Friday, December 21, 2012

EKO-PARK . LAKE TOWN . BUKIT MERAH

DARI PULAU ORANG UTAN KAMI GERAK KE ECOPARK. DAH NAK SAMPAI JETI DAH. KALAU KE PULAU ORANG UTAN JETI LAIN. DARI PULAU ORG UTAN DIA AKAN DROP BY KAT JETI LAN..TAPI DUA2 JETI DEKAT2 JE.KALAU IKUT JALAN DARAT PUN BULIH.

DI GERBANG EKOPARK LAKE TOWN. HAIWAN2 DALAM NIH BANYAK JUGAK LA. TAPI TAK SEBANYAK KAT ZOO. YANG BEZANYA KAT SINI..HAIWAN KECIK2 DAN TAK BAHAYA OLEH DIPEGANG2..BOLEH AMIK GAMBAR...

NIH TANDA ARAH BAGI YANG HILANG ARAH..

Add caption

IGUANA NIH USIA DIA 12 TAHUN. LIDAH TERJELIR . BURUK PERANGAI GITUH...ANAK TEMAN PUN TAK TAKUT..

RUSA NIH KALAU KITA BAWAK MAKANAN DIA AKAN KELUARKAN KEPALA..BLEH NAK NAK USAP2..

BURUNG MERAK DALAM EKOPARK NIH MEMANG MANJA2..TAK RETI TAKUT KE ORG LANSUNG..SAMA TINGGI NGAN ANAK TEMAN JE BURUNG NI

MONYEK KECIK YANG JINAK...

BURUNG KAKAK TUA TAK TAKUT KE ORG..SIAP BLEH NAK ATAS BAHU LAGI...

JINAK2KAN.. ANAK2 SUKA LA BERGAMBAR + USAP2 BURUNG NIH

INI TEMAN CELUP TANGAN DALAM KOLAM...IKAN BERDUYUN2 GIGIT2 JARI..ITIK PUN KALAU DIHULUR MAKANAN..MMG AKAN DATANG..MMG JINAKKAN..

MONYET KECIK BERSAMA DENGAN 2ND HERO

Wednesday, December 19, 2012

PULAU ORANG UTAN . LAKE TOWN . BUKIT MERAH

ade tempat shoping gak wehh kat pulau nih.. hargenyer..allah je yang tahu..


gerbang masuk ke pulau orang utan di lake town bukit merah.

panas yeop..bersinor kepala teman...

anak orang utan yang sakit di letak dalam sangkar ini
pintu masuk kat lake town..dalam lake town ini ada pulau orang utan-eko park dan water park..

on d way nak ke pulau orang utan. amik masa dalam 15 minit jugak. ikut cara pemanduan dan keadaan cuaca semasa. kalau cerah. mmg cepat sampai. kalau hujan lebat. lambat sket la sampai.

belakang tuh drebar bot. laju dia nih bawak..

dah nak sampai kat jeti pulau orang utan dah nih.

lorong2 berpagar dalam pulau orang utan. keselamatan perlu diutamakan. takut diserang orang utan. takat nih takde lagi la yg kene serang.

hero sulong

kat sini ade sudut2 pengetahuan tentang orang utan. bagus baca. rupe nyer kalau org utan nih dia bersekedudukan dengan orang utan kawasan lain.. anak akan mati...ish..ish,,


bergayut2 org utan..nampak kecik2 2 ketoi tuh orang utan tuh.. nama org puteh semua nyer weh..



sekali masuk kat pulau orang utan nih dalam 40 org je..tak bleh lebih..

pulau orang utan adelah salah satu kawasan pelancongan kat lake town yang teman rekeman untuk bawak keluarga melawat. pengunjung bleh duk situh dalam masa sejam aje..pastuh pengunjung lain akan sampai plak. kalau tak alert pasai masa...memang kene tinggal la ..time teman pergi nih..ade 2 family yang tertinggal..dia kene tunggu sejam lagi utk bot balik ke jeti.. kat sini juga..kita dapat tengok ikan kaloi2 besor2..teman tanya staf situ..dia kate sini kawasan larangan memancing. jadi ikan mmg banyak dan beso2.. mantap..

Wednesday, December 12, 2012

JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH : ZOO TAIPING

cuti sekolah dah berlalu hampir 30 hari. kalau ikut plan mmg minggu ini teman akan bawak family jalan timba ilmu jalan-jalan tengok tempat orang dan jalan cari makan. kali ini rancang nak lepaking di bukit merah lake town.. sebelum singgah lake town teman gi jalan zoo taiping. rasanya setiap kali anak membesar dan pandai cakap mmg bawak ke zoo. anak sulong mmg dah kenai nama kebanyakan haiwan. anak ke-2 masih terkial2 memikir nama..yang kompem dia tahu..harimau-ayam-arnab-kucing-monyet-..bawak jalan zoo taipin..kalau monyet jenis kecik dia akan panggil anak monyet..nampak org utan..mama monyet.. so mmg perlu la bawak bagi kenai haiwan sambil2 jalan...

dari kuantan jam 730am sampai taiping..betul kat parking zoo jam 230ptg.. tiket parking rm2 tiket nak masuk zoo rm2 dewasa + rm8 kanak2...naik train free..

replika kerbau. dulu takde skang banyak gak replika..kerbau ade.buaya ade.org utan ade.macam ade.. mama mana..amik gambar la ape lagi..

night safari..kali nih tak leh gi NIGHT SAFARI..ujan turun dengan lebatnya..kalau nak melawat zoo nh musim hujan teman cadangkan datang melawat pagi..kalau idok..berjerok le basoh...

sinih area monyet kecik..kecik sangat..tomey2 je monyet2 sini

baru sampai sini hujan sudah turun daaa...pengembaraan terpaksa ditangguhkan..ingat nak jalan pelan2...kalau jalan pelan2 dalam 2 jam bleh habis pusing tengok semua spesis haiwan...

terpaksa naik train..teman duk depan sekali..habis berjeruk basoh


dah habis jalan zoo...dalam keadaan basah berjeruk nih..gi cari mee goreng mamak..ikit wife teman..ini kawasan dia kata nyer.. maklum le dia sekolah kat SERATAS dulu.....hari2 dengar bunyi gajah...roger dulu...

Tuesday, December 4, 2012

BERCUTI DI TERENGGANU

puisng-pusing naik TTI CRUISE sepanjang sungai terengganu mengelilingi beberapa pulau berdekatan. time nih bot lalu kat masjid kristal 24juta.. pakej yang dikenakan kepada kami RM55 satu family...layanzzz...
sampai2 di TTI je. terus menunaikan solat zohor di sini. kalau bergambar mesti hilang sorang. maklumla juru kamera takde. time nih cikgu nida amik gambo..kat pintu masuk masjid kristal..nih masuk free je la..


duk memerhati biawak beso dalam sungai. tak sempat nak snap gambo biawak . tengok biawak pun free

sempat juga melawat muzium negeri terengganu. bapok ke luasnyer. mmg tak larat nak pusing habis. pusing sikit jer dalam muzium. kebetulan TV hijrah buat program kat situh...nih kat luar muzium lagi..bergambar tak kene bayar la..

pintu masuk muzium. nak masuk kene bayar rm5 untuk dewasa.dalam nih dilarang amik gambar..

ini kat pantai batu burok. kat sini kalau hari sabtu n jumaat meriah. tapi sabtu lagi meriah. boleh naik kuda berhias. kami duk dalam kete kuda yang bulat. dewasa kene RM5 anak kene RM3. naik kuda pusing 2 pusingan je pun... cepat la naik haji org nih...

nampak cam senang naik ATV nih..tapi..bapok susah nyer..rasa cam nak tergolek je bila koner..tapi tak tergolek...time nih brader tuh tengah bagi taklimat camne nak kendali motor ini. arahan diterima paham.

gambor nih nampak cam takde pe2..kalau sahabat2 zoommm..nampak teman terkandas kat tengah2 laluan.. berdebor2 time nih..koner rasa nak terbalik rasa time nih...

kembali stable..so bleh bawak selow2 dulu.. RM20 untuk 15 minit sahaja..naik 10 minit rasa nak berenti..sebab sakit tangan dah..

main layang-layang tepi pantai mmg best. sbb banyak angin.kalau main kat umah jenuh berlari nak bagi layang2 naikkan.. layang2 kene beli... 1 RM10..

check in kat permai inn..kebetulan teman akan membentang kertas kerja di INTERNATIONAL SEMINAR ON AL QURAN IN CONTEMPORARY SOCIETY di KUALA TERENGGANU.....

nih tempat wajib pergi untuk golongan wanita.khususnya isteri2..koman-koman beli baju sehelai..made in ganu..
kebetulan teman nak present papaer kat ganu pada 1-2 disember 2012. sambil2 tuh bawak la family gi sekali. sbb drive sendiri. kalau gi ngan transport kolej maybe tak bawak la.sempat la melawat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjung. dulu dah penah gi dah time konvo di umt..kali nih gi sekali lagi..dulu banyak tempat tak sempat nak gi sebb rushing..kali nih agak tak terkejar2..sempat la pusing2 lagi...

DURIAN KOYAN BER KOYAN-KOYAN

buah durian yang belum di kutip belakang rumah tn hj rahman. ini baru sepokok. durian kali ini tak dijual kerana musim durian kali ini sangat menjadi.

durian yang dah dikutip akan dilonggokkan di sini. untuk dinikmati oelh tetamu2 yang datang sama ada anak2 tn hj rahman dan hjh rasimah atau biras atau jiran2 atau anak jiran2..semua akan merasa makan

durian yang baru dikutip. memang kelihatan segar bugar..tak macam yang jual kat pasar malam.
musim durian di koyan. sg koyan adalah kampung teman. tempat teman membesar. kalau tempat lahir adalah di perak, taiping, batu kurau, kg sempeneh. tapi teman dah jadi org pahang. sbb terrer cakap pahang. kalau kawan2 datang koyan hari nih..di kala pagi yang hening..kalau menghirup nafas segar...pasti akan terbau durian. nak menunjukkan banyaknya durian di koyan..disebabkan terlalu banyak durian kali ini. durian2 yang tidak larat utk dimakan akan dibuat tempoyok (rm5 sekilo.kalau amik borong) atau dibuat lempok (mau2 dua hari kalau kacau atas kawah)..