Thursday, October 1, 2009

ISU SEBAT: SEDIH ADE KELAKAR PUN ADE!

Hukuman sebat Kartika NGO desak hentikan sebatan . . . PETALING JAYA -Beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO), sebulat suara menggesa Kerajaan persekutuan dan negeri mengkaji semula hukuman sebat ke atas model, kartika Dewi Shukarno sebagai satu ben...tuk hukuman kerana dianggap mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

atas tuh sebahagian daripada berita lawak terkini hari nih. sebenranya yang nak halang hukuman sebat nih 4, 5 kerat je yang tak setuju...kalau tengok gambor bawak simbol anti sebat tuh..tercongok yang bertudung sorang...sedihlak rasa...tetiba dia pun sokong..adus.....sepatutnye dia leh la terang kat keliling dia yang tak nampak macam islam tuh...derang nih tahu ke dok camne hukuman tuh nak dijalankan...

setakat pelaksanaan hukum sebat cara islam nih...takde pulak yang kene tuh datang untuk join sama anti sebat...

ye ke cabuli..bukan ke kat rusia hukuman rotan pun ada..britain pun ade...baca ke dok nih..ke main cakap ikut sedap je..

pasnih untuk semua media..jangan layan dah derang nih....

ya allah..tetapkanlah hati kartika didilaksanakan hukuman sebat ke atasnya..semoga allah swt memudahkan urusannya di akhirat kelak....aminnnn!

ISA SAMAD : ORANG TANYA KITA JAWAB JE

aku bukanlah seorang yang suka sangat politik, tapi kene ambil tahu jugak apa yang sedang rancak berlaku dalam politik kini. isu paling panas yang aku bagi rangking sekarang nih mungkin isu ISA SAMAD.. iye ramai yang kenai sangat dengan beliau..aku tak de la kenai sangat..tapi yang sure...dia la tak kenai aku..he he he... bila ada kawan2 ajak borak2 kita layan je la...

kalau tanya aku..aku kata biar je la dia nak bertanding..dah orang nak dia..kalau dikaitkan dengan rasuah..aku no komen sebab yang tuh tak tau lagi pun dia bukan penahbagi rasuah kat aku..kalau org penah terima rasuah..bleh la bagi komen...yang pasti dia penah dikenakan tindakan tatatertib oleh umno...tuh oleh umno je..jadi di sini ada kebarangkalian dia dikhianat atau sebagainya...kenapa sprm tak ambil tindakan atas dia jika ada makan rasuah, kalau rasuah biasanya masuk jail gak kan...polis ade g angkut dia ke...tuh seme kene fikir...

pasai tun, itu pandagan dia, hak dia, kita dengar je, nak ikut ke tak nak biar je la...hak bercakap kan hak individu selagi mana tak menimbulkan huru hara..

so kita tunggu dan lihat.....sama2 kita doa semoga malaysia sentiasa harmoni serta selamatkan kita dari pemimpin yang zalim....

Tuesday, September 29, 2009

KENE GANTI DULU KE! BARU BOLEH PUASA 6

soalan yang diutarakan oleh seorang pensyarah perempuan..masih lagi berkaitan puasa 6. bulan syawal memang soalan2 berkaitan puasa 6 sering ditanya..bagus jugak..ilmu kan... soalan dia adakah kene puasa ganti dulu baru boleh puasa 6..

ceritanya begini, ganti puasa memang hukumnya wajib. kalau tak mampu baru kene fidyah. selagi mampu puasa dia wajiblah ganti. itu secara mudahnya. tetapi hukum menyegerakan ganti itu disukai oleh allah dan rasulnya..

ada ust2 yang mengatakan wajib ganti dulu sebab hutang dengan allah s.w.t.. iye la takut2 mati sebelum berjaya ganti. ini mungkin hanya pandangan sahaja. sedangkan jika merujuk dalam Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Aku mempunyai puasa ganti bulan Ramadan tetapi aku tidak berkuasa menggantikannya kecuali pada bulan Syaaban disebabkan kesibukan dari Rasulullah s.a.w atau kesibukan dengan Rasulullah s.a.w (riwayat muslim)

jika wajib ganti dahulu mana mungkin aisyah r.a akan melambat2kannya biar pun sibuk dengan urusan rasulullah s.a.w, bukankah rasulullah s.a.w juga adalah manusia. sepatutnya beliau menyegerakan berpuasa daripada kesibukan urusan rasulullah s.a.w.

so pada saya tak jadi masalah jika nak puasa 6 dahulu kemudian dituruti dengan qada' puasa tetapi lebih baguslah kalau dia berjaya menganti puasa dan berpuasa 6 berturut dalam bulan syawal juga.

buatlah yang terbaik mengikut kemampuan masing2 agar allah menerima amalan kita.



Monday, September 28, 2009

KENE PUASA 6 HARI BERTURUT2 KE PUASA 6 TU

soalan dari seorang sahabat yang ingin mengetahui jawapan berkaitan persoalan berkaitan puasa enam.. ada orang kata kene berturut2...ada orang kata boleh pecah2... 2 hari buat..2 hari tinggal... so camne...

sebelum jawab kita melihat kepada hadis yang mengalakkan supaya kita berpuasa : daripada abi ayob, rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang berpuasa di bulan ramadan, kemudian diikuti berpuasa enam hari di bulan syawal, seolah2 dia berpuasa setahun.. hadis ini boleh didapati dalam kitab nil autar dan kitab riyad solihin. hadis ini diriwayat oleh imam muslim selain beberapa imam yang lain..

berpuasa pada 6 hari di bulan syawal boleh dilakukan bermula pada raya kedua..raya pertama haram berpuasa...

berbalik kepada soalan di atas, kene berturut2 ke atau boleh pecah2 puasa 6 tuh...

berdasarkan kepada hadis yang disebut di atas, hadis tuh bersifat umum..cuma dikatakan berpuasa enam di bulan syawal... tidak dikatakan berturut2...

so takde masalah la kalau nak berturut2 atau tidak..ikut kemampuan.. kalau mampu berpuasalah berturut2 kerana dalam al-quran allah berfirman yang bermaksdu: bersegeralah ke arah kebaikan... puasa enam tuhkan perkara baik..maka bagus lah disegerakan pelaksanaannya jika tiada aral melintang...

allah jua yang lebih mengetahui....