Monday, June 15, 2009

CHIN PENG: BIARLAH YANG LAYAK BERBICARA

isu chin peng nih biar yang layak sahaja berbicara. maksud blogger yang memikul senapang untuk menjaga keamanan suatu masa dahulu..yang menentang kominis dan konco2 nye..yang patah riuk kene jerangkap samar..orang2 nih yang boleh bagi kebenaran pada chin peng atau nak balik semula ke mesia nih..bukan bermaksud rakyat malaysia yang terlibat tak maafkan dia..mungkin ada yang dah maafkan...tapi taknak dia kembali melukakan memori luka terdahulu...

memang la orang2 politik berkuasa untuk berkata...tapi baik jangan bercakap sangat..kerana ia akan kelihatan menjelekkan..nak..nak...yang menyokong pulak chin peng pulang ke malaysia...biar bekas2 askar ke..komando ke...polis ke...macam kes kat bukit kepong...derang yang buat keputusan....

teringat blogger suatu kisah..kisah seorang lelaki yang telah membunuh saidina hamzah...bukan ke dia lastly masuk islam..tapi time kuliah nabi..nabi mohon tak nampak muka dia...bukan nabi benci..tapi tak nak ingat ke pak sedara dia yang dibunuh oleh dia...pikir2 kan lah.....




Saturday, June 13, 2009

KUANTAN PARADE-13 JUN 2009

'adl menghilangkan kehausan di sebelah darul ansor store..sementara menanti mama & abang 'zahin g shoping... konsep shoping : mencari kasut mama dan ben 10 zahin...

abang sudah jumpa..tapi mama masih asyik membelek2 kasut...


selak bila nak amik gambar...abang cool je...suka jumpa mama dia...

MADAH IMAM AS-SYAFIE

Imam Syafiee bermadah :

1. Kita mengaibkan zaman kita sedangkan keaiban itu pada diri kita
2. tidak ada keaiban pada zaman kita kecuali keaiban itu adalah kita
3. kita mengutuk zaman kita YANG TIDAK BERDOSA
4. sekiranya zaman itu boleh berkata-kata nescaya ia telah mengutuk kita
5. tidak ada serigala yang memakan daging serigala tetapi sebahagian daripada kita memakan sebahagian yang lain secara nyata.

inilah realiti yang sedang berlaku di dunia yang dikatakan alaf baru.

Thursday, June 11, 2009

ISTERI AMBIL DUIT SUAMI YANG KEDEKUT

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Hindun binti Utbah isteri Abu Sufian datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Abu Sufian adalah seorang yang bakhil, dia tidak memberikan nafkah yang cukup untuk aku dan anak-anakku, kecuali harta yang telah aku ambil tanpa pengetahuannya. Apakah dalam hal ini aku akan menanggung dosa? Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: Ambillah hartanya itu dengan cara yang baik, iaitu sekadar mencukupi untuk dirimu dan anak-anakmu (riwayat imam muslim ).

ada seorang hamba allah nih. sama tempat aku keje. suami dia kedekut dia bagi tau. duit tuh bagi tapi siket sangat..duit dia yang banyak keluar..dia tanya boleh dok nak amik senyap2...lalu aku mencarilah hadis2 yang berkaitan..alhamdulillah jumpa...hukumnya harus..tapi berpada-pada la..mintak lagi bagus kau kata...bukan ape takut kantoi..ngamuk lak suami...so suami pun jangan le kedekut kalau pun isteri kerja..

wallahhu a'alm.