Monday, September 8, 2008


mencari LAILATUL QADR

Tuesday, September 2, 2008

SOLAT TARAWIKH

Hadis Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya: Sesungguhnya dia bertanya kepada Aisyah: Bagaimanakah sembahyang Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan? Aisyah menjawab: Rasulullah s.a.w tidak menambah bilangan rakaat sembahyangnya lebih dari sebelas rakaat samada pada bulan Ramadan ataupun pada bulan-bulan lain. Baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat dan janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya serta tempoh masanya. Kemudian baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat lagi. Janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya dan tempoh masanya, seterusnya baginda mendirikan lagi sembahyangnya sebanyak tiga rakaat. Aisyah menceritakan bahawa dia telah bertanya Rasulullah: Wahai Rasulullah! Adakah kamu tidur sebelum kamu mendirikan sembahyang Witir? Baginda menjawab dengan bersabda: Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur tetapi hatiku tetap sedar

BANYAKKAN BERSEDEKAH DIBULAN RAMADHAN

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w adalah Seorang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan. Sesungguhnya Malaikat Jibril a.s telah bertemu dengan baginda setiap tahun pada bulan Ramadan sehingga berakhir Ramadan. Rasulullah s.a.w membaca Al-Quran di hadapannya. Apabila Rasulullah s.a.w bertemu dengan Malaikat Jibril, maka baginda adalah orang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan melebihi angin kencang yang diutuskan