Tuesday, January 17, 2012

PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL SG ISAP


turut bersama dalam majlis ini ust hamdan dan guru al quran di permata al insyirah

jamuan tengah hari turut disediakan bagi meraikan penghuni permata al insyirah



di sinilah program pemberian sumbangan dalam bentuk barangan dan wang tunai diagihkan kepada lebih kurang 40 fakir miskin yang terdiri dari ibu tunggal.

Sunday, January 15, 2012

AKTIVITI HUJUNG MINGGU: GOTONG ROYONG IRSYAD


program pemeriksaan kesihatan di kg sri damai. lokasi : balai raya@tempan pemindahan mangsa banjir. hampir 95 magsa banjir ditempatkan di sini. program ini dijalankan dengan kerjasama puteri umno pekan.


penghuni pusat pemindahan banjir sedang mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan.


mendengar keluhan perasaan penghuni pusat pemindahan banjir. tak tau la ape punya makcik berdua nih. yang sorang tuh ibu tunggal. suami baru meninggal. dia kabo selama nih dia tak penah pun pindah ke pusat. tapi kali nih rela suruh jugak dia gi. rumah dia dapur je naik air. ruang tamu semua dok naik. yang dia tak puas hati. sampai je ke pusat. pandai2 pulak agensi kerajaan tutttttt! suruh dia balik semula ke rumah. sebab air tak berapa naik. dia kabo datang la sampai umah saya jangan takat tengok tepi jalan jer...ish..ish..ish...

menyusun kerusi atas meja. teman ngan anak teman je yang mula2 sampai. pastuh ada muallimah 2 orang datang membantu balut meja.

disebabkan tiada orang membantu sangat teman mengambil tugas menyapu pasir dalam kelas.program dijadualkan pada 14 jan 2012, gotong royong menceriakan sra irsyad.program berjalan dengan lancar


Wednesday, January 11, 2012

SINGA DI BURGER KING KUANTAN


merasa makan burger king di TC kuantan. sebelah KFC. yang uniknyer ade 2 ekor singa akan menyambut. 1 depan tangga. 1 lagi sebelah KFC.

anak teman tanya: nape ade singa. nak tau nape. nak halau monyet la jawab nyer. kalau ade gangguan monyet kat rumah letak je singa ke harimau ker. insa'allah tak datang dah.

cuma kene alih2kan selalu singa tersebut. kalau statik je . monyet tau singa tipu. wlapn mmg singa tipu. he he he...

Tuesday, January 10, 2012

CERITA KEHIDUPAN

dalam gambar yang teman post nih. perhatikan 2 objek penting yang teman nak cerita, pertama kereta pesona ccx**** yang kedua pak cik yang nampak antara tak nampak dalam gambar tuh. dia sedang membontoti kereta.

teman tahu pakcik nih mmg keje jaga parking jer. asal teman masuk parking. bayar 2 ringgit. mmg acap kali teman paking sini kalau ke mega mall sorang2. tau dak parking nih kat mana.. kat area jual komputer belakang mega mall.

satu hari teman tengok pak cik nih masuk dalam kereta pesona baru.dalam keadaan yang boleh menyebabkan timbul pelbagai persoalan.. tapi teman positifkan diri untuk tidak memberi tangapan nagetif...

pada 4 januari 2012. lepas hantar pendaftaran anak teman di irsyad. teman ke mega mall kejap. teman nampak dia datang ke kereta. nak kene bayar rm2. sluk poket mmg tak de duit kecik. dia pun tak nak terima rm10. so dia kata 'biar la dulu, klu ade nanti bayar'. bagus gak dia nih. bila teman dah settle urusan. time nak balik ke kereta..teman pangil dia nak bayar rm2.. sambil2 tuh teman bertanya ' cantik kete pesona pakcik'. kete anak pak cik tuh, pak cik mana mampu keje cam nih. ooOOooo.. kete anak dia rupanya... anak keje mana, staff nurs kat hospital temerloh. betuah tul anak dia nih. jarang dah akhir2 zaman ini, anak nak bagi kereta ke ayahkan. tapi hari nih teman jumpa... bagus anak pak cik yek! bleh bagi pak cik kete.. senyum je pak cik tuh... rezeki berkat agaknyer.. berjaya didik anak supaya berjaya dan tak lupa keluarga...

kita camne..berjaya..kaya.. lupa dak ke mak ayah kite... ada call mak ayah tiap2 minggu.. ada berulang melawat mak ayah kita selalu.. kalau yg dekat2 la... sebulan sekali.. 2 bulan sekali... renung2kan lah.. berdoalah agar anak kita berjaya..kaya..dan tidak lupa kepada kita tua nanti..