Saturday, October 25, 2008

SURAU HARAM ?

Surau haram dikompaun

SHAH ALAM 24 Okt. - Kerajaan negeri akan mengenakan kompaun terhadap rumah ibadat termasuk masjid dan surau yang dibina secara haram di Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar (gambar) berkata, tindakan itu bertujuan bagi menyusun semula pengurusan rumah ibadat di negeri ini....


ada jugak surau haram yek..surau camne yek...ada tempat buat dadah ke dalam tuh..ada tempat orang berzina ke disediakan dalam tuh...ke jadi tempat main judi...isap dadah kot....banyak ceramah politik sgt kot..sepatutnye haramkan orang tuh je bukannye surau.....aku ingat pendatang haram je wujud..surau pun ada..nih masalah kalau yang nak bercakap tuh orang bukan Islam...nak buat penyusunan semula rumah Ibadat...kalau dah tempat mende orang buat baik..bior je la...nak runtuh watpe...suh jaga molek2 dah la...bukan tempat sembahyang je surau tuh..macam2 boleh...tempat study...tempat rehat musafir2...nak wat kenduri..nak buat pusat study..buat bilik aduan ahli politik...macam2 boleh lah..orang2 tertentu je tak berapa cerdik nak memikir surau tuh bleh wat ape...ini punca kes roboh kuil la nih....pergi la cari menda lain nak roboh kan..robohkan pusat2 maksiat kat selangor nuh lagi baguih la.....mana pemimpin Islam kat selangor nye..takkan taknak berbunyi langsung ....nih la masalah nye pemimpin Islam nih...takkan nak suruh Zulkifli Nordin je berbunyi..bersepah lagi rasanye pemimpin Islam kat Selangor nun...siap MB lagi Islam...

ISU SURAU

Gambar Hiasan

Kompaun surau: JAIS minta PBT teliti dahulu

SHAH ALAM 25 Okt. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) meneliti status tanah surau di negeri itu sebelum mengenakan sebarang tindakan kompaun atau meroboh......

Kesian kat surau2 yang bakal di kompaun yek...mana la pemimpin Islam yang nak berbunyi sikit pasai isu nih...rasanye ramai pemimpin islam kat Malaysia nih... .yang best nye ...yang menimbulkan isu nak kompaun tuh..yang bukan Islam..takkan la tak tercabar langsung pemimpin Islam lain.... sepatutnye..keluar la isu nak robohkan rumah urut ke..dah bersepah ruah rasanye kat bandar2 kat Malaysia nih....isu nak tutup disko yang dibuka sampai ke pagi ke...nak roboh sarang2 penagih ke...ini nak roboh surau...renti ke le mannnn......



Tuesday, October 21, 2008

FAKTA SEBENAR BERSEDEKAH

Kadang2..bila kita nampak orang mintak sedekah..mula2 kita rasa nak bagi..tetiba je terlintas dalam hati mengatakan bahawa derang nih bukan miskin..sesaja mintak sedekah..malas keje...pastu kita pun masuk semula duit dalam kocek...tak pun..orang2 yang datang mintak derma nak buat masjid lah..pondok lah..asrama lah...mesti ada syak dalam diri kan....jangan bimbang..tuh bukan masalah kita....kalau kita sedekah ketahuilah sedekah kita tetap diterima Allah s.w.t..masalah orang tuh nak tipu ke dak ke..lantak dia la..yang penting kita telus...hal nih diceritakan dalam sebuah hadis...
Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Seorang lelaki berkata: Aku akan memberikan sedekah pada malam ini. Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan seorang perempuan yang berzina iaitu pelacur. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai perempuan tersebut yang telah diberikan sedekah pada malam tadi. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada wanita yang berzina. Aku akan bersedekah lagi, lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan orang kaya. Keesokan harinya orang ramai mula memperkatakan mengenai seorang kaya yang telah diberikan sedekah. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian. Sedekahku telah aku berikan kepada seorang yang kaya. Aku akan bersedekah lagi, lantas dia keluar dengan membawa sedekah dan meletakkannya di tangan seorang pencuri. Esoknya orang ramai mulai bercakap-cakap mengenai seorang pencuri telah diberikan sedekah. Dia berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pada pencuri. Lalu dia didatangi seseorang dan dikatakan kepadanya: Sedekahmu benar-benar telah diterima. Boleh jadi perempuan zina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu. Orang kaya itu pula dapat mengambil pengajaran dan mahu membelanjakan sebahagian dari harta yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya dan mungkin juga pencuri itu akan berhenti dari mencuri kerana sedekahmu itu ( Riwayat Muslim )... berdasarkan hadis nih..so janganlah kita bimbang lagi untuk sedekah k.....

FALSAFAH SEDEKAH

Kita selalu beranggapan bahawa bila kita kaya baru kene sedekah..bila ada duit lebih baru kene sedekah betul tak....sebenarnya dalam sebuah Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di halkum. Dalam keadaan tersebut barulah engkau berkata: Berikannya kepada Si Polan ini dan Si Polan itu. Sememangnya itu adalah hak Si Polan ( Riwayat Muslim )..

Jadi merujuk kepada hadis di atas..adalah lebih dinilai oleh Allah s.w.t jika kita nih rajin bersedekah di kala mana kita memerlukan duit tersebut..tapi takde la sampai kite kebulur..tapi jika kita ada cukup2 je nak makan..tetiba ada orang minta..kene kene bagi jika dia lebih memerlukannya....fikir2 kan lah....