Wednesday, February 3, 2010

UST! TOLONG BUAT DOA UNTUK MAJLIS KAMI

..boleh je.. amik petang nih yek..kul 4 kang...

nih doa dah siap..baca la nanti yek..

Bismillah hi rahma ni rahim

Dengan nama allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani,

Kami panjatkan puji kepada Mu Ya Allah, Tuhan yang menghakimi hari pembalasan, Tuhan yang mencipta seluruh alam, Tuhan yang mencipta malam dan siang, Tuhan yang pengasih, tuhan yang penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi muhammad s.a.w, kepada isteri-isteri baginda,anak-anak baginda, sahabat-sahabat baginda dan sesiapa yang mengikuti ajaran baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah ............................................................................ sebagai malam yang penuh dengan kerahmatan mu dan keampunan Mu.

Ya Allah,

Andainya rahmatMu kunjung tiba ketika ini,saat ini, detik ini, permudahkanlah hati kami menerima hidayah mu untuk melaksanakan segala tuntutan agama Mu,

Ya Allah,

Andainya kemurkaan Mu memuncak tiba, kami amat memohon keampunan Mu, janganlah Engkau menyeru malaikat Mu menjemput ajal kami dalam keadaan kami leka kepada Mu, Janganlah engkau mencabut nyawa ini ketika kami leka dengan tipu daya nikmat keindahan dunia Mu

Sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri dengan melakukan pelbagai maksiat terhadap mu, mengingkari tuntutan mu dalam memelihara aurat kami, meninggalkan dan meringankan tuntutan solat kepada Mu, mementingkan urusan dunia melebihi urusan terhadap Mu dan jika Engkau tidak mengampuni kami serta memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang dilaknati oleh Mu.

Ya Allah

Tutupilah diri kami dari azab neraka Mu, seperti mana kami menutupi aurat kami di dunia ini, jauhi kami dari azab neraka mu, seperti mana kami menjauhi diri kami dari melakukan maksiat terhadap mu. Dirikan untuk kami syurga Mu, seperti mana kami mendirikan solat terhadap Mu, alunkan kami dengan alunan khabar gembira Mu sepertimana kami mengalukan zikir terhadap Mu.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hati kami mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diri kami dan bertambah baik urusan agama kami, terpelihara segala sesuatu yang jauh dari kami dan terangkat apa yang dekat dengan kami, disucikan segala perbuatan kami dan dicerahkan wajah kami dengan cahaya –Mu , diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diri kami dari segala sesuatu yang menjelekkan.

Amin...amin...ya rab bal alamin.


Tuesday, January 26, 2010

FITNAH KIAN MENULAR...

Hadis Huzaifah r.a:
Sayidina Umar r.a pernah bertanya aku ketika aku bersamanya. Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan tentang fitnah? Para sahabat menjawab: Kami pernah mendengarnya. Sayidina Umar bertanya: Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan jiran tetangganya? Mereka menjawab: Ya, benar. Sayidina Umar berkata: Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang? Huzaifah berkata: Para sahabat terdiam. Kemudian Huzaifah berkata: Aku, wahai Umar! Sayidina Umar berkata: Engkau. Lantas Sayidina Umar memuji dengan berkata ayahmu adalah milik Allah. Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan

Wednesday, January 20, 2010

KEDURI KAWIN JIRAN CINA

first time join kenduri jiran cina...cina nih nama dia seng..cina sayur + cina buah...asal dia tuai sayur atau buah...mmg dia akan bagi jiran2 melayu terdekat termasuk aku...selama aku berjiran dengan cina nih dah 4 kali datang majlis2 yang aku buat...sebb tuh time kenduri kawin anak dia dia jemput aku...ustad tolong ar..kasi tau itu jilan2 lain ar...makan halal punya..semua milayu masak...itu antara ayat2 nyer.....

ini antara jiran2 melayu yang dekt dengan rumah cina....
paling kiri..isteri aku, isteri abg lan, abang lan,isteri nash,untie moon, nenek (mak tuan rumah) uncle mejar (b), pengantin lelaki,pengantin perempuan (cina indonesia) din, (tukang buat air + menyediakan bekas2 lauk untuk org melayu)abang sham....


Monday, January 18, 2010

PRA SEJARAH PAHANG

enyelidikan telah dibuat oleh ahli kaji purba secara ilmiah di beberapa tempat di Negeri Pahang Darul Makmur iaitu di gua-gua batu, di gunung-gunung, di tempat berhampiran dengan sungai, di tanah perlombongan lama dan juga di tempat lapang. Jumpaan benda purba terdiri daripada batu, tembikar, gangsa dan besi kuno buatan orang zaman purbakala.

Tempat tersebut ialah di gua batu kapur seperti Kota Tongkat, Kota Gelanggi dekat Jerantut; Gua Kecil, Raub; Gunung Senyum; Bukit Chintamanis, Karak; Sungai Lembing, Tersang, Kuala Lipis Sungai Selinsing, Sungai Tui, Nyong, Teluk Lubuk Puai, Batu Pasir Garam, Bukit Jong dan Kg. Padi di persimpangan Sungai Tembeling dan beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang. Antara benda purba yang dijumpai tertanam dalam tanah di negeri ini ialah barang dan perkakas yang dibuat daripada batu oleh orang zaman batu pertengahan (mesolithic). Barang-barang tersebut ialah kapak genggam, beliung dan pahat.

Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan yang mendiami Negeri Pahang Darul Makmur tinggal di gua batu dan gua-gua di gunung-ganang negeri ini dan mereka adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia. Rombongan Melayu Proto mendiami Semenanjung termasuk Pahang dan pulau-pulau Nusantara ialah dalam lingkungan 3,000 atau 2,000 sebelum Masehi.

Dari aspek pertanian, barang dan perkakas buatan orang zaman batu akhir yang telah dijumpai dalam tanah ialah benda yang berupa mata lembing, pisau, sabit, cangkul, tenggala dan lain-lain perkakas ganjil yang dibuat daripada besi zaman dahulu. Tempat yang dijumpai terutamanya di tepi Sungai Lembing, Teluk Lubuk Puai Jong tepi Sungai Lipis. Di Kampung Batu Pasir Garam di tepi Sungai Tembeling, dijumpai pecahan muka gendang zaman dahulu yang diperbuat daripada gangsa. Gendang gangsa ini digunakan oleh orang yang memakai kebudayaan gangsa. Dr. Linehan berpendapat gendang gangsa ini ditukangi di Indo-China dan dibawa dari negeri Funan ke Ulu Tembeling antara kurun Masihi ketiga iaitu dibawa bersama-sama dengan perkakas dari besi kuno (tulang mawas).

Mengikut ahli kaji manusia dan ahli sejarah, orang Melayu pesisir (DeutroMalays) ialah nenek moyang orang Melayu yang tinggal di daerah pantai Semenanjung Tanah Melayu. Pendek kata pada zaman dahulu kala selain daripada orang asli iaitu orang Semang dan puaknya di Negeri Pahang Darul Makmur telah didiami oleh manusia yang disebut dalam ilmu sejarah sebagai manusia zaman batu pertengahan, zaman batu akhir atau permulaan zaman gangsa lagi.