Tuesday, August 19, 2008

SEMINAR AL QURAN DAN PEMBENTUKAN UMMAH CEMERLANG

SEMINAR AL QURAN DAN PEMBENTUKAN UMMAH CEMERLANG merupakan seminar yang ke-3 aku dipelawa untuk bentang kertas kerja. Seminar ini bertempat di Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus Kusza. Kali nih aku membentang kertas kerja bertajuk : CABARAN PENTAFSIRAN AL-QURAN DALAM MEMBENTUK UMMAH CEMERLANG: SOROTAN TERHADAP UNSUR ISRAILIYYAT... sebenarnya Mursyid aku yang suruh...dia bayor..nak bentang kene bayo ooOO...rm 250.00...dia bayar atas tiket dia ok la..banyak tuh.....aku keje buat paper then bentang..masuk la proseding..ok la tuh.. Mursyid aku best giler...sangat2 bagus... Prof Madya Dr Asyraf bin Haji Abdul Rahman namanya..timbalan dekan fakulti Pengurusan dan Ekonomi....tp tak de plak dalam gambo tuh..tuh kawan2 yang sama-sama bentang..paling kanan tuh Ust Fauzi Yusoh..adik ustaz Zawawi yang kuar TV sokmo tuh..pensyarah UDM...sebelah dia tuh Dr Al-Iraqi...dari mana tak ingat dah....yang tengah tuh aku la kan..sebelah aku tuh Prof Madya Dr. Radwan Jamal, pensyarah dari UIAM, yang last sekali tuh... Ustaz kat UDM gak..dia timbalan pendaftar..buat kajian tentang Islam di Champa... dalam ramai2 aku sorang je pensyarah dari IPTS...mujur derang seme tahu shahputra takde la malu sangat..hu hu h...maknanya pensyarah Kolej Shahputra pun sama taraf je...jangan malu...insa'allah akan datang nih ada lagi aku akan bentang...tapi maleh cite lagi..takut tak jadi...dah jadi baru best citer..kasik bakar sama kawan2 yang dah ada master.....bentang dalam bahasa arab + melayu..aku nih mujur Bahasa Inggeris lintang pukang je...kalau dok...kalu dok..suh je ke mana aku g...

Tuesday, August 12, 2008

KEJAWIPAN MENTAATI SEORANG IBU

Seorang yang bernama Juraij sedang beribadat di sebuah gereja. Lalu ibunya datang memanggilnya. Humaid berkata: Abu Rafi' pernah menerangkan kepadaku mengenai bagaimana Abu Hurairah meniru gaya ibu Juraij ketika memanggil anaknya, sebagaimana beliau mendapatkannya daripada Rasulullah s.a.w iaitu dengan meletakkan tangannya di bahagian kepala antara dahi dan telinga serta mengangkat kepalanya: Hai Juraij! Aku ibumu, jawablah panggilanku. Ketika itu perempuan tersebut mendapati anaknya memulakan sembahyang. Dengan keraguan Juraij berkata kepada diri sendiri: Ya Allah! Ibuku atau sembahyangku. Tetapi Juraij telah memilih untuk meneruskan sembahyangnya. Tidak berapa lama selepas itu, perempuan tersebut pergi untuk yang kedua kalinya. Beliau memanggil: Hai Juraij! Aku ibumu, jawablah panggilanku. Juraij bertanya lagi kepada diri sendiri: Ya Allah! Ibuku atau sembahyangku. Tetapi beliau masih lagi memilih untuk meneruskan sembahyangnya. Oleh kerana terlalu kecewa akhirnya perempuan itu berkata: Ya Allah! Sesungguhnya Juraij adalah anakku. Aku sudah memanggilnya berulang kali, namun ternyata beliau enggan menjawabnya. Ya Tuhan, janganlah Engkau matikan beliau sebelum beliau mendapat fitnah yang disebabkan oleh perempuan pelacur. Pada suatu hari seorang penggembala kambing sedang berteduh di gereja Juraij yang terletak jauh terpencil dari orang ramai. Tiba-tiba datang seorang perempuan dari sebuah dusun yang juga sedang berteduh di tempat tersebut. Kemudian keduanya melakukan perbuatan zina, sehingga melahirkan seorang anak. Ketika ditanya oleh orang ramai: Anak dari siapakah ini? Perempuan itu menjawab: Anak dari penghuni rumah ibadah ini. Lalu orang ramai berduyun-duyun datang kepada Juraij. Mereka membawa besi perejang. Mereka berteriak memanggil Juraij, yang mana pada waktu itu sedang bersembahyang. Maka sudah tentu Juraij tidak melayani panggilan mereka, akhirnya mereka merobohkan rumah ibadah tersebut. Ketika melihat keadaan itu, Juraij keluar menemui mereka. Mereka berkata kepada Juraij: Tanyalah anak ini. Juraij tersenyum, kemudian mengusap kepala anak tersebut dan bertanya: Siapakah bapamu? Anak itu tiba-tiba menjawab: Bapaku adalah seorang penggembala kambing. Setelah mendengar jawapan jujur dari anak tersebut, mereka kelihatan menyesal, lalu berkata: Kami akan mendirikan gerejamu yang kami robohkan ini dengan emas dan perak. Juraij berkata: Tidak payahlah, biarkan ia menjadi debu seperti asalnya. Kemudian Juraij meninggalkannya



Monday, August 11, 2008

MENYAMBUT HARI KELAHIRAN 'ADI ZAHIN


Ini adalah gambar anak murid aku, ada9 orang termasuk anak aku. anak imad 2 orang..yang pakai kopiah tuh abang long..yang sebelah dia tuh adiknye..abang ngah...yang buat tanduk tuh syamie..murid yang suka bertanya soalan pelik2..antara soalan yang penah ditanya ialah... Kenapa huruf tuh mati ust ?...Bila huruf tu mati ust ?....best soalan dia tuh mencabar minda...sebelah syami..syauqi..adik dia..yang perempuan tuh kakaknya...sebelah kakaknya adik nye..ira...sorang tuh anak aku lah..2 orang lagi tak datang..sebab mak dia bersalin..so dia lepak kat rumah je..... sekejap je anak aku dan berumur 3 tahun.

Saturday, August 9, 2008