Sunday, November 9, 2008

SAJAK KEMATIAN

semalam tak sempat nak komen isu sajak kematian...nih nak komen la sikit..ssiapa yang tengok berita hari sabtu malam dia tau la.....Sajak Kematian dikatakan jejas psikologi kanak2..aku rasa anak orang lain dak kot....anak dia pun dah rasanye...kot dia yang terasa..iye la bebadak kalau tengok camtuh..memang akan jadi baik takut..kalau dia takut dan berubah syukur sangat la..kalau dari dok ..dok reti hormat orang tua..tetiba jadi molek..dok ke bagus nama nye...tapi yang orang takut nye..bila anak dia balik je ke rumah..suruh mak dia solat..suruh mak dia tutup aurat..tuh yang dia takut tuh kot...setakat yang aku penah buat..termasuk budak2 sekolah rendah alor akar aku rasa..semua bagi feedback yang ok...derang tulis komen..pas nih tak nak tinggal solat dah..tak nak bohong mak ayah dah...takde pun tulis derang takut....nak bukti aku ade..ade simpan lagi komen2 budak2 tuh....so camne korang rasa...menda tuh bukan baru..dah berzaman..yang dalam video tuh gambaran sahaja....sebenarnye lebih dasyat lagi azab allah tuh....

..kalau budak2 18 tahun ke atas nih..kene bagi tengok yang real betul...macam mana yang berlaku kat iraq..kekejaman kat negara2 lain..baru derang insaf..dan syukur..pada pandangan dan pengalaman aku la....

yang pastinye lain orang lain pandagan...hasil survey yang aku tengok kat forum2..semua bersetuju dengan tayangan tersebu8uut..termasuk artis mesia....

semoga anak kita mentaati perintah allah...

'JANGAN MAIN API'

Jangan bermain api


DATUK IBRAHIM ALI, Ahli Parlimen Pasir Mas.


Dalam arena politik tanah air, nama Datuk Ibrahim Ali sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun berhadapan dengan risiko, Ibrahim tetap lantang memperjuangkan sesuatu isu.

Kini sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mewakili kawasan Pasir Mas, Kelantan, Ibrahim terus bersuara di Parlimen dan paling ketara apabila tercetus isu berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu. Tanpa mempedulikan sama ada ia dicetuskan oleh parti kerajaan atau pembangkang, sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat kedudukan orang Melayu dan Islam, maka Ibrahim akan bangun menentang dengan nada yang keras..BERITA PENUH...

EMMM.....

Friday, November 7, 2008

FAMILY DAY DI DE' RHU

GAMBAR DI AMBIL SEBELUM CHECK OUT..SELEPAS SARAPAN PAGI...

ADI ZAHARI TAK BERANI MANDI..SEMALAM DIA LEMAS..AKU TENGOK DIA LEMAS..KELAKAR + KESIAN...BUKAN DALAM PUN AIR ARAS PINGGANG DIA JE..DIA GUBRA...
ORANG2 KUAT SMK UBAI + AJK YANG MENJAYAKAN MAJLIS TUH..

ADL WAKTU DALAM MAJLIS TU..ALHAMDULILLAH DIA DUK SENYAP SAMPAI ABIS...ANAK ORANG LAIN ADA YANG KENE BAWAK MASUK BILIK..ASYIK NAGIS JE...SIAN DERANG....
TIME ORANG BACA DOA MAKAN NIH..DIA PUN DOA GAK KOT...

TETIBA JE ATAS MEJA ADA BOTOL ADL...MEJA KAMI DI MAJLIS MAKAN MALAM SMK UBAI

BERGAYA SEBELUM NAK TURUN KE MAJLIS MAKAN MALAM SMK UBAI...TP TAK BERGAYA SETARA MANA PUN...BAJU ATOK DIA BELI...

DI PADANG SUKA NEKA..JAM 500 PM ...LEPAS CHEK IN...TIDO JAP..BARU TURUN...

ACARA DAH MULA...

..BARU SAMPAI..ADI & ADL PELI..NIH BUKAN UMAH KITA NIH..NAPE TIDO SINI..DIA TANYA...

INI SUDAH BAHAYA

UMNO terima 900 aduan politik wang

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

“Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemilihan di peringkat 191 bahagian UMNO di seluruh negara dan pencalonan untuk jawatan-jawatan tertinggi parti itu telah bermula sejak 9 Oktober lalu dan dijadualkan berakhir Ahad ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.....BERITA PENUH....


INI SUDAH BAHAYA..MALAYSIA DI AMBANG KEMUSNAHAN..SEMUA BOLEH GUNA DUIT NIH..YANG KAYA TERUS KAYA YANG MISKIN KELAPARAN LA CAM NIH..HARAP2 ADUAN JE....SEMUA ORANG MELAYU PULAK YANG TERLIBAT.....PATUT LA BANGSA LAIN PUN NAIK RISAU......