Sunday, November 9, 2008

OBAMA:ANTARA KITA DENGAN AMARIKA OLEH DR MOHD ASRI

Dunia hari ini nampaknya memberikan harapan yang besar kepada Barack Obama, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru sahaja memenangi pilihan raya Presiden dengan cemerlangnya. Sokongan dan harapan diluahkan seakan beliaulah penyelamat dunia dari penyalahgunaan kekuatan oleh beberapa presiden AS sebelumnya.

Ketika pilihan raya itu berlangsung, saya berada di Jakarta atas lawatan kerja bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Nampaknya, orang Indonesia pun ramai yang sokong Obama. Ada poster dan kain rentang yang menyatakan sokongan kepadanya. Tidak pasti, sama ada kerana dia pernah tinggal di Indonesia, atau kerana dia dilihat lebih baik dari ‘para penghisap darah manusia’ yang berada di tampuk itu sebelumnya.

Bersama DYTM Raja Muda Perlis di hadapan Pejabat Majlis Ulama Indonesia, Jakarta pada 5hb November 2008.

Beberapa pihak lain juga dengan pantas menyatakan sokongan kepada Obama. Saya masih belum dapat membuat keputusan yang pasti. Politik itu boleh merubah banyak perkara terutama watak dan sikap manusia. Namun, saya mengharapkan sekurang-kurangnya beliau dapat mengurangkan mudarat Amerika kepada dunia yang banyak berlaku sebelum ini, terutama dalam isu Iraq dan Palestin...BERITA PENUH...

MAMAT KHALID

Malam bersejarah Mamat Khalid

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Zul Husni Abdul Hamid


Mamat Khalid

Bukan sekadar Pengarah Terbaik tetapi filem Kala Malam Bulan Mengambang turut menerima trofi pada ASK 2008

KEMENANGAN berganda Mamat Khalid dan Rosyam Nor menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) pada Anugerah Skrin (ASK 2008) yang berlangsung Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sememangnya sudah dijangka.....BERITA PENUH...

BILA AKU COPY PASTE CERITA NIH..MAKNANYE TAK SEMPAT NAK MENULIS..TAPI HARI2 NAK UP DATE BLOG.....LAGI PUN KEBANYAK YANG AKU PASTE RATING DIA TINGGI DI AKHBAR....

BANGANG PUNYA BAPAK DAAA..

Bapa bakar tangan anak

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my


PETALING JAYA: Seorang bapa disyaki bertindak luar batasan apabila didakwa sanggup membakar tangan anaknya berusia 10 tahun hanya kerana kanak-kanak itu tidak mengaku mencuri wang di rumah mereka di Petaling Utama di sini.

Menurut sumber, tindakan kanak-kanak itu tidak mengaku mencuri wang bapanya menyebabkan lelaki itu berang lalu mengikat tangan anaknya sebelum memukul dan mencampakkannya ke lantai.

Selepas masih gagal mendapat pengakuan daripada anaknya, lelaki terbabit bertambah berang lalu mengambil suratkhabar dan membakarnya serta mengugut mencucuh tangan kanak-kanak itu jika masih tidak mahu mengaku.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu yang tidak tahu menahu mengenai kehilangan wang berkenaan masih enggan mengaku menyebabkan bapa terbabit bertindak kejam membakar tangannya...BERITA PENUH..

BIASANYA ROTAN JE LA....NIH SAMPAI BAKAR...APE PUNYA BAPAK DAA...MENSTI KENE RASUK SYAITAN TUH....

SINGAPURA BELUM SEDIA PILIH PM BUKAN CINA

SINGAPURA 9 Nov. – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berpendapat republik ini yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang, belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdeka..BERITA PENUH...

........