feri yang menjadi pengangkutan kami dari jeti tanjung gemuk ke kampung tekek pulau tioman. masa pergi bilangan penumpang mencapai tahap maksimum. terdapat group student uia yang membuat kajian tentang batu karang dan student sport sains dari UTM dan group JAIP. dengan saiz kerusi kapal untuk punggung bersaiz 20 sahaja. tentu menjadi tidak selesa kepada siapa yang mempunyai saiz pingul 32. perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam dari jeti tanjung gemuk ke jeti kg tekek... harga tiket one way RM35 sahaja untuk dewasa.
sebelum sampai ke jeti kg tekek. feri akan berhenti di 2 jeti lain. iaitu jeti kg juara dan jeti kampung genting untuk menurunkan penumpang. JETI KG JUARA ( gambar di atas )
JETI KG TEKEK..gambar masa landing time.. agak baru jugak jeti ini. siap dengan tempat menunggu. ada aircorn. cuma tidak disediakan troly untuk bawak barang masuk ke dalam. so kalau bawak banyak barang memang kene pikul la dalam jarak 300m lebih kurang.
jeti kg genting. ada sorang kenalan chat2 dalam kapal. dia kata kampung genting ok lagi. arak2 semua kurang berleluasa. disebabkan kami hanyak beroperasi di kg tekek tak sempat ziarah ke kampung genting. insa'allah soon...
suasana ketika baru sampai di jeti kg tekek. kelihatan penumpang membetul2kan urat. sambil merancang perjalanan dan aktiviti seterusnya. kawasan nih dah luar daripada tempat menunggu jeti dah...
ini adalah kenderaan rasmi kami. mula2 sampai teman bertindak sebagai pilot pajero nih. satu perkara yang menarik kat kg tekek nih, barang kali seluruh tioman kenderaan orang tinggal dalam kereta sahaja. kunci motor pun ramai yang biarkan pada motor. barang kali duduk pulau camtuh kot. kalau curi pun nak bawak lari ke mana.
pesona island resort adalah kediaman kami. sapa tak ingat. tapi bukan perseorangan punya.keadaan dia biasa2 sahaja. kalau ikut kat banner yang dia tampal. bilik dari RM70 -RM120.. bilik takde TV..tapi boleh la untuk rehat2 sebab ade aircon..kalau takde aircorn tak tahan panas...
ini tempat makan hari2. masakan boleh tahan. harga standart di pulai. air mineral RM2 ... yang lain2 sendiri mau ingat la yerk...
kerjernihan air yang mmg tak dapat dinafikan. mungkin itu salah satu sebb pelancong ramai. air bersih + jernih. nampak ikan dalam air gambar atas. gambar tersebut diambil dengan menggunakan BB Curve jer..kalau D7000..siap bleh nampak jantina ikan...
biasa orang datang mandi di Taman laut la..sebab selamat dan bleh tengok ikan yang cantik2..
itu lah sikit sebanyak yang dapat dikongsikan bersama sepanjang teman membentangkan kertas kerja Konsep Dakwah Pelancongan di sana...awas! kepada ibubapa yang nak bawak anak2 ke sana. suasana panas menyebabkan pelancong berpakaian bikini je kalau nak jalan. bukan sahaja penlancong mat saleh. yang melayu pun pakai cam mat saleh. kadang melayu tuh lebih pada mat saleh. arak merata2. ade kedai yang jurujual dia melayu harap bukan owner pun jual arak...hanya ada Pegawai Penyelaras Masjid je yang mewakili pejabat agama mmg tak mampu nak mengekang maksiat yang berterusan.
teman ade berborak dengan cikgu situ..ade pelajar hanya datang sekolah seminggu sekali sahaja... di kg tekek ade kompleks pendidikan. dalam kompleks tuh ada sek rendah, sek menengah sampai tingkatan 3..insa'allah mula tahun depan dah ade tingkatan 4 dan seterusnya tingkatan 5..
kebanyakkan yang masih ade di pulau tioman adalah genarasi ke 3, generasi yang wujud sudah tua. pengunaan bahasa pun agak berlainan sedikit..ada bahasa yang memang kita sendiri dah tak paham.. contoh perkataan MAN kerujuk kepada saya.. logik kot..sebab kalau di jerantut perkataan DI merujuk kepada awok...
kebanyakkan yang masih ade di pulau tioman adalah genarasi ke 3, generasi yang wujud sudah tua. pengunaan bahasa pun agak berlainan sedikit..ada bahasa yang memang kita sendiri dah tak paham.. contoh perkataan MAN kerujuk kepada saya.. logik kot..sebab kalau di jerantut perkataan DI merujuk kepada awok...