Thursday, April 9, 2009

PETANDA UNTUK SIAPA

Pilihan raya kecil di 2 bukit dan satu batang sudah pun berakhir dengan keputusan 1 bn, 1 pas & 1 pkr. dalam kata lain 1 bn 2 pr..dalam kata yang lain lagi...sama macam dulu..tak de siapa rampas kerusi siapa bagi kawasan yang terlibat.

adat pertandingan..ada yang menang dan pasti ada yang kalah. yang penting masih menjalinkan hubungan silaturahim sesama islam...serta menjaga hak bukan islam.. tidak perlu wujud kepada fitnah menfitnah yang akhirnya akan membawa malapetaka.

yang kalah kene muhasabah diri..kenapa kalah..pasti ada sebabnya...jika perlu perubahan..haruslah melakukannnya..dalam TV3 semalam..Bung Mukhtar(kalau tak silap la nama dia) jaguh parlimen...dia kata "wakil bn di semananjung jangan mewah2"..kalau benar apa yang dikata..perlulah buat perubahan dari awal..bukan tiba masa nak pilihanraya baru sibuk buat macam2 program...rakyat makin lama makin pndai..tahun nih saje..berapa ribu dapat 10a1...tahun2 dulu... yang dah boleh mengundi...kene pikir2kanah...ini mungkin dugaan & cabaran kepada Datuk najib dalam mencorakkan semula politik dan ekonomi malaysia..takguna pemimpin kaya raya..tapi negara tak selamat..jadi pulak macam thailand...melingkup negara...biar tak kaya janji sama-sama senang....

yang kalah kene bersyukur..kadang2 manusia nih apabila allah uji dengan kesensaraan...spt kalah bertanding ...dia boleh hadapi dengan cara ingat allah selalu..tapi jika diuji dengan kesenangan..menang bertanding..dah tak berapa nak ingat kat Allah s.w.t dah..dah mula angkuh tak tentu pasai...mula nak ngata macam2 kat orang lain...ini semua kene beringat selalu untuk pemimpin yang menang.....

tak semua org2 bn tak betul...tak semua org2 pr betul..ini hakikat...kot mana pun kene pilih pemimpin yang mempunyai kuasa untuk pejuang rakyat... tetapi yang paling berkuasa hanya ALLAH......

Monday, April 6, 2009

DUA BUKIT SATU BATANG

Siapa akan bangkit dan siapa akan tumbang..siapa akan sakit siapa beroleh senang..semuanya akan ditentukan oleh pengundi pada malam ini. usah takut dah usah bimbang, perkara yang tersurat dan tersirat pasti akan datang...tungguuuu...!!!!

Thursday, April 2, 2009

Wednesday, April 1, 2009

KISAH NABI IBRAHIM A.S

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Nabi Ibrahim adalah seorang nabi yang sama sekali tidak pernah berdusta kecuali dalam tiga keadaan. Dua keadaan yang melibatkan Allah, iaitu ucapan Nabi Ibrahim: إِنِّي سَقِيمٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya aku sakit dan ucapan Nabi Ibrahim sendiri: بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا Yang bermaksud: Sebenarnya patung besar inilah yang memukulnya. Salah satunya adalah melibatkan diri Sarah. Sesungguhnya Ibrahim bersama Sarah pernah datang di wilayah seorang Raja yang diktator. Sarah adalah seorang wanita yang paling cantik. Nabi Ibrahim berkata kepada Sarah: Sesungguhnya jika raja yang diktator itu tahu bahawa kamu adalah isteriku, tentu beliau akan memaksaku untuk memiliki kamu. Jika beliau bertanya kepadamu, maka katakan kepadanya bahawa kamu adalah saudara perempuanku. Sesungguhnya kamu memang saudara perempuanku dalam Islam. Sesungguhnya di wilayah ini aku tidak melihat seorang muslim pun melainkan aku dan kamu. Ketika Nabi Ibrahim memasuki Wilayah Raja diktator tersebut ada seorang rakyatnya yang melihat Sarah. Beliau datang kepada Raja diktator tersebut dan melaporkan: Sesungguhnya telah datang ke wilayah kamu seorang wanita yang hanya patut menjadi milik kamu. Raja tersebut mengirimkan utusan kepada Sarah dan membawanya, lalu Nabi Ibrahim a.s mendirikan sembahyang. Ketika Sarah bertemu muka dengan Raja tersebut. Beliau tidak mampu menguasai tangannya untuk memeluk Sarah kerana tangannya tergenggam erat. Beliau berkata kepada Sarah: Berdoalah kepada Allah agar Allah melepaskan tanganku, aku tidak akan menyusahkan kamu, lalu Sarah berdoa. Raja menggenggam tangannya sendiri dengan erat, lebih erat daripada yang pertama. Raja mengulangi ucapannya, maka Sarah melakukannya. Raja menggenggam tangannya sendiri dengan erat, lebih erat daripada yang pertama dan kedua. Raja berkata: Berdoalah kepada Allah agar dia melepaskan tanganku. Demi Allah aku tidak akan menyusahkan kamu. Sarah menurut saja. Kali ini tangan Raja tersebut terlepas. Lalu Raja tersebut memanggil orang yang membawa Sarah dan berkata: Sesungguhnya yang kamu bawa kepadaku adalah syaitan bukan manusia. Usirkan beliau dari wilayahku dan berikanlah Siti Hajar kepadanya. Abu Hurairah meneruskan kata-katanya: Sarah kembali dengan berjalan kaki. Ketika Nabi Ibrahim a.s melihatnya, beliau menyambutnya seraya bertanya: Bagaimana khabarmu? Sarah menjawab: Baik, sesungguhnya Allah telah mengunci tangan orang yang ingin berbuat jahat atau serong dan memberi seorang khadam (pelayan)