zahin nak jadi cam ayah jugak la! nak jadi ape..pandai mandi baby..aik ! tu je nak jadi.. anak2 sentiasa perati apa kita buat. dalam bab solat nih. biar dari kecik. ajak sembahyang. tak pun biar dia tengok kita sembahyang. sikit-sikit dia akan ikut. bila dah mula ikut kene terangkan falsafah solat.
Friday, April 29, 2011
Wednesday, April 27, 2011
HUKUM WANITA SEDANG HAID KE TANAH PERKUBURAN

gotong royong bersih kubur la! biasa la kan perkuburan umat Islam jarang-jarang jumpa kubur dulu biasa selak rumput baru jumpa kubur. agak kalau kita bukan syarikat jaga kubur mintak bayaran yuran tahunan kepada waris si mati derang bayar dok. kalau bayo nak je teman bukak satu. bleh wat part time. ujung minggu jer. gi mesin kawasan kubur.
berbalik kepada soalan! sbnrnya dia nak tanya hukum perempuan datang bulan masuk kawasan kubur tujuan gotong royong. setahu teman la kalau merujuk kepada kitab2 fekah perempuan2 datang bulan nih memang ade perkara2 yang haram: seperti solat, baca al quran,tinggal dalam masjid, tawaf, berpuasa, & hubungan seks. tuh antara perkara yang dilarang atas perempuan haid.
hukum melawat kubur bagi perempuan adalah harus berdasarkan sebuah maksud hadis yang mengatakan melawat kubur mengingatkan kita kepada akhirat dan aisyah pernah bertanya rasulullah kalau pergi kubur nak baca apa lalu rasulullah s.a.w berkata ucapkan salam kedua2 hadis ini menunjukkan keharusan untuk perempuan pergi ke kubur. WALAUBAGAIMANA PUN mmg ade satu lagi hadis yang melaknati prempuan pergi menziarahi kubur. ulama' mentashihkan hadis tersebut untuk perempuan2 jenis yang menagis sambil mengoyak2 kan baju atau yang boleh menimbulkan kekecohan di kubur. MANAKALA perempuan2 yang mudah sedih kalau ke kubur hukumnya menjadi makruh.
bagi perempuan sedang datang bulan apa hukumnya? sama macam hukum perempuan ziarah kubur.
ini antara jawapan teman boleh bagi. mungkin penjengok2 blog boleh tambah atau perbetulkan jika ada kesilapan fakta..

SUP PAK ALI CENDERAWASIH

teman cari juga sebuah lagi kedai Abang Nan Nasi Goreng Udang...tak jumpa...ke mana yerk.
Monday, April 25, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Monday, April 11, 2011
BAHAN-BAHAN MANDI SERUM

banyak bahan-bahan yang boleh digunakan cuma kalau dirumah teman hanya ada beberapa bahan sahaja antaranya kendong rusa putih. kendong rusa hitam. daun inai.daun limau purut. daun serai wangi. daun pandan. daun belimbing. masuk dalam periuk rebus sahaja. cuci sebelum rebus takt ade ulat bulu kang miang satu badan.
Saturday, April 9, 2011
MAKANAN ORANG BERPANTANG

nih resepi teman buat kalau sapa yang brgelar suami nak sediakan untuk isteri dia bleh la cuba.
untuk bakar senang cap kacang je nak buat. cuci 2 katan ikan haruan gaul ngan garam sikit. bungkus dengan daun pandan. kepit dengan pembakar. biar atas dapur dalam 15 minit sambil balik2kan ikan tersebut.
nak buat sup haruan bagi orang berpantang juga tak la susah pun: ambil 2 ulas bawang putih sebesar ibu jari tangan anda, sedikit halia ( besar jari kelingking dah ok kalau banyak sangat nanti sup jadi pahit), sedikit lada hhitam jangan banyak sangat takut panas, bunga lawang yang digoreng sekuntum. masuk kesemua bahan2 tersebut dalam lesung. tumbuk bagi lumat. kalau dah siap masukkan je dulu dalam periuk nak masak sup. kemudia ambil 2 katan ikan ruan masukkan sekalu. bubuh sedikit sahaja air dulu. panaskan biar mengelegak. dah agak mengelegak tambah secawan kecil air nak bagi jadi kuah banyak sikit. biarkan. tambah garam sesedap rasa.
untuk bahan tambahan boleh masukkan lobak cina, lobak merah, bubuh serai pun sedap aroma dia akan bertukar, buuh batang saderi sikit nak bagi naik aroma sup.
selamat mencuba.

Friday, April 8, 2011
KELAHIRAN PUTERA KE 3

terima kasih jugak nak ucap kepada yatie pengasuh di taska suria kerana bantu jaga 2 hero teman. disebabkan teman takde sedara mara dekat yang boleh tolong. teman tepaksa mintak tolong kat pengasuh anak2 teman. tak rugi buat baik ke orang2 nih. nak2 orang2 biasa la... time susah camnih sudi je menolong jaga anak2 teman. anak2 teman pun alhamdulillah malam tuh allah mudahkan urusan. dia jadi tak kisah je tido taska malam. iye la kul 1000 malam teman hantor anak ke sana.. pastuh terus ke HTAA ke wad bersalin....insa'allah pas nih bleh rajin up date citer sblm nih agak kesibukan sikit...insa'allah ada jalannya
Subscribe to:
Posts (Atom)