Saturday, December 4, 2010

BERTUDUNG: DARI SUDUT SAINS


Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segalanya itu demi kebaikan umat manusia. Ini telah dibuktikan dari segi sains:

1)Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'.

2.1)V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Hal ini dinyatakan dalam www.islamonline.net/english/Science.

2.2)Dalam artikel lain pula iaitu Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online, dinyatakan, "sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".

4)Mereka yang memakai tudung tidak terpengaruh secara menyeluruh dengan pewarna rambut,menurut pakar sains ,pewarna rambut mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dengan matahari dan kesejukan.haaaa..xsehat la rambut kita kan..

Allah Taala berfirman, Maksudnya:Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak aripadanya (iaitu wajah dan kedua-dua telapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-daudara wanita mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak punya keinginan (nafsu seks) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita �(al-Nur : 31).

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”(surah al-Ahzab ayat 59)

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.


Thursday, December 2, 2010

BERJUMPA SAHABAT-SAHABAT

gambar atas: imam besar masjid afzan. insa'allah kalau takde halangan sempena maal hijrah nih kami akan buat program pengurusan jenazah bersama2.

semenjak teman ditukarkan untuk mentadbir jabatan lain nih. teman kene cari banyak sahabat2 yang dapat merealisasikan program2 yang akan dirancang untuk kebaikkan kolej dan sahabat-sahabat yang lain jugak.

gambar atas nih teman bersama dengan abg lah@paklah@janggut@ali. hebat org nih bekerja di htaa. 16 tahun bahagian forensik + menguruskan jenazah. so beliau akan menyampaikan ceramah di dalam program yang akan dirancang. insa'allah kalau berjaya dengan izin allah.

Monday, November 29, 2010

OPERASI MEMASANG SALUR : BUAT SENDIRI


gambar atas: antara alat2 yang dah dibeli untuk buat salur. harga salur yang panjang 20 kaki rm 80. yang pendek sikit rm 60.

ahad 28 november 2010. merupakan hari yang tidak merencanakan ape2 program melainkan duduk melayan 2 hero di rumah. tapi kali ini ada perkara yang perlu diselesaikan. operasi pasang salur untuk atap belakang rumah. selepas buat posh kereta sampai belakang.air jadi bertakung sbb terlalu banyak air kat belakang rumah. barangkali tak sempat menyerap kot. so kalau pasang salur nih air bumbung boleh terus masuk salur n terus hala ke belakang rumah.
antara buruh2 yang membantu melambatkan kerja. en adl & en adi. 2 org nih sibuk mengasingkan breket2..supaya senang teman nak paku nanti.

haaa..nampak..breket nih kan ade dua struktur badan..so kene ceraikan supaya senang nak paku ke dinding se lagi tuh.

ini end cup org pangil. kene tutup di hujung salur..

siap pasang end cap. jadi lah cam gambar atas.

nih ade nama dia..tapi tak ingat..mahal gak harga dia.. rm 40 satu..

siap salur panjang 20 kaki hendak di angkat atas bumbung dengan menggunakan kederat seorang diri jer...kalau jatuh syahid la alamat dia..syahid mende entah..

nih tempat keluar air..sepatutnya kene pasang...

nak angkat naik bumbung...penting tangga..tanga sanggat membatu ketika ini...
nampak tak breket teman dah paku kat atas..

nih gambar dah siap pasang semua...

salur terlebih panjang..teman takde alat nak potong..so bior jer lah...belakang rumah teman hutan..so temboh setinggi 7 kaki dibina nak elak segala masalah..

BUNGA KANTAN

bunga kantan nih dibeli ketika selera makan terhadap ikan patin masak tempoyak membuak2. bukan nak cerita pasai masak tempoyak ikan patin tetapi nak cerita pasai harga bunga kantan yang teman ambil gambar di atas. tau berapa harga dia. satu nih harga dia RM 1.60. sepatutnya boleh kaya la sapa tanam bunga kantan nih...banyak kegunaan selain untuk memantapkan aroma makanan.