Wednesday, July 8, 2009

INGAT! KAMU ADALAH PEMIMPIN


Hadis Ibnu Umar r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin( riwayat muslim).

sebagai pensyarah: perlu memimpin pelajarnya...
sebagai pengarah: perlu memimpin stafnye..
sebagai staff; perlu memimpin dirinye...
sebagai pelajar; harus memimpin diri dan rakannya...;

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

FITNAH MACAM AIR HUJAN

Hadis Usamah r.a:
Nabi s.a.w telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda: Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan( riwayat muslim).

inilah realiti yang sedang berlaku di zaman serba canggih ini. fitnah menjadi makanan sebahagian manusia lain. hati-hati di jalanraya kehidupan ini...

Monday, July 6, 2009

DURHAKA PUNYA ANAK

semalam sambil2 tengok tv3..sungguh sayu aku tengok rayuan seorang ibu kepada anakye..mmg tidak tahu dek untung punya anak..dah la ibu membesar sehingga umur 14 tahun. baru setahun jaggung dah pandai durhaka. betullah firman allah: sesungguhnya harta dan anak2 adalah fitnah... dia tak tahu ke besor dosa dia..menurut berita itu...dipercayai mengikut teman lelaki..astargfirullah..bagai ditebuk jantung nih bila dengar citer macamtuh..ibu tuh dah la 9 bulan mengandung ke dia..2 tahun menyusukan dia lagi..macam tuh balasan dia bagi..berapa hari la kenal jantan yang bawak dia lari tuh....

aku hanya mampu berdoa sahaja..semoga allah s.w.t menjauhkan kejadian tersebut daripada aku, keluarga aku pembaca2 blog ini....aminn....sedih..sedih...anak2 zaman sekarang...

Sunday, July 5, 2009

IKAN KELI: SETELAH 3 BULAN BERLALU

nih la panjang dia sekarang nih.dulu time beli besor jari kelingking aje.. 3cm..sekarang nih dah 3 bulan dah lebih sejengkal dah...nak goreng pun bleh dah nih....
aku sauk dari kolam..saje lama tak tengok...

nih dari kolam 1 lagi tuh..ingat sebelum puasa nih nak korbankan dah..sapa nak beli..bleh tampah awai2 dah..sekilo rm 8 je aku jual..kalau kat kedai dalam rm 5 je...beli kat aku mahal sket...tapi rasa Mantoppp!!!!