Tuesday, September 2, 2008

ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM KETAATAN HAMBA TERHADAP-NYA.

ALLAH SW.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN KEMURKAAN-NYA DI DALAM SETIAP KEMAKSIATAN TERHADAP-NYA.

ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA DI DALAM KITAB-NYA AL-QURAN.

ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADR DI MALAM HARI DI BULAN RAMADHAN

ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN HARI TERJADINYA KIAMAT DI DALAM HARI-HARI YANG KITA LALUI.

ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT-SOLAT TERHADAP-NYA.

Friday, August 22, 2008

Wednesday, August 20, 2008

PERINSTIWA ISRA' DAN MIKRAJ

Hadis Malik bin Sokso'ah r.a katanya:
Nabi s.a.w bersabda: Ketika aku berada di tepi Baitullah dalam keadaan separuh tidur, tiba-tiba aku mendengar percakapan salah seorang dari tiga lelaki iaitu yang berada di tengah-tengah. Lalu mereka menghampiri aku dan membawa aku ke suatu tempat. Kemudian mereka membawa sebuah bekas daripada emas yang berisi air Zamzam. Setelah itu dadaku dibedah sehinggalah ke sini dan ke sini. Qatadah berkata, aku telah bertanya kepada orang yang bersamaku: Apakah yang baginda maksudkan? Beliau menjawab: Hingga ke bawah perut baginda. Baginda terus bersabda lagi: Hatiku telah dikeluarkan dan dibersihkan dengan air Zamzam, kemudian mereka meletakkannya kembali di tempat asal. Setelah itu diisi pula dengan iman dan hikmat, lalu dibawa pula kepadaku seekor binatang tunggangan berwarna putih yang dikenali sebagai Buraq, ia lebih besar dari keldai dan lebih kecil dari baghal. Ia mengatur langkahnya sejauh mata memandang, sementara itu aku dibawa di atas belakangnya. Kemudian kami pun memulakan perjalanan hingga sampai ke langit dunia, setelah itu Jibril a.s meminta agar dibukakan pintunya, lalu ditanya: Siapa? Jawabnya: Jibril. Kemudian ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Lalu Jibril menjawab: Muhammad s.a.w. Lalu ditanya lagi: Adakah dia orang yang telah diutuskan? Jawabnya: Ya. Sejurus kemudian malaikat yang menjaga pintu tersebut membuka pintu sambil berkata: Selamat datang, sesungguhnya tetamu utama telah tiba. Lalu kami mengunjungi Nabi Adam a.s. Hadis ini menceritakan kisah yang berlaku pada ketika itu. Seterusnya diceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s di langit kedua, manakala di langit ketiga pula baginda berjumpa dengan Nabi Yusuf a.s. Seterusnya di langit keempat bertemu pula dengan Nabi Idris a.s. Setelah sampai di langit kelima baginda bertemu pula dengan Nabi Harun a.s. Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga sampai di langit keenam, lalu aku menemui Nabi Musa a.s dan memberi salam kepadanya. Beliau segera menjawab: Selamat datang wahai saudara dan nabiku yang soleh. Semasa aku meningalkannya, beliau terus menangis. Lalu beliau ditanya: Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Beliau menjawab: Wahai Tuhanku! Engkau telah mengutus pemuda ini kemudian dari ku, tetapi umatnya paling ramai memasuki Syurga berbanding dengan umatku. Kami meneruskan lagi perjalanan sehingga sampai di langit ketujuh, lalu aku mengunjungi Nabi Ibrahim a.s. Hadis ini menjelaskan bagaimana Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa baginda melihat empat batang sungai yang keluar dari pangkalnya iaitu dua batang sungai yang jelas kelihatan dan dua batang sungai yang samar-samar. Lalu Rasulullah s.a.w bertanya: Wahai Jibril! Sungai-sungai apakah ini? Jibril menjawab: Dua batang sungai yang samar-samar itu merupakan sungai Syurga, manakala yang jelas kelihatan adalah sungai Nil dan Furat. Seterusnya aku dibawa naik ke Baitulmakmur, lalu aku bertanya: Wahai Jibril, apakah ini? Lalu Jibril menjawab: Ini adalah Baitulmakmur, setiap hari tujuh puluh ribu Malaikat akan memasukinya. Setelah mereka keluar, mereka tidak akan memasukinya lagi kerana itu merupakan kali yang terakhir mereka memasukinya. Kemudian dibawa pula kepadaku dua bekas yang satunya berisi arak dan satu lagi berisi susu. Keduanya dihulurkan kepadaku lalu aku memilih susu. Maka dikatakan kepadaku: Kamu membuat pilihan yang tepat! Allah menghendakimu dan umatmu dalam keadaan fitrah iaitu kebaikan dan kelebihan. Hadis Muslim

Tuesday, August 19, 2008

SEMINAR AL QURAN DAN PEMBENTUKAN UMMAH CEMERLANG

SEMINAR AL QURAN DAN PEMBENTUKAN UMMAH CEMERLANG merupakan seminar yang ke-3 aku dipelawa untuk bentang kertas kerja. Seminar ini bertempat di Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus Kusza. Kali nih aku membentang kertas kerja bertajuk : CABARAN PENTAFSIRAN AL-QURAN DALAM MEMBENTUK UMMAH CEMERLANG: SOROTAN TERHADAP UNSUR ISRAILIYYAT... sebenarnya Mursyid aku yang suruh...dia bayor..nak bentang kene bayo ooOO...rm 250.00...dia bayar atas tiket dia ok la..banyak tuh.....aku keje buat paper then bentang..masuk la proseding..ok la tuh.. Mursyid aku best giler...sangat2 bagus... Prof Madya Dr Asyraf bin Haji Abdul Rahman namanya..timbalan dekan fakulti Pengurusan dan Ekonomi....tp tak de plak dalam gambo tuh..tuh kawan2 yang sama-sama bentang..paling kanan tuh Ust Fauzi Yusoh..adik ustaz Zawawi yang kuar TV sokmo tuh..pensyarah UDM...sebelah dia tuh Dr Al-Iraqi...dari mana tak ingat dah....yang tengah tuh aku la kan..sebelah aku tuh Prof Madya Dr. Radwan Jamal, pensyarah dari UIAM, yang last sekali tuh... Ustaz kat UDM gak..dia timbalan pendaftar..buat kajian tentang Islam di Champa... dalam ramai2 aku sorang je pensyarah dari IPTS...mujur derang seme tahu shahputra takde la malu sangat..hu hu h...maknanya pensyarah Kolej Shahputra pun sama taraf je...jangan malu...insa'allah akan datang nih ada lagi aku akan bentang...tapi maleh cite lagi..takut tak jadi...dah jadi baru best citer..kasik bakar sama kawan2 yang dah ada master.....bentang dalam bahasa arab + melayu..aku nih mujur Bahasa Inggeris lintang pukang je...kalau dok...kalu dok..suh je ke mana aku g...