Thursday, August 4, 2011

TEMPOH MASA MENGERJAKAN SOLAT TARAWEH

bagus juga soalan student teman nih. jawab apa yang teman tahu. kalau ade pelawat2 ada makluman tambahan sila tambah. kalau teman ade makluman yang tidak tepat. sila perbetul. takde masalah pada teman.

kalau mengikut cara yang nabi buat.adalah selepas pada solat insyak. ini merujuk kepada hadis yang menceritakan nabi solat taraweh [disebt sebagai solat pada malam ramadhan]kemudian orang islam ikut. sehingga satu malam nabi tidak melaksanakan solat sunat tersebut tanpa keuzuran. esok nabi bagi tau kepada semua jemaah dia takut solat tersebut dianggap wajib. jadi ini adalah yang paling afdal. sepertimana yang dilakukan seluruh masjid2 di dunia barangkali.

namun ditulis dalam kitab fiqh manhaji solat taraweh boleh dilakukan sehingga sebelum terbit fajar. walluhu a'alam.

Tuesday, August 2, 2011

JAMUAN BERBUKA PUASA & BESDEY ANAK

kawan2 zahin n makcik2 jiran yang datang.
antara jiran2 teman la nih. mmg ajak jiran2 je pun. sbb dah pasang niat hari tuh nak buat jamuan berbuka bersama2. hajat terlaksana sudah.
kek yang dijanjikan. tempah di d'zetty. tapi masih tak mampu lawan yang zura buat kat teman waktu usia anak teman 4 tahun dulu.mmg tak terlawan.
makanan yang dimasak sendiri oleh teman. mee goreng-nasi goreng udang-bubur gandum [rupenyer ramai org tak penah makan] speggeti. roti la beli rm20 jer. air sirap selasih- cikgi midah sponser agar2 & keropok lekor.

sekejap jer masa berlalu.anak teman dan masuk umur 6 tahun. makna nya tahun depan dia dah sekolah rendah.makin pandai bercakap. pandai menjawab tapi masih hisap susu botol.puasa sekerat hari jer. biasa jam 1200 dah takde kuasa dah nih ayah! maknya nyer dia nak berbuka la tuh.

sambil2 buat majlis besday anak. buat jamuan siket2. semua masak sendiri jer. sebabtuh amik cuti 3-4. rehat sambil2 buat majlis berbuka. terima kasih kepada yang menjayakan majlis.

Sunday, July 31, 2011

SOLAT TARAWEH 4 RAKAAT 1 SALAM

hukum solat taraweh. solat 4 rakaat bg 1 salam jer. spttnya 2 kali salam. ialah habis 2 rakaat bg salam. habis 2 rakaat bg salam. cuma ada terjadi kadang2 imam terlupa duk thayyat akhir dia sambung terus jadi tiga. alang2 tiga imam akan terus tambah 1 lg jadi empat. maka jadi lah 4 rakaat 1 salam. apa hukumnya sahabat teman bertanya: maka kalau merujuk kepada kitab fiqh manhaji sembahyang tersebut tidak sah kerana khilaf masyru' atau dalam bahasa melayunya bercangan dengan syarak. wallahualam.

Saturday, July 23, 2011

PERINGATAN DIRI SENDIRI SEBELUM RAMADHAN

1- Menyambut kedatangan ramadhan dengan penuh keihklasan, kegembiraan. elakkan dari memikirkan perkara nagetif seperti takut kene gastrik, susu badan takde nak bagi baby, mabuk mengandung dll, insa'allah kalau kita memang semangat untuk sambut ramadhan perkara-perkara tersebut mudah untuk di atasi. juga nekad dalam hati untuk pertingkat segala kebaikan dan meninggal segala sifat buruk kita. bertawakal kepada allah.

2- Jangan termiss sahur. bangunlah sebaik-baiknya 1 jam sebelum masuk waktu subuh. Nikmati hidangan sahur dengan tenang. JANGAN GELOJOH.
PENUTUP SAHUR DENGAN KURMA DAN AIR MASAK

3- Mulakan kerja dengan membaca beberapa potong ayat suci al-quran. JANGAN SEKALI2 buka facebook sebelum membuka tafsiran al quran.

4- Cuba jangan tinggalkan DHUHA walaupun ditempat kerja. cube ye.

5- qailulah @ afternoon nap @ tido tengah hari jangan lebih 20 minit. selelap sudah boleh mengembalikan tenaga.

6- peruntukan khusus masa untuk MEMBACA AL- QURAN. berapa lama termampu. mulakan dengan 10 minit dulu.

7- cuba berbuka puasa dengan AIR + KURMA. makan lepas magrib. cube la dulu. bagi yang merokok cuba MEROKOK SELEPAS MAGRIB. yang yang mmg tak bleh berenti. jangan amalkan selepas berbuka terus isap rokok. kerana ia jelas menunjukkan nasfu itu telah menguasai kita.

8- sedekah harus perlu diperbanyakkan. sedekah wajib jangan dipandang ringan. khususnya untuk anak2 yatim.

9- guna ruang DAKWAH yang dianugerahkan oleh bulan ramadhan sebaiknya.

10-Hidupkan malam ramadhan dengan Qiam & membaca al quran agar beroleh TAKWA & lailatul qadr.