA PUN mmg ade satu lagi hadis yang melaknati prempuan pergi menziarahi kubur. ulama' mentashihkan hadis tersebut untuk perempuan2 jenis yang menagis sambil mengoyak2 kan baju atau yang boleh menimbulkan kekecohan di kubur. MANAKALA perempuan2 yang mudah sedih kalau ke kubur hukumnya menjadi makruh.

bagi perempuan sedang datang bulan apa hukumnya? sama macam hukum perempuan ziarah kubur.

ini antara jawapan teman boleh bagi. mungkin penjengok2 blog boleh tambah atau perbetulkan jika ada kesilapan fakta..

SUP PAK ALI CENDERAWASIH

inilah lokasi Warong Sup Pak Ali di Cenderawasih terletak di medan selera yang baru. persekitaran yang tidak seperti dulu di tepi jalan bawah naugan pokok. teman yakin ramai yang mengeluh lokasi baru yang panas dek condng matahari yang nak tenggelam ke sebelah barat. teman makan semalam memang sangat panas. bawah pokok dulu best redup. sapa la punya idea pilih kawasan nih yerk...kesian .. kesian..panasss

teman cari juga sebuah lagi kedai Abang Nan Nasi Goreng Udang...tak jumpa...ke mana yerk.

Monday, April 25, 2011

GUNTING RAMBUT DI INDERAPURA

muka duarius

sudah siap! beres