Friday, October 10, 2008

ANDAINYA BENAR



ANDAINYA BENAR MEREKA CEMBURU DEK KERNA KERUSI BURUK MU,
BIAR KERUSI TERSEBUT BIAR MEREKA DUDUK,
BUKA BERMAKNA KITA MENUNDUK
KITA PERLU LEBIH JAUH MERANDUK ARUS PERJUANGAN
UNTUK MERANDUK HARUS PERJUANGAN TIDAK PERLU UNTUK DUDUK..
BIAR MEREKA DUDUK MACAM PAK KADOK....

SUDAH LUMRAH ORANG BERDAKWAH...MANA ADA ORANG SUKA KITA BERCAKAP BENAR..MEMANG MEREKA SURUH KITA SOKMO DENGAR KATA..TAPI MEREKA LUPA ALLAH MAHA BERKUASA..JANGAN SAUDARA TERLALU KECEWA...RASULULLAH PUN PENAH DITOLAK DAKWAHNYA..DIA TAK KECEWA..RUPA-RUPANYA...ALLAH SW.T TELAH MENYEDIAKAN DIA TEMPAT YANG PENUH DENGAN PENGIKUT YANG SANGAT SETIA....NAK KECEWA BUAT APA..NAK MERINTIH BUAT APA..ORANG YANG BENAR TAKKAN MERASA KECEWA..KERANA ALLAH PASTI TUNAI JANJI-JANJINYA..BIAR MEREKA DENGAN LABU-LABUNYA..SUATU HARI PASTI AKAN MERASA HINA APABILA AJAL DAH NAK JEMPUT TIBA..MASA TUH BARU HEGEH-HEGEH CARI KITA...JANGAN KITA LUPA DIA JUGA MANUSIA..MAAFKAN SAHAJA LA...ENTAH-ENTAH KITA YANG BANYAK BERDOSA..ALLAH NAK AMPUNKAN DOSA...MELALUI INI CARANYA...MANA LAH TAHU...TIME ADA JAWATAN DULU KITA RASA KITA BERKUASA...SENTIASA BERBICARA TENTANG APA-APA...RASA BANYAK PAHALA...LALU ALLAH NAK AMPUNKAN DOSA KITA SECARA SEGERA..UJIAN INI LAH MENIMPA...KALAU TAKPUN MEMANG ALLAH NAK ANGKAT MARTABAT SAUDARA...REDHA SAHAJA DENGAN KEHENDAKNYA....

Wednesday, October 8, 2008

RENUNGAN

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Surah Al Fatihah

Surah Al-Fatihah
download sini

Monday, October 6, 2008

PUASA ENAM SYAWAL

Assalamualaikum w.b.t....

Dari Abi Ayoub, R.A, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa 6 hari di bulan syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun ( Riwayat Muslim ).

Soalan :
Ust..macam mana puasa tuh boleh jadi setahun pulak..bukan 36hari je la....

Ustad : dari satu hadis yang diriwayatkan oleh ibn majah, Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan, Allah s.w.t gandakan setiap hari tersebut seolah-olah berpuasa 10 hari biasa, kemudian diikuti 6 hari di bulan ramadhan maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun ( Riwayat Ibn Majah ). jadi kalau kita kira sedniri 30 X 10 ganjaran = 300 kan, so tambah lagi 6 hari syawal X 10 = 60....campur dua-dua puasa tak ke jadi 360 hari..so setahunlah lebih kurang...

Soalan :
kene puasa berterusan ke ustaz...atau boleh selang seli je.....

Ustad : banyak pandangan ulama' tentang macam mana kita nak puasa...kalau ikut Imam As-Syafie : kene berterusan selepas hari raya...ini berdasarkan sebuah hadis...Sesiapa yang berpuasa 6 berterusan selepas Aidil Fitri, seolah-olah berpuasa setahun..hadis nih dikeluarkan oleh Tabrani..taraf dia daif..jadi sebahagian ulama' menolaknya..maknanya tak bulih pakai sangat la. Manakala pandagan ulama' lain sepeprti Imam Ahmad dan Waqi' pula : mereka mengatakan tiada beza sama ada berpuasa berterusan atau selang seli..yang penting berpuasa 6 hari di bulan syawal. terdapat satu lagi pandagan yang dikeluarkan oleh 'Ato pula: tidak digalakkan berpuasa di awal2 syawal sebab..hari untuk makan dan minum...wallah hualam...

itu adalah sebahagian pandagan ulama' sahaja...pada ustaz buat sahaja mana-mana cara yang agak selesa..jika tiada masalah buat berterusan..tapi jika ada kekangan lain..buat yang termampu...kerana s.w.t tidak menyusahkan hambanya...hadis yang berkaitan dengan puasa 6 tersebut bersifat mutlak....

soalan : boleh tak kalau kita gabungkan puasa sunat syawal dengan qada' sekali...

ustaz : dalam satu riwayat oleh Umm Salmah : Beliau berpesan kepada ahli keluarganya. Sesiapa yang perlu mengantikan puasanya bersegeralah berpuasa....

Berdasarkan hadis nih ulama' berpendapat hutang kepada Allah s.w.t perlu dilangsaikan dengan segera..jadi kalau kita tidak berpuasa di bulan ramadhaى..kenelah segera mengantinya...mungkin ada pandangan lain ..hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui..ust cakap nih berdasarkan ilmu yang ust ada je la ye....

wassalam....