Saturday, June 5, 2010

A LEMON GRASS : TAK HALAL


a lemon grass.restoran yang terletak di jalan beserah.isteri teman dapat kopun oder 1 free 1 makanan. dari gambar makanan yang ditunjukkan memang best. promoter dia jugak islam. org panggil zul. so untuk melunaskan nilai kupon tersbut isteri teman ajak la gi makan. menurutnya kawan kata ok.boleh tahan la.teman pun minggu nih takde jemputan mana2.n mmg plan spend masa di rumah je.sebab sabtu ade jemputan 2 kenduri dekat2 rumah. 1 x stduent. 1 mmg jiran je la. so bawak la gi sini.mula2 teman lalu tepi restoran nih.teman tanya wife teman. a lemon glass ke yang ! ye ! jawab nyer sepatah. tuh ke! ha'ah! dia kata.. teman pun kata tak yah gi tak halal. tuh nampak! bukan tulis HALAL dia tulis TIGER lagi.

so hati2 semua di kuantan nih yer. jangan main belash je kalau nak jaga keberkatan mencri rezeki tuh.

CATATAN SABTU: KETAM NIPAH

isteri teman mengidam makan ketam nipah. untuk tidak menghampakan permintaan isteri.teman berusaha menjejak restoran2 yang ade menjual ketam nipah. berkat bedoa sebelum bergerak barang kali. kelihatan sebuag restoran yang mula dikunjungi manusia menyediakan ketam nipah yang sedang hidup lagi. teman suruh isteri pilih. pilih yang sederhana besar.tapi puas untuk 2 orang makan ketam tuh.ketam nipah masak pedas. boleh tahan. untuk menikmati masakan tersbut sila ke RESTORAN ANA IKAN BAKAR di tanjung lumpur.
kulit bapok ke tebalnyer.tapi isi boleh tahan gak la sedapnyer.

Thursday, June 3, 2010

DAH 6 TAHUN BERUMAHTAGGA

masih lagi usia kanak2 perkahwinan teman dengan isteri tercinta pn nor hasnida zainal abidin. pelbagai rasa dah dilalui oleh teman sepanjang kehidupan berumahtangga. ada pahit.ada manis.ada masin.ade tawar dan sebagainya. alhamdulillah teman berjaya mengharungi dengan tabah. dalam usia 6 tahun perkahwinan tersebut.teman dah dikurniakan 2 zuriat. dua2 lelaki 'adi zahin & 'adl zahin. org kata nama pelik. teman rasa biasa je. terima kasih allah kerana mengurniakan zuriat yang sehat2 sejahtera.

terima kasih juga kepada isteri teman kerana sentiasa menemani teman setiap hari dan membesarkan anak2 teman. iye! usia 6 tahun telalu muda lagi pada teman. hari2 teman berdoa agar allah s.w.t mengurniakan kekuatan untuk teman & keluarga hadapi kehidupan akan datang.dan sering teman berdoa agar allah tidak menguji teman dengan sesuatu yang teman tidak mampu hadapi.

teman sentiasa berusaha untuk menhasilkan keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat.semoga allah s.w.t memperkenankan doa teman hari2. amin.


MUSAFIR HARI JUMAAT: BOLEH TAK BUAT QASAR ATAU JAMA' SOLAT JUMAAT DENGAN ASAR

time teman dah nak balik rumah. ade org talipon teman.tanya soalan begini:

- boleh tak dia lakukan solat jama' sembahyang jumaat dengan solat asar ?

teman pun kata. setakat teman tahu hasil membaca buku2 dan belajar dulu.tuh pun kalau betul kefahaman teman la. kalau nak solat jumaat tak boleh jama' dengan zolat asar. pandagan nih merujuk kepada kitab majmu' fatwa.maknanye dia kene sembanyang asar bila dah masuk waktu nanti.

tetapi kalau dia solat zohor sahaja.tidak berniat untuk solat jumaat.diharuskan untuk solat jama' atau qasar.

kalau ditanya antara jama' dengan qasar mana yang lebih afdal.pada teman qasar.kerana ia lebih ringan.

wallahu 'alam.