Monday, January 23, 2012

TAHUN BARU CHINA: TAMAN SERI INDERAPURA



ini kali pertama jiran teman berbangsa cina memanggil team naga menari untuk membuat persembahan tarian naga. menurut uncle tuh. tahun ini sudah senang untuk pangil team naga merari. sebelum nih susah. sekarang kasi ang paw saja derang sudah datang. menurut uncle lagi. kalau ayah, mati 3 tahun tak bulih kasi menari. oooOo.. gituh pulak kepercayaan dia. kalau rakan2 blogger tengok rakaman. nampak mercun jatuh. pastuh apek tuh pasang semula. sifu dia marah suruh tukar baru. baru ade ong..

yang uniknye team yang main tarian naga nih terdiri dari bangsa melayu, india dan cina...

Tuesday, January 17, 2012

PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL SG ISAP


turut bersama dalam majlis ini ust hamdan dan guru al quran di permata al insyirah

jamuan tengah hari turut disediakan bagi meraikan penghuni permata al insyirah



di sinilah program pemberian sumbangan dalam bentuk barangan dan wang tunai diagihkan kepada lebih kurang 40 fakir miskin yang terdiri dari ibu tunggal.

Sunday, January 15, 2012

AKTIVITI HUJUNG MINGGU: GOTONG ROYONG IRSYAD


program pemeriksaan kesihatan di kg sri damai. lokasi : balai raya@tempan pemindahan mangsa banjir. hampir 95 magsa banjir ditempatkan di sini. program ini dijalankan dengan kerjasama puteri umno pekan.


penghuni pusat pemindahan banjir sedang mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan.


mendengar keluhan perasaan penghuni pusat pemindahan banjir. tak tau la ape punya makcik berdua nih. yang sorang tuh ibu tunggal. suami baru meninggal. dia kabo selama nih dia tak penah pun pindah ke pusat. tapi kali nih rela suruh jugak dia gi. rumah dia dapur je naik air. ruang tamu semua dok naik. yang dia tak puas hati. sampai je ke pusat. pandai2 pulak agensi kerajaan tutttttt! suruh dia balik semula ke rumah. sebab air tak berapa naik. dia kabo datang la sampai umah saya jangan takat tengok tepi jalan jer...ish..ish..ish...

menyusun kerusi atas meja. teman ngan anak teman je yang mula2 sampai. pastuh ada muallimah 2 orang datang membantu balut meja.

disebabkan tiada orang membantu sangat teman mengambil tugas menyapu pasir dalam kelas.program dijadualkan pada 14 jan 2012, gotong royong menceriakan sra irsyad.program berjalan dengan lancar


Wednesday, January 11, 2012

SINGA DI BURGER KING KUANTAN


merasa makan burger king di TC kuantan. sebelah KFC. yang uniknyer ade 2 ekor singa akan menyambut. 1 depan tangga. 1 lagi sebelah KFC.

anak teman tanya: nape ade singa. nak tau nape. nak halau monyet la jawab nyer. kalau ade gangguan monyet kat rumah letak je singa ke harimau ker. insa'allah tak datang dah.

cuma kene alih2kan selalu singa tersebut. kalau statik je . monyet tau singa tipu. wlapn mmg singa tipu. he he he...