Sunday, July 19, 2009

MONUMEN KUBBAH AS SAKHRAH JURUSALEM


binaan dia boleh taham gak besor nye.siap ada bilik tayangan yang boleh muat dalam 30 org dalam 1 masa...dalam masjid nih la ada batu yang nak ikut rasulullah g naik ke langit tuh....

MASJID BADSHAHI LAHORE PAKISTAN

nih monumen masjid badshahi di lahore pakistan. masjid ini telah dibina oleh maharaja mughal aurangzeb alamghir pada tahun 1673 m. msjid ini boleh memuatkan seramai 65000 jemaah dalam suatu masa...ramai tuh...

TAJ MAHAL DI TAMAN TAMADUN ISLAM

taj mahal, agra di india wujud di taman tamadun islam. menurut sejarah istana ini telah dibina oleh shah jahan sebagai tanda cinta sejatinye kepada mumtaz mahal. nak g india tak dapek buat masa nih..so g je la tamadun islam punya taman..bleh lah tengok...

Thursday, July 16, 2009

ISRAK & MIKRAJ 2

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi s.a.w telah bersabda: Semasa aku dibawa berjalan dalam peristiwa Israk, aku telah bertemu dengan Musa a.s lalu baginda memberi gambaran mengenainya, maka ternyata beliau seorang lelaki yang tinggi kurus dan berambut ikal, seolah-olah beliau seorang lelaki dari Kabilah Syanu'ah. Selain dari itu aku juga telah berjumpa dengan Nabi Isa a.s lalu baginda memberi gambaran mengenainya, ternyata beliau berwajah dan berperawakan sederhana, berkulit merah, seolah-olah baru keluar dari bilik mandi. Kemudian aku bertemu pula dengan Nabi Ibrahim a.s dan baginda menyatakan kepada kami bahawa bagindalah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu dibawa kepadaku dua bekas, salah satunya berisi susu dan satu lagi berisi arak. Dikatakan kepadaku: Ambillah mana-mana satu yang engkau suka, lalu aku mengambil bekas yang berisi susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan kepadaku: Engkau sememangnya telah diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah, seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesatlah umatmu