Wednesday, August 29, 2012

KENAPA PEREMPUAN ISLAM KENE PAKAI TUDUNG


Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”


Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”


“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”


“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.


“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.


Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.


“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”


Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.


Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.


“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”


“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.


“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”


“Pernah.”


“Pernah masuk ke kedai emas?”


“Pernah.”


“Pernah ke pasar malam?”


“Pernah.”


Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.


“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”


“Tentu sahaja di kedai emas.”


“Bagaimana keadaannya?”


“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”


“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”


“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”


Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.


Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.


“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”


Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.


Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”


Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.


Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”


Semua melafazkan syukur.

___________________________________


*Dpetik daripada buku BUKAN SUSAH NAK FAHAM terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Tulisan Ustaz Zahiruddin Zabidi

Tuesday, August 28, 2012

OKU - KAMI BANTU III


kali ini kami terjah ke kampung tiram. setelah kami dapat sedikit maklumat dari sahabat2 yang tau. sebelum ini bantuan ke ibu tunggal dan fikir miskin. maklumat kami perolehi daripada rakan wartawan yang penah membuat liputan. kedua2 penerima bantuan di kg yang sama.gambar atas sekali tuh. dimaklumkan oleh mak dia. anak dia nih masuk bulan ramadhan ini bebaru ini terus tak boleh nak bergerak. terbaring je. sebelum ini ok je boleh menguruskan diri sendiri dengan kerusi roda. sekarang ini nak buang najis besar pun perlu dipapah oleh si ibu yang dimamah usia. nasib baik ade gak adik dia bantu. semoga allah kembalikan kesihatan semula kepada lelaki tersebut. pesanan penaja biasanya ' sakit2 pun kene sembahyang ye bang'..insa'allah...ade rezeki baik la kiteee..

gambar ke dua nih. sadis cerita dia. ayah dia jaga. ibu pun dah tak sihat. asalnye dia kata sakit kebas2 tangan je. kerja asal bawa lori. ada 3 orang. semua dijaga oleh tok aki dia. sebb isteri dia lari.. tergamak kan manusia zaman sekarang..biasa dengar isteri ditinggalkan suami..kali nih isteri meninggalkan suami yang sedang sakit..nak cakap pun tak boleh dah dia nih...semoga allah kurniakan kekuatan kepada ayah dia terus menjaga beliau...

PENCARIAN IBU TUNGGAL: KAMI BANTU 2

ibu tunggal ini baru kematian suami. ada kalau tak silap teman 5 orang anak kecik2 lagi. untuk menyara anak2 dia. dia amik upah jaga anak org lain. tapi sorang sahaja. bayangkan pendapatan dia dengan jaga anak orang tuh untuk dia memberi makan 5 mulut... yang berdiri dengan dia tuh kene penyakit Thalassemia..tul ke teman eja nih

kakak nih plak anak dah besar2 la skit.sebab ade yang sekolah rendah dah. juga suami dah meninggal dunia...

yang menerima sumbangan tuh anak makcik.sepatutnya tingkatan 5. tapi berenti belajo sbb nak jaga adik katanya. teman tak pasti. kena siasat lagi. rumah yang mereka duduk sekarang nih diberi oleh seseorang. tak pasti siapa..kisah keluarga nih penah mendapat liputan luas sebb 2 beradik mereka meninggal dunia lemas kalu tak silap teman...

IBU TUNGGAL-FAQIR MISKIN-OKU KAMI BANTU

ini adalah rumah kami kunjung untuk diberi sedikit sumbangan pada bulan ramadhan tempoh hari. sumbangan tersebut diharapkan dapatlah meringankan bebanan untuk persiapan raya. rumah atas ini terletak di tanah putih. pak cik nih kerja dia mengutip besi.kertas.plastik dll. ituh lah keadaan rumah dia dari luar. gambar di dalam macam kat gambar bawah nih sewaktu kasi serahkan sedikit sumbangan dari warga UCSA tempoh hari.

dalam gambar nih mugkin nampak ok. realitinya kalau sahabat2 kunjung rumah dia. subhanallah. susah nak diceritakan kalau nak menulis ini.

ini gambar rumah di cherating. dihuni oleh seorang lelaki bujang yang agak berusia tapi masih bertenaga walaupun tak kuat mana.

makcik nih teman repek habis. ibu tunggal.juga bekerja mengutip sisa buangan orang " sampah kita rezeki mereka'. walaupun kesihatan tak berapa baik tetapi makcik tetap berusaha mencari sesuap nasi.

ini keadaan rumah makcik atas tuh. penuh dengan 'rezeki' walaupun kelihatan sampah kepada kita.makcik ini juga ibu tunggal. tak pasti dia dapat ke tak bantuan kerajaan sama ada JKM atau zakat.

ini lah orang bujang yang agak berusia duk sorang2 nih. dia tumpang makan dirumah anak sedara @ adik teman tak ingat dah...

selepas teman menziarah sendiri golongan2 ini. baru teman bulih buat kesimpulan. benarlah maksud firman allah. allah takkan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka yang nak mengubah nasib mereka.ade sebahagian mereka mmg sangat susah, tetapi mereka terus berusaha. mereka ini kalau kita jumpa. mulut tak lekang terima kasih + alhamdulillah... ada satu lagi jenis asal kita jumpa macam2 mende derang adu..ini tak de..ini takde..itu takde..fizikal kuat tapi tak mau usaha. kadang2 ada anak lelaki..badan sasa ..tanpa segan silu menghisap rokok..kan membazir tuh... ragam manusia. kami akan terus membantu golongan yang sentiasa bersyukur disamping terus usaha...ada yang dah diberi rumah..pun tak puashati rumah kecik bla..bla..bla...manusia..oh manusia...

Monday, August 27, 2012

SOLAT JUMAAT BAGI MUSAFIR

السلام عليكم ورحمة الله

sudah lama teman tidak menulis. last sekali bulan puasa hari tuh. itu pun copy paste dari Dr Zaharuddin berkaitan dengan ramadhan. barang kali tahun ini cuti agak lama bagi cikgu2 dan suami2 cikgu. dari hari khamis bertemu Ahad. kalau beraya tuh mungkin sampai tahap tepu gamaknyer. dalam suasana beraya barangkali ada sahabat pulang ke rumah dari kampung pada hari jumaat. bermusafir pada hari jumaat. kalau kita baca kitab Riyad al-Solihin digalakkan bermusafir pada awal hari khamis.

bila musafir hari jumaat ini ade la sorang sahabat teman tanya pasai solat Jumaat bagi yang bermusafir. wajib ke tidak. dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: sesiapa yang beriman dengan allah s.w.t dan hari kiamat, diwajibkan atas mereka solat jumaat kecuali bagi orang-orang sakit, orang bermusafir, orang perempuan, kanak-kanak dan hamba diriwayatkan oleh al- DarQadni. riwayat ini turut disokong oleh hadis yang diriwayatkan daripada ibn umar r.a daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tiada bagi musafir solat jumaat diriwayatkan oleh al-Thobrani dalam Kitab Mu'jam al-Ausad.

walau bagaimana pun sah solat jumaat kalau dilakukan oleh musafir dan tidak perlulah solat zohor
.
والله أعلم