Sunday, December 14, 2008

LEBIH TERUK DARI FIRAUN DAN UMAT JAHILIYYAH

Buang anak...atau lebih sadis dikatakan buang baby yang baru dilahirkan..kebelakangan ini itu antara penyakit zaman firaun dan zaman jahillayah yang menjakiti penyakin umat zaman sekarang ini ialah..bunuh anak..kalau zaman firau dulu..setakat anak2 lelaki sahaja yang disuruh bunuh..seperti mana firman Allah s.w.t : dan ketika kami selamatkan kamu dari firaun dan orang-orangnya yang menyiksa kamu dengan siksaan yang seburuk2nye, mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan anak-anak perempuan kamu hidup...( al-Baqarah : 49 ).

mana kala zaman jahiliyyah dulu...dibunuh anak perempuan dan anak lelaki dibiarkan hidup....ini diceritakan oleh Allah s.w.t melalui firmannya dalam surah al-Nahl : 59.. orang2 jahiliyyah akan memikirkan untuk membunuh anak-anak perempuan kerana menurut mereka anak-anak perempuan hanya membawa malu kepada keluarga.

zaman cangih..zaman era it dan teknologi..manusia lagi kejam..bukan setakat anak lelaki sahaja dibunuhnya..anak perempuan pun dibunuhnya...lagi kejam..manusia spesis ape pun tak tau nak kata la...

dosa besar atas dosa besar ..berapa banyak dosa da...dosa berzina + dosa membunuh anak... cukup besar..tapi kalau bertaubat Allah s.w.t ampunkan juga jika tidak syirik...

kadang2 kita tengok orang ngadung anak luar nikah dah teruk..tapi dia lagi baik dari orang yang beranak dan bunuh anak dia...sepanjang hayat dia akan dihantui peristiwa tersebut....jangan buang ..bagi pada orang..ramai orang kahwin tak dapat anak......

Thursday, December 11, 2008

PERBEZAAN ANTARA SEMBELIHAN AQIQAH DAN KORBAN

terdapat perbezaan dan persamaan antara sembelihan korban dan aqiqah.

persamaan adalah dari segi syarat2 tertentu kepada haiwan sembelihan seperti umur haiwan tersebut, pecahan bahagian, bentuk2 kecacatan yang tidak dibenarkan., pemberian daging tujuan penyembelihan juga adalah sama iaitu untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t.

dari sudut perbezaan

1- Masa
korban dilakukan setelah selesai solat hari raya aidil adha sehingga akhir hari tasyriq iaitu raya ketiga.
aqiqah dilakukan ketika menyambut kelahiran anak. ia dilakukan selepas kelahiran bayi.

2-Jantina
bagi ibadah korban, sama ada lelaki atau perempuan ia hanya disunatkan satu bahagian sahaja, jika lebih adalah lebih baik.
manakala bagi ibadah aqiqah pula kanak lelaki disunnatkan 2 bahagian, manakala anak perempuan satu bahagian sahaja. jika tidak berkemampuan tiada masalah jika menyembelih satu bahagian sahaja bagi anak lelaki.

3-Daging
daging korban sunat disedekahkan dengan cara memberi daging yang tidak dimasak kepada fakir miskin atau yang memerlukannya.
daging aqiqah disunatkan dimasak terlebih dahulu sebelum diberi kepada orang ramai.

4- tulang.
dalam ibadah aqiqah sebaik2nye tulang dipotong berdasarkan sendi-sendi haiwan tersebut terlebih dahulu sebelum dipotong kecil. menurut pandagan Ulama' ia bertujuan untuk mengelakkan tulan2 anak2 tersebut mudah patah.


KESABARAN

mudah disebut sukar dilaksana iaitu SABAR. perkara mudah yang pasti boleh dilakukan oleh manusia tapi gagal terlaksana kerana mengikutkan hawa nafsu. di dalam al-quran allah s.w.t berfirman yang bermaksud : Sabarlah..sesungguhnya kesabaran itu suatu keindahan. logiknya untuk menghasilkan suatu yang cantik memerlukan kesabaran yang tinggi. seorang pelukis, pasti memerlukan kesabaran yang tinggi menghasilkan suatu lukisan yang cantik. jika ingin menjadi seorang pensyarah yang hebat, seharusnya perlu mempunyai pengetahuan yang luas. untuk memperolehi pengetahuan yang luas, kita memerlukan pengorbanan masa untuk membaca bahan2 ilmiah. keadaan ini tidak terjadi melainkan dengan kesabaran. di dalam solat juga memerlukan kesabaran.sabar dalam solat bererti kita menghayati setiap perbuatan dan bacaan dalam solat.

sesungguhnya allah bersama orang2 yang bersabar.. orang yang bersabar sangat beruntung kerana apa..kerana Allah s.w.t bersama mereka..Allah s.w.t bersama mereka..bukan CEO, bukan COO, bukan MB, bukan YB..bukan makhluk2 ciptaan Allah s.w.t tapi..pencipta makhluk bersama orang2 bersabar. siapa yang lebih hebat dari pencipta makluk selain Allah s.w.t...tidak kah kita berasa bertuah jika ALLAH BERSAMA kita.. bagaimana cara cukup mudah iaitu dengan BERSABAR.

kesabaran suatu perkara yang perlu minta..sebab itu dalam doa kita memohon kepada ALLAh s.w.t jupaya mengurniakan kesabaran ulul Azmi..ulul azmi ini adalah golonga yang banyak diuji oleh allah s.w.t.. dalam sebuat hadis rasulullah s.a.w bagi bersabda; sesungguhnya pemberian yang paling besar dan paling baik adalah kesabaran.





Wednesday, December 10, 2008

KENDURI AQIQAH DI RUMAH SG KOYAN

ahli dapur..dari kiri..mak cik kiah..mak cik yah..makcik esah..mak aku...yang laki tuh ayah aku...

jiran2 yang perempuan makan sini jeh...
ayah aku melayan tetamu..kot2 ada tak cukup lauk...
lauk kari lembu..daging masak kicap..sayur campur..kerang masak rendang..air tea panas...